"kepadAdaMu aku memoHON....kepadaMu juga aku BEserah.."

tetapdihearty

tetapdihearty

04 December, 2014

15 September, 2013


TUJUAN PENILAIAN DAN PENGUJIAN

Penilaian dan pengujian didalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran adalah sangat penting.  Jika dilihat dari segi kepentingan dan fungsi kedua-dua perkara tersebut secara mendalam maka dapat kita lihat dan ketahui makanismanya dalam institusi pendidikan yang yang tergolong sebagai subtopik atau pun sebahagian daripada sistem pendidikan.   Sesuatu pengujian yang diadakan terhadap pelajar jika dilihat secara kasar maka kita akan melihat ianya sebagai suatu proses yang diadakan hanyalah sebagai adat dan kebiasaan diadalam proses pendidikan iaitu pada setiap akhir sesuatu tempoh pembelajaran pada kebiasaanya akan ada pengujian.  Contohnya ujian atau kuiz yang ditadbiri guru keatas murid-murid setelah sesuatu proses pengajaran berlaku. 
Sebenarnya jika kita lihat secara mendalam dan ratapi terhadap sesuatu yang diadakan dan diurustadbir dalam sesuatu perkara itu sememangnya ia mempunyai tujuan dengan  makanismanya yang tersendiri.  Disini perkara yang dikhususkan adalah pengujian.  Pengujian adalah suatu proses untuk mendapatkan contohan pelakuan yang diperlihatkan oleh murid dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan.  Maklumat yang diperolehinya akan dijadikan dasar  untuk membuat penilaian atau pengadilan.[1]
Pengujian merupakan medium yang bersifat realistik dan ianya sangat penting dalam sesuatu institusi dan industri, tidak kira apa jua sekalipun bahkan sememangnya digunakan dalam menetapkan dan menilai sesuatu yang makanismanya bergantung mengikut matlamat dan objektif yang dikehendaki.   Pengujian yang dilakukan didalam bilik darjah akan memberi maklum balas kepada guru iaitu daripada maklumat yang diperolehi dari proses pengujian tersebut akan dinilai ada diratapi.  Daripada situasi ini, guru akan mengetahui akan keputusan tentang apa yang diharapkan.  Pada kebiasaannya, guru mengunakan medium ini untuk mengetahui tahap pengetahuan, penguasaan dan pemahaman pelajar terhadap sesuatu pembelajaran.  


Ekoran daripada ini, guru akan sedia maklum dan sedar akan kekurangan dan kelemahan dan kemajuan yang ada pada pelajar terhadap pembelajaran didalam proses P&P yang mungkin difaktori oleh keupayaan, kesesuaian dan kemahiran guru dalam menyampaikan dan mengurustadbir proses pengajaran ataupun masalah-masalah lain yang dihadapi oleh pelajar.  Daripada ini, guru akan dapat memperbaiki skill ataupun teknik dalam menambahbaikan pengajaran demi kebaikan pelajar dengan mengubah strategi pengajaran agar lebih bersesuaian dengan keperluan pelajar atau mengulang dengan mengunakan strategi yang sama dan sebagainya.  Selain itu, pada peringkat ini juga ibubapa dan guru akan dapat mengetahui tentang perkembangan dan keupayaan anak-anak mereka melalui pendedahan dan pemberitahuan ini.  Daripada ini ibubapa sekaligus akan mengetahui dan memberikan dorongan kepada anak-anak untuk penambahbaikan mereka.
Pengujian dan penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung akan memperlihatkan perkembangan dan penguasaan dalam jangka masa tertentu.  Pengesanan tahap kemajuan yang berterusan akan memungkinkan guru mengetahui masalah yang dihadapi oleh pelajar secara khusus dan tepat.   Bersehubungan dengan ini guru akan menyelidik aspek dan kemahiran dan faktor luaran yang sering menimbulkan masalah terhadap pelajar yang mungkin memerlukan bimbingan dan kaunseling.  Maklumat ini sememangnya amat perlu bagi membuat tindakan penambahbaikan iaitu dengan menyediakan latihan khusus atau pemerhatian yang lebih kepada murid berkenaan supaya masalah yang dihadapi dapat diatasi.
Tambahan pula dari segi pencapaian, proses pengujian dan penilaian pada peringkat akhir sesi pembelajaran seperti UPSR, PMR dan SPM akan memperlihatkan semua tentang penguasaan murid tentang sesuatu yang diajar.  Selain itu, penilaian yang bercorak formal ini bertujuan  untuk mengredkan dan memberi pengiktirafan kepada pelajar sama ada cemerlang, sederhana atau gagal berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan oleh mereka dalam peperiksaan.

Lain pula dari segi pemilihan dan penempatan, pengujian dan penilaian dijalankan bertujuan bagi menentukan diri mereka tergolong dalam kumpulan yang mempunyai tahap kebolehan dan keupayaan tertentu dan pada kebiasaanya ianya diadakan pada awal sesi pengajaran.  Pembahagian pelajar kepada kumpulan yang dikenalpasti kebolehan dan keupayaan mereka akan memudahkan guru mengfokus dan menyesuaikan pengajaran mengikut tahap masing-masing. Sebelum situasi ini, pengujian dan penilaianlah yang dijadikan sebagai medium untuk mengenalpasti kebolehan pelajar dan seterusnya  menentukan kelompok dan aliran yang layak untuk diceburi oleh pelajar yang terpilih.[2]
Penilaian dan pengujian didalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran adalah sangat penting.  Jika dilihat dari segi kepentingan dan fungsi kedua-dua perkara tersebut secara mendalam maka dapat kita lihat dan ketahui makanismanya dalam institusi pendidikan yang yang tergolong sebagai subtopik atau pun sebahagian daripada sistem pendidikan.   Sesuatu pengujian yang diadakan terhadap pelajar jika dilihat secara kasar maka kita akan melihat ianya sebagai suatu proses yang diadakan hanyalah sebagai adat dan kebiasaan diadalam proses pendidikan iaitu pada setiap akhir sesuatu tempoh pembelajaran pada kebiasaanya akan ada pengujian.  Contohnya ujian atau kuiz yang ditadbiri guru keatas murid-murid setelah sesuatu proses pengajaran berlaku. 
Penilaian formatif
Penilaian formatif merupakan penilaian yang dilaksanakan bagi tujuan memperoleh maklumat bagi memperbaiki dan penambahbaikan kurikulum. Dari sudut pengajaran adalah lebih berkesan dengan memecahkan subjek kepada unit pembelajaran yang kecil atau pun satu bab dalam buku teks yang dibahagikan dengan jelas yang mengambil masa satu, dua atau tiga minggu untuk menghabiskan pengajaranya. Untuk penilaian ini, ujian kemajuan berbentuk diagnostik dibina untuk menentukan dan mengesan sama ada setiap pelajar sudah menguasai subtopik-subtopik tersebut atau pun tidak sebelum melangkah kepada topik yang baru.
Tujuan penilaian formatif adalah untuk mengesan, mengetahui dan menentukan keadaan tahap penguasaan pelajar akan perkara yang telah diajar serta untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.  Disamping itu, ianya juga dapat meningkatkan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu pengajaran. Hal ini dapat dilihat melalui ujian-ujian yang dikendalikan dan dapat memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang wujud sama ada pada penyampaian guru atau penguasaan murid dan seterusnya gur akan membuat pembaikan agar murid dapat menguasai dengan lebih baik.  Situasi ini kan menolong pelajar menguasai sesuatu unit atau topik pembelajaran dan hal ini memungkinkan mereka memprolehi pencapaian yang lebih baik.
Penilaian Formatif juga dapat memperbaiki kualiti serta dapat meramal pencapaian pelajar. Menjadi kepuasan kepad seorang guru apabila dapat meningkatkan pencapaian murid dari semasa kesemasa.  Dengan mengadakan ujian formatif, guru dapat meningkatkan pencapaian dan mengekalkan pencapaian yang memuaskan. Hal ini dapat dilakukan melalui perbandingan diantara pencapaian murid sekarang dengan pencapaian murid lalu melalui rekod melalui ujian formatif yang telah dikendalikan dan mencatatkan masalah yang dihadapi oleh murid dahulu serta langkah penyelesaian yang telah diambil. Dengan cara ini, guru dapat mengekalkan prestasi pelajar dan meramal pencapaian pelajar pada akhir penggal.   Contoh bagi penilaian formatif ialah ujian bulanan dan sebagainya.
Penilaian Sumatif
Penilaian Sumatif merupakan penilaian yang mengarah lebih kepada penilaian menyeluruh iaitu sejauh mana hasil yang lebih meluas diperoleh daripada keseluruhan kursus atau sebahagian besar daripadanya. Contoh bagi penilaian sumatif ialah seperti UPSR, PMR, SPM dan sebagainya.[3]
Tujuan penilaian sumatif bukanlah untuk membantu murid secara individu dalam meningkatkan pencapaian sebaliknya ialah untuk menentukan sejauhmana objektif-objektif ssuatu bidang mata pelajaran yang telah disampaikan oleh guru semasa pembelajaran berlangsung dibilik darjah telah dicapai oleh murid. Dengan berdasarkan objektif yang ditetapkan melalui pembinaan jadual penentuan ujian, peratusan objektif yang dapat dicapai oleh pelajar dapat diketahui.  Selain itu juga, penilaian ini juga bertujuan untuk pengredan kepada murid berdasarkan pencapaian yang ditunjukan dalam peperiksaan yang diadakan. Dengan adanya gred ini, akan memudahkan guru untuk membuat perbandingan antara individu dalam sat-satu bilik darjah atau membuat perbandingan mengikut tingkatan atau kumpulan pelajar. Dengan cara ini guru boleh membuat kesimpulan peringkat pencapaian pelajar mengikut kumpulan tertentu contohnya kumpulan pelajar lemah, sederhana dan cemerlang. 
Sebenarnya jika kita lihat secara mendalam dan ratapi terhadap sesuatu yang diadakan dan diurustadbir dalam sesuatu perkara itu sememangnya ia mempunyai tujuan dengan  makanismanya yang tersendiri.  Disini perkara yang dikhususkan adalah pengujian.  Pengujian adalah suatu proses untuk mendapatkan contohan pelakuan yang diperlihatkan oleh murid dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan.  Maklumat yang diperolehinya akan dijadikan dasar  untuk membuat penilaian atau pengadilan.[4]
Pengujian merupakan medium yang bersifat realistik dan ianya sangat penting dalam sesuatu institusi dan industri, tidak kira apa jua sekalipun bahkan sememangnya digunakan dalam menetapkan dan menilai sesuatu yang makanismanya bergantung mengikut matlamat dan objektif yang dikehendaki.   Pengujian yang dilakukan didalam bilik darjah akan memberi maklum balas kepada guru iaitu daripada maklumat yang diperolehi dari proses pengujian tersebut akan dinilai ada diratapi.  Daripada situasi ini, guru akan mengetahui akan keputusan tentang apa yang diharapkan.  Pada kebiasaannya, guru mengunakan medium ini untuk mengetahui tahap pengetahuan, penguasaan dan pemahaman pelajar terhadap sesuatu pembelajaran.  
Ekoran daripada ini, guru akan sedia maklum dan sedar akan kekurangan dan kelemahan dan kemajuan yang ada pada pelajar terhadap pembelajaran didalam proses P&P yang mungkin difaktori oleh keupayaan, kesesuaian dan kemahiran guru dalam menyampaikan dan mengurustadbir proses pengajaran ataupun masalah-masalah lain yang dihadapi oleh pelajar.  Daripada ini, guru akan dapat memperbaiki skill ataupun teknik dalam menambahbaikan pengajaran demi kebaikan pelajar dengan mengubah strategi pengajaran agar lebih bersesuaian dengan keperluan pelajar atau mengulang dengan mengunakan strategi yang sama dan sebagainya.  Selain itu, pada peringkat ini juga ibubapa dan guru akan dapat mengetahui tentang perkembangan dan keupayaan anak-anak mereka melalui pendedahan dan pemberitahuan ini.  Daripada ini ibubapa sekaligus akan mengetahui dan memberikan dorongan kepada anak-anak untuk penambahbaikan mereka.
Pengujian dan penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung akan memperlihatkan perkembangan dan penguasaan dalam jangka masa tertentu.  Pengesanan tahap kemajuan yang berterusan akan memungkinkan guru mengetahui masalah yang dihadapi oleh pelajar secara khusus dan tepat.   Bersehubungan dengan ini, guru akan menyelidik aspek dan kemahiran dan faktor luaran yang sering menimbulkan masalah terhadap pelajar yang mungkin memerlukan bimbingan dan kaunseling.  Maklumat ini sememangnya amat perlu bagi membuat tindakan penambahbaikan iaitu dengan menyediakan latihan khusus atau pemerhatian yang lebih kepada murid berkenaan supaya masalah yang dihadapi dapat diatasi.

Tambahan pula dari segi pencapaian, proses pengujian dan penilaian pada peringkat akhir sesi pembelajaran seperti UPSR, PMR dan SPM akan memperlihatkan semua tentang penguasaan murid tentang sesuatu yang diajar.  Selain itu, penilaian yang bercorak formal ini bertujuan  untuk mengredkan dan memberi pengiktirafan kepada pelajar sama ada cemerlang, sederhana atau gagal berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan oleh mereka dalam peperiksaan.[5]

Lain pula dari segi pemilihan dan penempatan, pengujian dan penilaian dijalankan bertujuan bagi menentukan diri mereka tergolong dalam kumpulan yang mempunyai tahap kebolehan dan keupayaan tertentu dan pada kebiasaanya ianya diadakan pada awal sesi pengajaran.  Pembahagian pelajar kepada kumpulan yang dikenalpasti kebolehan dan keupayaan mereka akan memudahkan guru mengfokus dan menyesuaikan pengajaran mengikut tahap masing-masing. Sebelum situasi ini, pengujian dan penilaianlah yang dijadikan sebagai medium untuk mengenalpasti kebolehan pelajar dan seterusnya  menentukan kelompok dan aliran yang layak untuk diceburi oleh pelajar yang terpilih.[6]
            Objektif disini bukan sahaja tertumpu kepada tujuan aktiviti pengujian tersebut tetapi jika dilihat kepada konteks isi kandungan soalan dalam sesuatu proses pengujian juga harus jelas, mudah difahami dan ditanggapi oleh pelajar.
Contohnya, soalan yang diajukan terlalu umum dan bahasa yang digunakan tidak sesuai yang telah membawa kekeliruan kepada pelajar.[7] Berdasarkan contoh, dari sini dapat kita lihat pengkhususan tentang apa yang hendak diuji adalah pada tahap minima atau pun tiada dan terdapat pengaruh lain.  Dan jika perkara ini digunakan dalam sistem pengujian ianya akan merugikan sesuatu proses tersebut ini kerana ujian tersebut tidak mempunyai objektif dan tujuan yang jelas. 
Secara kesimpulanya peperiksaan merupakan salah satu kaedah pengujian yang dijalankan secara sistematik yang bertujuan untuk mengetahui tahap pengetahuan, penguasaan dan pemahaman pelajar terhadap pembelajaran tempoh masa yang tertentu. Proses pengukuran memerlukan alat yang mempunyai ciri yang tertentu.  Bersehubungan dengan ini, ujian merupakan alatnya. Tetapi, yang pertama persoalanya kenapa ujian tersebut dibuat atau dengan kata lain apa objektifnya? Dari sini, dapat kita lihat bahawa setiapa peperiksaan atau ujian sememangnya wajib mempunyai objektif dan tujuan yang jelas.







[1] Raminah Haji Sabran, 1991. Penilaian dan pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya pada peringkat sekolah rendah.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
[2] Mohktar Ismail (2009),Pentaksiran Pendidikan Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
[3] Mohktar Ismail (2009),Pentaksiran Pendidikan Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

[4] Raminah Haji Sabran, 1991. Penilaian dan pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya pada peringkat sekolah rendah.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
[5] Mohd Isha Awang (2008), Pengukuran dan Penilaian Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
[6] Mohktar Ismail (2009),Pentaksiran Pendidikan Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
[7] Mohamad Najib Abdul Ghafar (1997), Pembinaan & Analisis Ujian Bilik Darjah Jilid Pertama. Johor Darul Ta’zim: PENERBITAN UTM PRESS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.

KAJIAN KES MASALAH PELAJAR DAN PENYELESAIAN BAGI GURU


 KAJIAN KES MASALAH PELAJAR DAN PENYELESAIAN BAGI GURU 
Oleh:
NUR WAHEEDAH RAZALI
SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM
UNIVERSITI MALAYA

PENDAHULUAN
                                  
Tugasan ini adalah satu kajian kes  berkenaan situasi pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran.Situasi masalah ini dihadapi oleh seorang guru yang mengajar pelajar tingkatan 5 PD yang mana kedudukan kelas ini adalah yang terakhir.Pelajar-pelajar kelas ini terdiri daripada pelajar yang bermasaalah dan lemah dalam pelajaran.Mereka adalah kalangan yang sukar memahami satu-satu pemasalahan dan tugas.Kajian kes merungkai masalah pelajar dalam membuat aktiviti berkumpulan dan perbincangan.Cikgu Laila sebelum ini yang tidak pernah melaksanakan aktiviti perbincangan terhadap pelajar kelas 5 PD kerana baginya agak sukar mula untuk melakukan teknik pembelanjaran berkumpulan dan pembelajaran ini.
Pelbagai masalah yang dihadapi dalam mengawasi keadaan kelas sewaktu proses P&P berlansung.Dalam kajian kes ini kami telah mengaitkan penyelesaian masalah  dengan teori-teori pembelajaran oleh ahli psikologi.Tujuh soalan telah dikemukakan dalam merungkaikan situasi dan penyelesaian masalah di dalam pembelajaran kelas 5PD dan dikaitkan dengan teori pembelajaran yang sesuai.

  
SITUASI:
Pelajar Lemah Akademik Boleh Berbincang Dalam Kumpulan , Cikgu Laila Bersama Pelajar Kelas 5PD.

            Dulu, saya jarang beri peluang pelajar-pelajar Kelas Corot untuk buat kumpulan perbincangan. Saya tidak yakin mereka akan menggunakan peluang yang ada untuk berbincang tentang pelajaran. Saya bimbang mereka akan mengambil kesempatan dengan bersembang dan bersembang serta membuat bising. Mungkin yang kena buat kerja ialah pelajar yang agak baik dalam sesuatu kumpulan. Yang lainnya hanya melepak. Kawalan kelas juga akan menjadi masalah.
 Sejak mengaplikasi Teknik Nabi Muhammad, saya juga mengambil risiko mencuba membenarkan pelajar-pelajar 5PD untuk belajar secara berkumpulan dan memberi peluang kepada mereka membuat perbincangan kumpulan. Cuma pada hari Selasa yang lepas, ada sedikit kelainan yang saya buat.
            Untuk pertama kali pada tahun ini, saya bawa pelajar-pelajar 5PD ke Makmal Bahasa. Di sana, semua meja besar dan luas. Saya bercadang untuk menjalankan P&P yang melibatkan aktiviti perbincangan kumpulan.Kalau sebelum ini, saya memberikan pelajar-pelajar edaran bahan untuk mereka bincang dan cari jawapan dalam kumpulan. Memanglah setakat ini, hasilnya menggembirakan hati saya. Namun inilah kali pertama saya melaksanakan aktiviti perbincangan kumpulan dengan fokus utama pelajar sendiri yang memberi idea.
             Selepas saya terangkan tugasan pelajar, saya edarkan kertas sebak dan pen marker kepada pelajar. Saya melihat pelajar-pelajar masih terpinga-pinga.
   Saya tanya mereka, "Kamu faham penerangan saya?"
   Ramai yang jawab, "Tidak faham cikgu."
            Memang ada kesukarannya kepada pelajar-pelajar corot ini apabila diberi tugasan mencari isi untuk tajuk karangan yang diberi. Selalunya isi karangan memang diberi oleh guru. Selalu juga pelajar-pelajar corot tidak menggunakan otak untuk berfikir. Selalunya semua maklumat 'disuapkan' kepada mereka.Jadi, saya faham kenapa pelajar-pelajar saya tidak faham apa yang sebenarnya yang mereka perlu lakukan.
            Memandangkan semua pelajar tidak faham, untuk kali kedua saya terangkan lagi tugasan mereka. Sebenarnya, sewaktu perhimpunan ada makluman tentang pertandingan menulis esei yang bertajuk "10 perkara yang akan saya lakukan untuk Malaysia andai saya menjadi Selebriti."
             Jadi, saya minta pelajar saya untuk berbincang tentang perkara tersebut dalam kumpulan. Saya menjelaskan makna selebriti dan siapa yang dikategorikan sebagai selebriti. Kemudian, saya meminta mereka supaya memikirkan perkara-perkara yang mereka akan lakukan untuk masyarakat/orang lain (pelajar saya melihat perkataan 'Malaysia' itu terlalu besar dan susah sangat untuk dilakukan).
            Ok. Sudah dua kali saya terangkan. Kemudian saya mendekati pelajar ikut kumpulan masing-masing. Ada tujuh kumpulan semuanya. Baru sahaja saya berjumpa dengan satu kumpulan,ahli kumpulan lain pula memanggil saya. Ada juga tidak sabar menunggu giliran sehingga datang berjumpa saya di tempat kumpulan lain berkumpul. Mereka memasang telinga. Mereka mahu mendengar penjelasan saya.
             Apabila pergi kepada kumpulan kedua, saya ulangi lagi penerangan tentang tindakan yang perlu mereka lakukan. Kalau dikira, ini merupakan kali keempat saya ulangi penerangan. Selepas kumpulan itu, saya memanggil semua ketua dan menerangkan sekali lagi tugasan mereka.
             Saya dapati pelajar-pelajar ini sukar memahami perkara-perkara abstrak. Mereka perlu melihat contoh yang sebaik-baiknya dalam bentuk visual. Kebetulan ada surat khabar lama dalam Makmal Bahasa, lantas saya gunakan gambar-gambar yang ada dalam surat khabar sebagai panduan.Contohnya,gambar-gambar selebriti.Selain itu saya  menyuruh mereka memikirkan selebriti yang popular dan disukai oleh mereka.Saya meminta mereka  fikir apakah kebaikan selebriti kesayangan mereka telah lakukan kepada negara. Barulah mereka faham siapa itu selebriti. Alhamdulillah! Akhirnya pelajar-pelajar saya faham tugasan yang perlu dilakukan oleh mereka.
            Kesimpulannya, mereka ini boleh berbincang dalam kumpulan. Cuma yang sukarnya ialah mereka jarang berbuat demikian. Keduanya, mereka perlu diberi penerangan berulang kali untuk memahami tugasan mereka. Ketiga, guru perlu kreatif dalam memberi penerangan dan menggalakkan pelajar-pelajar corot menggunakan otak untuk berfikir.
            Hasilnya, pelajar saya tidak dapat menyiapkan tugasan yang sepatutnya dicatat dalam kertas sebak. Namun, pelajar-pelajar sudah ada idea-idea yang menarik. Mereka sudah ada senarai tindakan yang mahu dilakukan oleh mereka andai mereka menjadi selebriti. Biarpun kebanyakan idea seperti tindakan yang akan dilakukan oleh mereka kalau mereka menjadi jutawan, saya terima kerana yang penting ialah proses percambahan idea yang mereka lakukan itu.
            Jadi, saya beri mereka kebenaran untuk membawa balik kertas sebak dan meminjamkan pen marker kepada mereka. Saya memberitahu mereka bahawa saya akan melihat hasil kerja mereka pada keesokan hari.Ternampak ada kegembiraan di muka beberapa orang pelajar.Mungkin agak bersemangat ingin melakukan tugas-tugas tersebut.Saya bersangka baik dengan pelajar-pelajar saya. Saya yakin mereka akan melaksanakan tugasan.Sama ada sangkaan saya benar atau tidak, saya pun tidak tahu.
            Keesokan harinya,dalam pukul 1 adalah waktu P&P saya di kelas 5 pd.Semangat saya ke kelas tersebut melihat hasil kerja mereka.Seusai masuk ke kelas saya menanyakan tugasan semalam.Ada yang gembira menyerahkan kepada saya.Namun bean seorang yang tidak menyiapkan tugasan yang saya telah berikan semalam. Malah mengatakan terlupa.Agak sakit hati saya ketika itu.Namun, saya diamkan sahaja dan melayan pelajar-pelajar lain yang telah menyiapkan tugasan tersebut. Saya tidak tegur dan tidak marah. Tidak berbaloi berbuat demikian .  Lagi pun itu bukan sunnah Nabi Muhammad. Yang saya buat hanya menyuruh Bean buat latihan diberi.Kata saya, “Bean  Siapkan kerja baru kamu balik.”
Bean buat tidak tahu dan duduk di tempatnya sambil minum air. Waktu itu, saya tidak mempedulikan Bean tetapi sebaliknya membenarkan pelajar-pelajar yang lain keluar selepas saya pastikan semuanya menghantar tugasan. Seperti biasa, pelajar-pelajar menantikan pujian saya. Namun, agaknya kerana fikiran saya menumpukan kepada mencari jalan penyelesaian  menangani Bean, saya kurang memuji pelajar saya. Yang saya perasan ialah Darshini. Dia menghantar buku dan menunggu saya memujinya.
Ketika itu saya tersenyum. Saya kata, "Bagus! Apa yang kamu buat itu betul."
Darshini tersenyum dan kembali ke tempatnya.
Setelah semua pelajar balik, barulah saya mendapatkan Bean. Saya duduk di sebelahnya dengan membawa buku teks dan tugasan pelajar lain.Tugasan  kawannya, saya jadikan contoh untuk menerangkan apa yang perlu dia lakukan.
Kata saya, “Bean, kamu memang pandai. Saya ajar sekejap sahaja kamu sudah faham. Kamu boleh buat tugasan ini dalam masa yang singkat.”
Bean tergelak. saya tidak tahu apa yang dia fikirkan. Akhrinya bean akur dan membuat tugasan walaupun secara tergesa-gesa dan Nampak ringkas. Tetapi itu semua tidak penting.Yang penting Bean cuba siapkan tugasan yang diberi.

PERSOALAN

1)      Apakah cadangan teknik pembelajaran  awal yang ingin cikgu laila guna?

Situasi menceritakan bahawa Cikgu Laila telah memberi peluang kepada para pelajarnya untuk menjalankan perbincangan dan kerja secara berkumpulan. Hal ini sekaligus menunjukkan Cikgu Laila telah mengaplikasikan teori pembelajaran Humanistik terhadap para pelajarnya, iaitu melaksanakan aktiviti kelas dengan menfokuskan agar pelajar sendiri yang memberi idea.

Berdasarkan teori Humanisme, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berjaya adalah bergantung kepada peranan pelajar itu sendiri. Teori ini juga menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri. Maka, guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum.

Tokoh teori Humanisme, Abraham H.Maslow telah memperkenalkan Hierarki Keperluan, iaitu satu konsep yang menjelaskan tentang keprluan-keperluan manusia yang perlu dipenuhi bagi mencapai peringkat-peringkat yang tertinggi.


Hierarki Keperluan yang diperkenalkan oleh Maslow, secara keseluruhannya ia menjelaskan tentang keperluan para pelajar perlu dipenuhi agar mereka dapat mencapai peringkat yang paling tertinggi iaitu Self- Actualization. Oleh itu, berbalik pada situasi di atas, Cikgu Laila mengambil tindakan yang bijak dengan memberi peluang kepada para pelajarnya untuk menjalankan kerja secara berkumpulan walaupun pada asalnya Cikgu Laila tidak mempunyai kepercayaan dan keyakinan untuk melakukan sedemikian. Jadi, di sini jelas menyatakan peluang yang diberikan oleh Cikgu Laila  adalah menunjukkan keperluan utama ( Physiological Needs ) para pelajar telah dipenuhi.
Hierarki Keperluan menurut Maslow juga turut menyimpulkan bahawa guru memainkan peranan untuk meningkatkan perkembangan potensi pelajar . Hal ini bermakna, adalah menjadi sangat penting untuk seseorang guru memotivasikan para pelajar agar pelajar merasakan diri mereka bagus, bernilai dan berharga. Dalam situasi di atas, Cikgu Laila turut mengaplikasikan teori ini terhadap para pelajar . Walaupun tiada sebarang bentuk ganjaran yang diberikan kepada para pelajar, namun sikap kepercayaan yang diberikan oleh Cikgu Laila terhadap para pelajar untuk mereka lakukan perbincangan/kerja dalam kumpulan sudah cukup memadai bagi mereka memandangkan pada sebelum ini, mereka langsung tidak pernah melakukannya apatah lagi mereka merupakan pelajar kelas tercorot. Oleh itu, melalui kepercayaan yang diberikan oleh Cikgu Laila, maka mereka akan merasakan diri mereka bernilai dan berharga kerana mampu melaksanakan kerja yang diberikan.
Carl Rogers ( 1969,1983) adalah ahli psikologi Humanistik yang mempunyai idea-idea yang mempengaruhi pendidikan dan penerapannya. Melalui bukunya yang sangat popular, Freedom to Learn and Freedom to Learn for 80’s, beliau mencadangkan agar pengajaran dan pembelajaran berjalan agar lebih manusiawi, profesional dan bererti. Dalam erti kata yang mudah, teori Humanisme lebih menekankan ciri-ciri Student Centered Learning ( CSL) iaitu pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Manakala , guru pula mengambil peranan sebagai fasilitator.
Menurut Carl Rogers lagi, terdapat beberapa pendekatan yang dapat diaplikasikan.
       I.            Belajar Tanpa Ancaman ( Learning Without Threat )

Proses pembelajaran yang sempurna adalah apabila ianya mudah serta lancar dilaksanakan  dan hasilnya dapat disimpan oleh pelajar dengan baik apabila proses tersebut berlangsung dalam lingkungan yang bebas ancaman. Murid dapat menguji kemampuannya, dapat mencuba pengalaman-pengalaman baru atau membuat kesalahan-kesalahan tanpa mendapat kecaman yang biasanya menyinggung perasaan. Berdasarkan situasi, Cikgu Laila telah memberi peluang kepada para pelajarnya untuk melakukan perbincangan/kerja secara berkumpulan. Tambahan lagi, Cikgu Laila juga telah membawa mereka ke Makmal Bahasa yang mempunyai meja-meja besar untuk mereka gunakan dengan tujuan mendedahkan kepada mereka kepada persekitaran pembelajaran yang kondusif sekaligus member pengalaman baru kepada mereka. Para pelajar tersebut juga dapat menguji kemampuan mereka untuk melaksanakan tugasan yang diberikan tanpa mendapat sedikit pun ancaman dan celaan daripada Cikgu Laila.

    II.            Belajar Atas Inisiatif Sendiri ( Self Iniatiated Learning ) 

Bagi teori Humanistik, proses pembelajaran yang paling signifikan dan berkesan adalah apabila proses belajar itu adalah atas usaha pelajar itu sendiri.Kemampuan memilih tujuan belajar sendiri sangatlah memberikan motivasi dan memberi kesempatan kepada murid untuk “belajar bagaimana caranya belajar” (to learn how to learn ). Proses pembelajaran dan hasil pembelajaran adalah atas inisiatif sendiri.Belajar atas inisiatif sendiri juga mengajar murid menjadi bebas, tidak bergantung, dan percaya pada diri sendiri. Apabila murid belajar atas inisiatif sendiri, ia memiliki kesempatan untuk membuat keputusan, menentukan pilihan dan melakukan penilaian. Mereka menjadi lebih bergantung pada dirinya sendiri dan kurang bersandar pada penilaian pihak lain. Di samping atas inisiatif sendiri, belajar juga harus melibatkan semua aspek peribadi, kognitif maupun afektif. Rogers dan para ahli humanistik yang lain menamakan jenis belajar ini sebagai belajar dengan seluruh peribadi, belajar dengan peribadi yang utuh. Para ahli humanistik percaya, bahwa pembelajaran dengan cara ini akan menghasilkan perasaan memiliki (feeling of belonging ) pada diri murid.
Dengan demikian, murid akan merasa terlibat dalam proses pembelajaran, lebih bersemangat menangani tugas-tugas dan yang terpenting adalah senantiasa bersemangat untuk terus belajar.

Berdasarkan situasi ini, Cikgu Laila telah mengarahkan para pelajarnya untuk melaksanakan kerja secara berkumpulan. Oleh itu, mereka akan melaksanakan proses pembelajaran secara kendiri, iaitu para pelajar adalah sebagai pelaku utama (student center) yang memaknai proses pengalaman belajarnya sendiri. Para pelajar bertanggungjawab memahami potensi diri , mengembangkan potensi dirinya secara positif dan meminimalkan potensi diri yang bersifat negatif. Manakala , peranan Cikgu Laila hanyalah sebagai fasilitator (pemudahcara) , pemerhati dan sebagai guru yang memberikan motivasi, menjelaskan kesedaran mengenai makna belajar dalam kehidupan pelajar serta memfasilitasi pengalaman belajar kepada pelajar  dan juga mendampingi pelajar untuk memperoleh tujuan pembelajaran.

Oleh itu, dapat dibuat kesimpulan bahawa teknik pengajaran yang diaplikasikan oleh Cikgu Laila dalam situasi di atas adalah berdasarkan teori Humanistik .


2)      Setelah diberi penerangan berkali-kali kepada para pelajarnya, barulah mereka memahami apa yang mereka perlu lakukan. Berdasarkan penyataan ini, apakah kaedah yang Cikgu Laila gunakan.


Situasi menunjukkan para pelajar 5PD hanya memahami arahan yang Cikgu Laila setelah Cikgu Laila mengulanginya beberapa kali. Pengulangan penerangan yang Cikgu Laila lakukan ini dapat dikaitkan dengan Teori Pelaziman Klasik, iaitu salah satu teori Behaviourisme.

Teori Pelazaiman Klasik adalah dipelopori  oleh ahli psikologi Ivan Petrovich Pavlov (1849-1939) merupakan seorang ahli fisiologi, psikologi dan juga perubatan. Beliau berasal daripada Rusia dan menurutnya teori pelaziman klasik adalah tentang bagaimana seseorang individu itu belajar dan menguasai tingkah laku. Di samping itu, teori ini juga menyatakan bahawa pembelajaran berlaku apabila tindakan secara berulang-ulang dilakukan ke atas sesuatu benda ataupun benda hidup sehingga ia menjadi satu kebiasaan dan tingkah laku yang berulang ini dapat mengekalkan peneguhan.

Berdasarkan teori ini juga, setiap ransangan akan menimbulkan gerak balas. Manakala, gerak balas pula bermaksud apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat daripada ransangan yang dilakukan. Dan, ransangan pula adalah apa sahaja bentuk tenaga yang mampu untuk menimbulkan gerak balas. Proses pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan di antara ransangan dengan gerak balas. Ransangan juga boleh dikaitkan dengan satu ransangan yang lain untuk mendatangkan suasana pembelajaran. Pembelajaran yang berlaku kerana perkaitan dinamakan pelaziman manakala pembelajaran akibat dari perkaitan dua ransangan di namakan pelaziman klasik.

Disini, dapat dijelaskan bahawa pada permulaannya, walaupun diberi arahan oleh Cikgu Laila, namun para pelajarnya tidak melakukan tugasan yang diberi kerana tidak dapat memahami penerangan yang dijelaskan oleh Cikgu Laila, kemudiannya setelah Cikgu Laila membuat pengulangan penerangan dan mula mendekati pelajarnya dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain, mereka mula memahami dan melaksanakan kerja yang diberikan. Oleh itu, disini telah berlaku proses teori pelaziman klasik kerana adanya dua ransangan, iaitu arahan dan contoh yang diberikan oleh Cikgu Laila dan tindakbalas daripada pelajar.

Menurut teori Ivan Pavlov juga, teori beliau adalah berasaskan tingkah laku eksplisit iaitu perlakuan dimana boleh melihat apa yang berlaku yang ditunjukkan oleh seseorang individu. Hal ini kerana perlakuan tersebut boleh diukur dan dinilai dalam sesuatu kajian. Di samping itu, fikiran dan cara minda seseorang beroperasi juga boleh diramal melalui perlakuan seseorang individu itu. Beliau juga menyatakan tindak balas automatik berlaku disebabkan oleh sesuatu ransangan daripada persekitaran dan ia boleh diubah dengan memanipulasikan ransangan dan ini disebut pelaziman.

Oleh itu, berdasarkan situasi di atas, Cikgu Laila telah mengaplikasikan teori Ivan Pavlov dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Contohnya, pelajar kelas 5PD adalah merupakan golongan pelajar corot, disebabkan itu, mereka malas untuk melakukan proses berfikir. Namun begitu, Cikgu Laila tidak memarahi pelajarnya kerana memahami keadaan mereka, sebaliknya Cikgu Laila berusaha untuk mendatangkan kefahaman kepada mereka, iaitu dengan memberi penerangan secara berulang kali dan juga cuba melakukan ransangan dengan menunjukkan contoh kerja yang dilakukan. Hasilnya, disebabkan oleh perlakuan yang Cikgu Laila lakukan dapat diukur dan dinilai oleh para pelajar, mereka meberi tindak balas yang baik, iaitu mula memahami dan melaksanakan kerja yang diberikan.  Disini, jelas menunjukkan proses ransangan daripada persekitaran dan memanipulasi ransangan telah berlaku.
Menurut Ivan Pavlov lagi, Model Pelaziman yang beliau perkenalkan mempunyai tiga peringkat iaitu :
i.          Peringkat sebelum Pelaziman
ii.         Peringkat semasa Pelaziman
iii.        Peringkat selepas Pelaziman
•           Peringkat Sebelum Pelaziman
Peringkat  ini merujuk kepada satu keadaan semulajadi di mana keadaan sesuatu organism itu menunjukkan reaksi-reaksi yang berlaku secara semulajadi.

Contoh : Keadaan para pelajar kelas 5PD ( yang mana mereka merupakan antara pelajar kelas yang tercorot dan malas untuk melakukan proses belajar dan berfikir ).
Jadi, ini merupakan keadaan semulajadi mereka.
•           Peringkat Semasa Pelaziman
Dalam peringkat ini, Pavlov cuba menukar keadaan semulajadi bagi melihat perubahan tingkah laku organism.

Contoh : Cikgu Laila memberi arahan kepada para pelajar untuk melaksanakan tugasan yang diberikan. Namun, pada peringkat permulaan, tiada sebarang tindakbalas yang dilakukan oleh para pelajar. Mereka tidak dapat memahami apa yang cuba disampaikan. Pengulangan arahan diberikan sebanyak tiga kali dan Cikgu Laila mula mendekati para pelajarnya daripada satu kumpulan ke kumpulan yang lain. Hasilnya, para pelajar mula memberi tindak balas yang positif. Mereka memahami arahan yang diberikan dan melaksanakan tugasan yang diberi.
Jadi, disini telah berlaku perubahan tingkah laku organism.
•           Peringkat Selepas Pelaziman
Pada peringkat ini, organism akan memperolehi satu siri tingkah laku yang baru iaitu, setiap ransangan yang dilakukan terhadapnya akan menimbulkan gerak balas. Seseorang individu dan manusia akan memberi respon apabila sesuatu ransangan yang menarik minat mereka ditunjuk ataupun diulangi.

Contoh : Pada peringkat awal, para pelajar 5PD tidak memberikan sebarang tindakbalas terhadap arahan yang diberikan oleh Cikgu Laila . Namun begitu, selepas ransangan yang dilakukan oleh Cikgu Laila, iaitu dengan mengulangi arahan yang diberikan dan mendekati para pelajarnya, mereka mula menunjukkan minat dan memberi tindakbalas yang baik. Berkemungkinan pada masa akan datang juga, jika proses pembelajaran dilakukan terhadap para pelajar 5PD, Cikgu Laila perlu melakukan suatu proses pengajaran yang dapat menarik minat mereka terutamanya dalam memberi kefahaman kepada mereka. Hal ini adalah untuk mendedahkan proses pelaziman kepada mereka.

3)      Pada senario di atas, cikgu Laila telah memberikan tugasan kepada para pelajarnya dan berkali-kali menerangkan  apa yang perlu dilakukan oleh pelajar-pelajarnya, namun mereka masih  lagi tidak mengerti  apa yang harus mereka lakukan.Cikgu Laila telah menggunakan bahan bantu mengajar bagi memahamikan para pelajarnya.Apakah jenis kaedah yang telah dia lakukan?

            Menurut senario di atas cikgu Laila telah menggunakan surat khabar sebagai contoh atau bahan bantu mengajar untuk para pelajarnya lebih memahami apa yang meraka perlu lakukan dan apa maknanya selebriti yang dimaksudkan.Selain itu menyuruh pelajar  membayangkan selebriti kesayangan mereka yang telah sedia ada dan merasakan andai mereka adalah selebriti kesayangan mereka itu.Jika mereka ditempat selebriti itu apakah yang meraka akan lakukan.Ini kerana dengan hanya penerangan para pelajarnya sukar untuk faham.Akhirnya dengan contoh gambaran visual yang terdapat dalam surat khabar tersebut pelajar telah tahu apa yang sebenarnya mereka perlu lakukan dan mereka dapat menyelesaikan tugasan mereka.

            Penyelesaian masalah yang dilakukan oleh cikgu Laila menunjukkan bahawa penyelesaian masalah tersebut bersesuain dengan salah satu teori Psikologi iaitu teori pembelajaran  Albert Bandura .Iaitu Teori Pemerhatian atau Teori Pemodelan.Teori pembelajaran Albert Bandura  ini menjelaskan perilaku manusia dalam konteks intraksi timbal balik yang berkesinambungan antara kognitif,perilaku dan pengaruh lingkungan. Proses belajar seseorang itu terjadi melalui beberapa cara iaitu imitasi, identifikasi atau belajar melalui model. Menurut Bandura, sebagaiman yang dikutip oleh (Kard ,S, 1997: 14) bahawa “sebahagian besar manusia belajar melalui pengamatan secara selektif dan mengingat tingkah laku orang lain” Inti dari pembelajaran social pemodelan adalah  salah satu langkah paling penting dalam pembelajaran.

            Dalam situasi tersebut pelajar di suruh melihat visual atau gambar-gambar selebriti.Mereka mengandaikan mereka adalah seorang selebriti dan apa yang mereka akan lakukan kepada masyarakat apabila mereka adalah selebriti.Dalam keadadan ini pelajar perlu kenal siapa selebriti dan mereka perlu seorang salami sedalam-dalam makna selebriti agar mereka dapat melaksanakan tugasan oelah cikgu Laila.Mereka menjadikan gambar-gambar selebriti pada surat khabar sebagai model untuk mereka tiru.Ini menunjukkak model copying atau tiru oleh Bandura telah digunakan.Pelajar meniru gaya selebriti bagi merasa kedalam diri sebagai andai mereka adalah selebriti.

            Teori Pemerhatian untuk menjelaskan pelbagai tingkah laku sosial yang  boleh dipelajari oleh pelajar.Pelajar memerhati gambaran selebriti pada surat khabar untuk tahu dan membuat tindakan yang seterusnya iaitu menyenaraikan apa yang mereka akan lakukan kepada masyarakat jika mereka adalah seorang selebriti.

            Berdasarkan Teori Pembelajaran Sosial yang dipelopori oleh Albert Bandura, pemerhati akan meniru setiap tingkahlaku 'model' sekiranya tingkahlaku model tersebut mempunyai ciri-ciri seperti bakat, kecerdasan, kuasa, kecantikan atau pun populariti yang diminati oleh pemerhati.

            Sudah tentu, sebagai seorang guru, kita sewajarnya turut mempunyai sedikit sebanyak mengenai ciri-ciri yang disebutkan di atas. Ia secara tidak langsung amat berkait rapat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.Antara implikasi yang berkait rapat dengan Teori Pembelajaran Sosial Albert Bandura terhadap pengajaran dan pembelajaran situasi kelas cikgu Laila adalah cikgu Laila telah memberi setiap orang murid peluang untuk memerhati dan mencontohi pelbagai jenis model yang menunjukkan tingkahlaku yang diingini.

            Cikgu Laila sebagai guru telah  memastikan dan berusaha menyediakan persekitaran sosial yang kondusif agar modeling boleh berlaku. Perkara seperti memberi insentif, pengukuhan dan sokongan moral diberi kepada murid-muridnya secara berterusan bagi menggalakkan berlakunya tingkahlaku yang baik dalam kalangan murid-muridnya dan mereka dapat menyenaraikan bakti mereka kepada masyarakat sekiranya mereka adalah seoarang selebbriti.Maka pembelajaran dan tugasan yang diberikan kepada pelajarnya dapat dilakukan.

            Beberapa elemen pembelajaran sosial juga telah berlaku iaitu “Attention” iaitu penumpuan terhadap seseorang yang berpengaruh atau mempunyai kuasa.Pelajar harus  menfokus kepada bidang selebriti aitu sesuatu yang sangat popular dan terkenal dalam masyarakat.Cikgu laila telah menggunakan elemen “Retantion” iaitu menjelaskan satu persatu dan pelajar mengambil serta mengamatinya.

            Maka jelaslah penyelesaian cikgu Laila terhadap masalah muridnya dalam menyiapkan tugasan adalah menjadikan gambaran visual dan selebriti sebagai model atau contoh untuk pemerhatian dan pengamatan kepada para pelajarnya bagi menyiapkan tugasan mereka.

4)   Berdasarkan situasi dialog diatas menunjukkan bahawa pelajar tingkatan 5PD telah diberikan tugasan untuk berbincang berkenaan isi yang boleh dihuraikan berdasarkan tajuk yang diberikan. Senario yang ditunjukkan di atas menunjukkan bahawa pelajar tingkatan 5PD  kurang memahami tajuk yang telah diberikan oleh cikgu Laila kepada mereka. Tajuk yang diberikan itu terlalu umum bagi mereka yang mempunyai tahap pencapaian yang sederhana di dalam kelas.  Oleh yang demikian apakah tindakan yang diambil oleh cikgu Laila dan pendekatan apakah yang digunakan bagi menyelesaikan situasi yang dihadapi oleh pelajar pelajar bagi mengelakkan mereka tidak dapat menyelesaikan tugasan dengan lengkap dan sempurna?

          Sebagai seorang guru, cikgu Laila menyelesaikan masalah terhadap situasi yang berlaku dengan menggunakan teori pembelajaran yang diperkenalkan oleh ahli psikologi terkenal iaitu Teori Pembelajaran pembelajaran adalah satu proses aktif yang dapat membolehkan seseorang itu menguasai secara mendalam informasi yang diberikan serta mempelajari macam mana beberapa perkara dapat dikaitkan secara bermakna. Bruner juga menekankan penguasaan konsep untuk pelajar melihat sesuatu gambaran secara keseluruhan. Justeru itu pelajar atau kanak kanak sepatutnya diajar untuk memahami konsep dan bukan mengaplikasikan sesuatu konsep tanpa pemahaman yang signifikan.
Di dalam teori Pembelajaran Bruner, beliau turut menekankan  proses pendekatan dan cara menerima informasi akan mempengaruhi pengurusan perubahan maklumat semasa peningkatan umur.Di samping itu Bruner berpendapat bahawa peranan guru di dalam mencipta situasi yang mana pelajar dapat belajar sendiri tanpa terlalu disuap maklumat oleh guru. 
Bruner juga turut mengeluarkan kenyataan di dalam bukunya
“We teach a subject not to produce little libraries on that subject, but rather to get a student to think for himself to consider matter as historian does to take part in the process of knowledge getting knowing is a process, not a product”
Oleh yang demikian tindakan cikgu Laila adalah bertujuan supaya pelajar menggunakan minda masing masing dengan sedaya upaya meskipun mereka tidak mempunyai pengetahuan yang sebaiknya mengenai tajuk mereka. Namun begitu cikgu Laila terlebih dahulu membantu mereka dengan memberi gambaran lain yang mempunyai kesamaan dengan tajuk tersebut.
Kajian Jerome Bruner menunjukkan bahawa guru seharusnya membekalkan kanak-kanak dengan pelbagai pengalaman untuk membantu mereka menemui idea, konsep atau pola yang diperkenalkan. Untuk itu, Bruner mengalakkan pembelajaran induktif untuk memotivasikan pembelajaran yang aktif dan pembentukan konsep yang difahami. Bruner adalah seorang yang menyokong pemikiran induktif yang bermula dari spesifik ke umum. Menggunakan pengalaman seseorang dan mengaplikasikannya dalam situasi lain juga adalah satu contoh pemikiran induktif.
Kaedah induktif juga merupakan salah satu kaedah mengajar yang sesuai digunakan dalam pelbgai matapelajaran yang memerlukan kepada pemikiran dan inkuiri penemuan yang banyak. Kaedah induktif turut digunakan oleh cikgu Laila iaitu apabila beliau menerangkan konsep selebriti dengan menerangkan maksud definisi apa itu selebriti. Kemudian dituruti dengan contoh contoh yang berkaitan dengan selebriti. Ini adalah sebagai langkah awal supaya pelajar dapat menyusun serta menerima maklumat secara teratur dan tersusun di dalam minda mereka.
Pendekatan induktif juga melibatkan aktiviti mengumpul dan menafsir maklumat –maklumat kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan dalam menghasilkan tajuk atau tugasan. Dalam penggunaan kaedah induktif ini, guru akan memulakan pengajaran dengan memberikan contoh yang khusus setelah penerangan secara umum. Dalam contoh yang diberikan murid murid akan cuba menggabungkan contoh tersebut dengan tajuk yang diberikan. Sebagai contoh didalam kelas,  cikgu Laila memberikan contoh yang lebih dekat dengan mereka seperti apa yang mereka ingin lakukan terhadap masyarakat suatu hari nanti apabila mereka telah dewasa.
Dengan contoh sebegini pelajar dapat melihat dengan lebih mudah kerana situasi itu hampir dengan mereka. Secara realitinya pelajar sebenarnya lebih sukakan penerangan secara abstrak dan dikaitkan dengan persekitaran yang hamper dengan mereka.Berdasarkan apa yang kita lihat sebenarnya teori Ausubel juga turut menggunakan teori induktif ini dimana beliau menerangkan konsep daripada umum kepada khusus.Konsep induktif atau lebih dikenali dalam teori Ausubel iaitu konsep pembelajaran Superodinat. Pembelajaran ini dimulai dengan konsep konsep khusus kemudian pelajar akan memahami mngkaji dan memerhati setelah itu barulah dilakukan proses membuat prinsip atau generalisasi dari pemerhatian tadi.
Dapat disimpulkan di sini bahawa cikgu Laila telah mengambil inisiatif yang terbaik dengan menggunakan teori kognitif yang dikemukakan oleh Jerome Bruner iaitu beberapa pendekatan penemuan dan kaedah induktif. Cikgu Laila memberikan penerangan secara baik tentang tajuk yang pelajar perlu selesaikan meskipun mereka agak lemah. Di sini menunjukkan peranan guru dalam mempelbagaikan strategi pengajaran supaya pelajar dapat mencapai matlamat mereka dalam menguasai subjek sekaligus menggunakan idea idea dan pemikiran kreatif dan kritis dalam pembelajaran.

5)      “Jadi, saya beri mereka kebenaran untuk membawa balik kertas sebak dan meminjamkan pen marker kepada mereka. Saya memberitahu mereka bahawa saya akan melihat hasil kerja mereka pada keesokan hari.Ternampak ada kegembiraan di muka beberapa orang pelajar.Mungkin agak bersemangat ingin melakukan tugas-tugas tersebut.Saya bersangka baik dengan pelajar-pelajar saya. Saya yakin mereka akan melaksanakan tugasan.Sama ada sangkaan saya benar atau tidak, saya pun tidak tahu .”Berdasarkan situasi dialog diatas, adakah keputusan cikgu Laila memberi kebenaran kepada pelajar untuk membawa pulang alat alat yang diberikan serta menyiapkan tugasan di rumah adalah satu tindakan yang wajar? Dan apakah teori pendekatan yang digunakan?
Senario yang berlaku di dalam kelas Cikgu Laila menunjukkan bahawa pelajar lebih bersemangat apabila guru memberikan kepercayaan serta peluang kepada mereka untuk menyiapkan tugasan tersebut di rumah. Justeru itu apakah inisiatif yang digunakan oleh cikgu Laila bagi merangsang  pelajar pelajarnya supaya dapat meyiapkan tugasan yang diberikan pada masa yang ditetapkan?
Cikgu Laila bijak mengambil pendekatan yang telah diperkenalkan oleh ahli psikologi terkenal dalam mazhab Humanism iaitu tokoh Carl Rogers. Cikgu Laila bijak menggunakan serta mengaplikasi teori humanistik Carl Rogers dalam pembelajaran di mana guru menggalakkan para pelajarnya untuk lebih berfikir secara induktif, mementingkan pengalaman, serta memerlukan penyertaan pelajar dalm proses pembelajaran secara menyeluruh. Menurut Carl Rogers (1942) kepercayaan asas bahawa kebolehan  seseorang individu untuk bergerak ke hadapan dalam keadaan yang membina sekiranya terdapat suasana yang menggalakkan perkembangan. Menurut beliau juga manusia boleh diberi kepercayaan, boleh mencari jalan, boleh memahami diri mereka sendiri, boleh membuat perubahan kearah membina sesuatu yang baik serta menjalani kehidupan yang lebih baik. Malahan Rogers menolak dakwaan segelintir golongan ahli psikologi dan falsafah yang mengatakan bahawa manusia adalah makhluk yang tidak boleh diberi kepercayaan, perku dipaksa dan digalakkan, dikawal dan diuruskan oleh golongan yang lebih berkuasa.
Selain itu juga , Carl Rogers turut menyarankan beberapa garis panduan di dalam menjalankan proses pengajaran di mana guru perlulah mengetahui bahawa setiap individu (pelajar) mempunyai kecenderungan dan hasrat tersendiri untuk mencapai kesempurnaan kendiri.[1] Sebagaimana yang ditunjukkan oleh pelajar pelajar cikgu Laila ketika cikgu Laila memberi keizinan untuk menyelesaikan tugasan di rumah serta membenarkan mereka membawa pulang bahan bahan yang dibekalkan seperti marker dan kertas,ini menunjukkan bahawa tingkah laku yang ditonjolkan oleh mereka adalah selaras dengan konsep kendiri dan kepercayaan kepada kebolehan diri mereka dalam menyelesaikan tugasan tersebut.
Guru juga seharusnya memberi kepercayaan yang penuh terhadap pelajarnya dalam menyelesaikan tugasan. Pelajar akan lebih bersemangat sekiranya guru memberi kebebasan kepada mereka menyelsaikan tugasan yang diberikan dengan daya usaha serta pemikiran kreatif dan kritis mereka sendiri. Ini bertepatan dengan konsep yang diketengahkan oleh Carl Rogers yang menekankan bahawa keutamaan kepada prinsip pembelajaran yang berasaskan kebebasan. Menurut kajian dan pemerhatian beliau, bahan bermakna yang digunakan ketika pembelajaran juga seharusnya seiras dengn objektif pelajaran pelajar itu sendiri supaya dapat mendorong pelajar tersebut menyertai aktiviti pembelajaran.
Di dalam teori Rogers, ia menyatakan bahawa keberkesanan pembelajaran akan lebih dapat dihasilkan apabila pelajar itu sendiri yang berusaha mengambil inisiatif sendiri dan pada masa yang sama melibatkan diri sepenuhnya di dalm aktiviti pembelajaran. Namun begitu guru sewajarnya juga menjalankan pemantauan setelah mereka menyerahkan tugasan . Sebagaimana situasi cikgu Laila yang mana pada keesokan harinya ramai pelajar menyerahkan tugasan kepadanya. Ini menunjukkan pelajar mempunyai kebolehan menyelesaikan masalah mereka setelah diberi pendedahan dan penerangan berkenaan dengan tajuk tersebut.
Sekiranya ingin meningkatkan lagi tahap penguasaan pelajar, cikgu Laila sewajarnya membimbing pelajarnya supaya menilai hasil pembelajaran dirinya demi mempertingkatkan pemikiran reflektif dan kemahiran kreatif mereka. Di samping  itu juga Carl Rogers turut memberi garis panduan untuk diaplikasikan di dalam konteks pendidikan khususnya. Antaranya adalah:[2]
1.Hubungan relatif dengan pelajar
Ini menunjukkan bahawa guru perlulah menjadi dirinya sendiri serta mampu untuk berkomunikasi serta dapat bersama dngan pelajar di dalam ruang lingkup pelajar itu sendiri.
2.   Penghargaan, penerimaan, dan kepercayaan
Guru perlulah sentiasa menghargai pendapat, menghormati perasaan, dan sebagainya di samping membuat pelajar merasa diri mereka diterima oleh guru dan rakan rakan. Dengan adanya penerimaan tersebut, maka akan muncul kepercayaan akan satu dengan lainnya.  Ketahuilah bahawa kepercayaan terhadap kebolehan murid adalah salah satu factor penting dalam perkembangan kognitif mereka. Hal ini adalah kepercayaan daripada orang sekeliling dapat memberi semangat serta dorongan kepada mereka untuk lebih melakukan perubahan yang lebih baik dalam mencipta sesuatu yang baru terutamanya prestasi di dalam pelajaran.
3. Pengertian yang empati
Untuk suasana belajar atas dasar kemahuan diri, seorang guru itu haruslah  memiliki sifat pengertian yang empati terhadap  reaksi murid muridnya  dari ruang lingkup pelajar itu sendiri. Guru harus memiliki kesedaran yang lebih sensitif supaya proses pendidikan penilaian dan evaluasi. Pengertian yang dijalankan adalah dari sudut pelajar tersebut bukan dari guru.
Situasi yang dialami oleh cikgu Laila menunjukkan bahawa cikgu Laila perlulah mempunyai sifat empati dan penghargaan terhadap hasil kerja yang diselesaikan oleh pelajarnya. Walaupun ada sebahagian mereka yang tidak dapat menyelesaikan tugas tersebut dan diantara mereka terlupa untuk menghantar. Hal ini kerana ia adalah sebagai perangsang dan memberi maklum balas kepada pelajar diatas hasil kerja mereka. Wajar guru itu mengetahui bahawa pelajar inginkan penghargaan di dalam subjek dan tugasan yang diselesaikan oleh mereka supaya mereka dapat mengetahui apakah tingkat kemahiran dan kebolehan mereka di dalam sesuatu kerja. 
Sebagaimana yang berlaku salah seorang daripada pelajarnya gagal menghantar tugasan yang diberikan sehingga membuatkan cikgu Laila berasa sakit hati dan hilang perhatiannya kepada pelajar yang lain. Seharusnya cikgu Laila tidak meletakkan emosinya lebih tinggi berbanding keadaan pelajar tersebut. Oleh itu, bertepatanlah yang dijelaskan oleh Rogers bahawa seorang guru itu perlu mempunyai rasa empati terhadap individu lain terutamanya pelajarnya sendiri. Cikgu LAila haruslah menyelidiki dna merasai situasi dan masalah yang kemungkinan dihadapi oleh pelajar Bean tersebut . Boleh jadi dia tidak dapat menghantar tugasan tersebut kerana tidak faham, atau kehilangan alat tugasan tersebut. Senario ini kerap kali berlaku di alam persekolahan kerana setiap individu mempunyai perbezaan kognitif yang berlainan.
Terdapat individu yang cepat penguasaan dan pemahamannya dan ada yang agak lambat penguasaannya. Sepertimana yang berlaku kepada Bean, dia dapat melakukan tugasan tersebut apabila cikgu Laila dapat berkomunikasi dan memberi pengargaan yang baik kepada dia.Apabila berlakunya komunikasi maka guru tersebut dapat membantu pelajar tersebut menyelesaikan masalah dengan baik. Justeru tindakan cikgu Laila yang menggunakan pendekatan teori Carl Rogers adalah sangat bertepatan dengan situasi yang berlaku di dalam kelas tingkatan 5 PD.



6)      Dengan menggunakan teori apakah cikgu Laila memberi peneguhan kepada pelajarnya yang menyiapkan latihan yang diberi?

Berdasarkan masalah di atas, cikgu Laila cuba memberi perhatian kepada semua pelajarnya tidak mengira sama ada pelajar tersebut membuat apa yang disuruh atau pun tidak. Dalam situasi sebegini, cikgu Laila menggunakan pelaziman operan dibawah teori pembelajaran Behaviorisme. Operan bermaksud tindakan yang subjek atau organism mulakan, atau gerak balas sukarela. Berjalan, menari, senyum, berborak adalah contoh operan (tindakan) manusia yang umum.

Pelaziman operan berlaku apabila konsekuen yang mengikuti sesuatu operan (tindakan) adalah sama ada meningkatkan atau mengurangkan kemungkinan operan akan dilakukan lagi dalam situasi yang sama pada masa akan datang. Dalam perkataan yang lain, kekerapan relatif atau kekuatan sesuatu tindakan itu adalah diubah semasa pelaziman operan. Secara mudah, sekirannya sesuatu operan itu diikuti secara berulang-ulang oleh kesudahan (hasil) yang menyeronokkan pembelajaran, maka tindakan itu akan cenderung dilakukan lebih kerap kali dalam kondisi yang sama. Sekiranya tingkah laku diikuti oleh konsekuen atau kesudahan yang tidak menyeronokkan, maka ianya akan kurang cenderung diulang dalam keadaan demikian. Dalam situasi diatas, kita dapat melihat cikgu Laila cuba memberi hasil yang menyeronokkan kepada pelajarnya yang menyiapkan latihan yang diberinya. Contohnya Darshini, cikgu Laila memberi satu pujian kepadanya sebagai satu ganjaran atau hasil yang menyeronokkan supaya Darshini merasakan dia perlu menyiapkan latihan pada masa yang akan datang supaya dia mendapat pujian dari cikgu lagi.

Di peringkat awal, pelaziman operan banyak dikaitkan dengan dua orang tokoh utama iaitu Edward Thorndike (pengasas) dan B.F Skinner. Dalam pelaziman operan, peneguhan akan memperkukuhkan tingkah laku. Peneguhan akan mengikuti tindakan yang diperkuatkan. Misalnya, setelah melakukan tingkah laku (membuat latihan),  Darshini memperolehi peneguhan (pujian) dan peneguhan ini memperkuatkan lagi tingkah lakunya (iaitu cenderung untuk diulang pada masa akan datang). Dengan itu, dalam pelaziman operan, subjek adalah diperteguhkan oleh kesan atau konsekuen yang menyeronokkan (pujian). Dua jenis peneguhan operan dikenal pasti sebagai peneguhan positif dan peneguhan negetif.
Bagi situasi kelas di atas, cikgu Laili tidak menggunakan peneguhan negatif kepada pelajarnya,  tetapi menggunakan peneguhan positif. Peneguhan positif merujuk kepada konsekuen atau hasil tingkah laku yang positif, agar tingkah laku akan sering diulang kembali. Contoh yang lain, tingkah laku yang tepat di kalangan burung merpati menyebabkan ia menerima peneguhan positif iaitu makanan. Dalam bahasa umum, ia dirujuk sebagai ganjaran positif. Apabila melakukan tingkah laku yang betul, kita biasanya menerima ganjaran sama ada dalam bentuk pujian atau pun material. Tingkah laku yang sering diulang kembali akibat diberi ganjaran dikenali sebagai gerakbalas operan, sementara konsekuen positif (ganjaran) dinamakan sebagai peneguh positif.

Peneguhan positif dapat dikategorikan kepada tiga, iaitu peneguh asas, peneguh sekunder dan peneguh sosial:

1.                  Peneguh asas. Peneguh yang secara semula jadi adalah meneguhkan dan tidak perlu diperolehi melalui pembelajaran. Makanan, air, kehangatan, rangsangan, aktiviti fizikal, dan kepuasan seksual adalah contohnya. Ia kadang kala dinamakan sebagai peneguh yang tidak dipelajari.

2.                  Peneguh sekunder. Peneguh yang memainkan bahagian penting dalam pelaziman operan. Peneguh ini dipelajari melalui pelaziman klasik. Ianya menjadi peneguh kerana ia dikaitkan dengan rangsangan lain. Contohnya, wang sebagai peneguh sekunder, kerana wang dikaitkan dengan keupayaan menjadi sesuatu yang kita kehendaki.

3.                  Peneguh sosial. Peneguh ini bergantung kepada orang lain. Peneguh sosial      yang biasa adalah seperti kemesraan, perhatian, penerimaan, pengiktirafan, senyuman, dan penghormatan.
           
Keberkesanan aplikasi peneguhan positif ,Tiga isu penting perlu diberi perhatian dalam  menggunakan  peneguhan positif:

1.                  Kesegeraan. Peneguhan positif mestilah diberikan dalam jangka masa yang segera (dengan cepat) selepas gerak balas ;sekiranya tidak, pembelajaran akan berlaku dengan perlahan. Maksudnya, sebaik sahaja tindakan dilakukan, ganjaran positif perlulah diberikan dengan segera. Penangguhan dalam  memberi peneguhan boleh membantutkan pembelajaran.

2.                  Konsistensi dalam pemberi peneguhan. Untuk pembelajaran berlaku, individu yang meneydiakan peneguhan positif mestilah secara konsisten (berterusan) memberikan peneguhan selepas gerak balas dilakukan, khususnya penting di peringkat awal proses pembelajaran .

3.                  Peneguh positif yang digunakan mestilah yang dapat memberikan peneguhan.  Peneguh positif (ganjaran) mestilah yang dapat menarik, menyenangkan, atau  menyeronokkan subjek, sehingga mempu menggerakkan subjek untuk mengulanginya tingkah laku pada masa yang akan datang. Tegasnya, ganjaran mestilah menarik.

7)                         Apakah jenis hukuman yang digunakan oleh cikgu Laila??

                Sebagaimana yang telah kita ketahui, cikgu Laila menghadapi masalah dalam  semasa di dalam kelas 5PD. Darshini tidak menyiapkan latihan yang diberikan. Cikgu Laila tidak mahu memarahi Darshini hanya semata-mata untuk memuaskan hatinya sahaja. Bahkan ckigu Laila mahu memberi hukuman kepada Darshini supaya pelajar itu tidak mengulangi kesalahan yang sama pada masa yang akan datang.
                Mengikut teori Edward Thorndike, Hukuman ini kadang kala konsekuen (akibat) sesuatu tingkah laku adalah negatif, dan kesannya ialah kekerapan tingkah laku tersebut diulang semula semakin menurun. Dengan perkataa lain, tingkah laku itu telah dihukum. Dari sudut ini, ahli-ahli psikologi menyatakan sesuatu hukuman terjadi apabila, dan  hanya apabila operan (tingkah laku) dilemahkan oleh konsekuen yang mengikutinya. Tegasnya hukuman adalah konsekuen negetif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan tingkah laku  yang menyebabkan hukuman tersebut.Maka dapat dikaitakan dengan hukuman yang cikgu Laila jalankan keatas Darshini, Darshini tidak menyiapkan latihan yang diberi (operan) di hukum oleh cikgu Laila supaya menyiapkan latihan pada masa yang singkat (konsekuen negetif), maka kecenderungan untuk tidak menyiapkan latihan pada masa akan datang akan berkurang.
                Hukuman boleh berlaku dalam bentuk memberikan ketidakselesaan (misalnya kesakitan ) dan menarik balik atau menahan ganjaran. Jesteru itu, hukuman boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu hukuman positif dan hukuman negatif:

1.      Hukuman positif. Hukuman positif terjadi apabila sesuatu operan dilemahkan oleh penggenaan sesuatu peristiwa yang mengikutinya. Peristiwa yang dihadirkan atau dikenakan itu dinamakan sebagai hukuman. Sebagai satu peneguhan, “positif” merujuk kepada pengenaan konsekuen itu. Perkataan “hukuman” secara kasar menyamai perkataan  “pelemah”.

2.      Hukuman negative. Hukuman negative berlaku apabila operan dilemahkan denagn penghilangan atau pengangguhan peneguh yang mengikutinya. “Negatif” di sini merujuk kepada penghilanagn konsekuen. “Hukuman” pula bermaksud pelemah. Dua jenis hukuman negative yang biasa digunakan ialah:

                                                        i.            Kos gerakbalas. Tingkah laku dilemahkan kerana ia menyebabkan kehilangan peneguh. Contohnya, dengan mengurangkan duit belanja sekolah boleh menyebabkan Ali cepat balik ke rumah selepas sekolah. Ini menunjukkan kecenderungan untuk seseorang itu berbuat sesuatu yang buruk semakin berkurang kerana khuatir ganjaran yang diterima dikurangkan atau ditarik balik.

                                                      ii.            ii.         “Omission training”. Tingkah laku dilemahkan kerana peneguh ditangguhkan setiap kali tindakan yang akan dihapuskan itu dilakukan. Peneguh akan diberi hanya apabila gerak balas yang tidak diingini itu tidak dilakukan. Misalnya kita memberi wang sepuluh ringgit setiap 24 jam kepada teman sebilik kita sekiranya beliau tidak merokok dalam bilik. Sekiranya beliau merokok maka ganjarannya terbatal dan ditangguhkan untuk tempoh 24 jam selepas iu. 

                Berdasrakn jenis hukuman yang dinyatakan di atas, hukuman positif adalah jenis hukuman yang digunakan oleh cikgu Laila sebagai dendaan kepada Darshini kerana tidak menyiapkan latihan yang diberikannya. Tingkah laku Darshini yang tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh cikgu itu dilemahkan dengan hukuman yang dikenakan keatasnya. Apabila Darshini dikenakan hukuman, dengan sendirinya dia akan membuang sikap malasnya itu secara beransur-ansur kerana tidak mahu dikenakan hukuman pada masa yang akan datang lagi.
                Cikgu Laila cuba menyelesaikan masalah yang timbul dengan tidak mengikut kata hati semata-mata. Walaupun hukuman merupakan alat yang berguna untuk tidak mengalakkan tingkah laku yang tidak sesuai dalam masyarakat, ia juga boleh membawa kepada persoalan etika. Namun, penggunaan hukuman boleh mendatangkan bahaya seperti hukuman sering mempunyai kesan rintangan umum terhadap individu, orang yang dihukum dengan serius sering menjadi takut dan merasa marah dan bersifat memusuhi penghukum dan sebagainya.


KESIMPULAN

Secara keselurahannya dapat dilihat dalam kajian kes situasi kelas P&P cikgu Laila menunjukkan banyak penyelesaian masalah  yang telah  beliau  lakukan bagi memastikan pengajaran kelasnya berkesan dan difahami serta bermakna buat pelajaranya.Malah penyelesaian masalah di kelas tersebut boleh dikaitkan dengan pelbagai teori pembelejaran tokoh Pikologi terkenal antaranya Albert Bandura,Thorndike,Skinner dan beberapa pandangan teori oleh tokoh lain.Selain itu kami memastikan bahawa tekinik pengajaran yang ingin Cikgu Laila lakukan kepada P&P  terhadap kelas ini adalah bercorak Humanistik kerana sebelumnya pengajaran yanag biasa beliau lakukan adalah cara memberi sepenuh tugas kepada guru menentukan pengajaran tanpa memberikan peluang kepada pelajarnya cuba mencari pembelajaran itu sendiri.Namun,dalam sesuatu pengajaran guru haruslah bijak mengawal situasi kelas dan cuba sedaya upaya agar pengajaran berjalan dengan baik serta berkesan.Pelbagai teknik atau penyelesaian boleh dilakukan.











BIBILIOGRAFI

Sang m.s. (januari 2010). psikologi pendidikan untuk pengajaran. Punchong Selangor, penerbitan multimedia Sdn. Bhd.

Nachiappan, s, jantan, r., & Shukor, A.A. (2008). Psikologi Pendidikan.Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Dervine, L.M (1981), Penggunaan Psikologi dalam Pengajaran. Longman Malaysia Sdn Bhd.




[1] J.Suzanna.(2008),”Pengenalan kepada Psikolgi Pendidikan Kanak-kanak dan Remaja”.Arah Publication.hlm.253
[2]  _____(2008) Retrieved from http://muinbilang.blogspot.com/2011/12/teori-belajar-humanistik-menurut-carl.html