"kepadAdaMu aku memoHON....kepadaMu juga aku BEserah.."

tetapdihearty

tetapdihearty

26 April, 2012

TIPS MENGAHAFAL AL- QURAN...

Menghafal al-Quran menjadi impian setiap individu Muslim. Ternyata banyak kelebihan yang Allah berikan kepada orang yang mendalami al-Quran sebagaimana yang diterangkan dalam banyak hadis Rasulullah. Tidak kira berapa usia anda ketika mula menghafalnya, sama ada tua atau muda, sejarah membuktikan, Rasulullah mula menghafal al-Quran pada saat pertama menerima wahyu dan diangkat menjadi rasul iaitu pada usia 40 tahun. Dengan segala kemahuan yang ada, berbekalkan semangat yang jitu, 30 juzuk al-Quran tidak lagi mustahil untuk dihafal. 







PERSEDIAAN SEBELUM MENGHAFAL :


1. Membersihkan diri dari segala hadas.
2. Memakai wangi-wangian.
3. Bersugi atau memberus gigi.
4. Berwudhuk.
5. Memilih mushaf yang biasa digunakan seharian. 
 Pastikan tulisan mudah dibaca. 
 Sebaiknya menggunakan mushaf rasm uthmani.
6. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafaz Al Quran.
7. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafaz Al Quran. Waktu yang 
dicadangkan:
 Selepas subuh.
 Selepas maghrib.
8. Pilih guru yang ingin anda perdengarkan bacaan dan hafalan anda.
9. Perbetulkan niat untuk menghafal Al Quran.




CARA MENGHAFAZ :


1. Tentukan had bilangan ayat atau mukasurat yang hendak dihafal.
2. Bacalah ayat yang hendak dihafal. Pastikan bacaan tersebut betul dari segi 
tajwid dan sebutan.
3. Ulang bacaan dengan disemak bacaan tersebut supaya tidak ada kesilapan
setiap kali ianya diulang. 
 Bilangan ulangan ayat yang dicadangkan adalah sebanyak 60 / 30 / 10 / 
dan lain-lain bersandarkan kepada kemampuan ingatan seseorang.
 Semakin banyak ayat diulang semakin mudah ianya dihafal dan kekal 
lebih lama dalam ingatan.
4. Sebaik sahaja selesai ulangan bacaan tersebut dan anda berpuashati dengan 
bacaan tersebut, mulakan dengan mengulang ayat yang pertamdihafal sehinggalah berjaya menghafal ayat tersebut.
5. Kemudian berpidahlah ke ayat yang kedua. Ulang langkah yang sebelumnya 
sehingga selesai hafalan ayat yang ketiga.
6. Ulang hafalan ayat satu kemudian diiukuti ayat yang kedua.
7. Selepas anda yakin ayat satu dan dua telah dihafal dengan hafalan yang 
sempurna mulakan hafalan dengan diulang langkah yang digunakan pada 
ayat yang pertama dan ayat yang kedua. Kemudian susuli dengan urutan ayat 
satu dua dan tiga dihafal serentak.
8. Ayat yang berikutnya juga dilakukan langkah seperti ayat satu dua dan tiga 
sehinggalah sampai ke had yang telah ditetapkan ( cth : 1 ms / 1 ‘ain ).
9. Ulanglah keseluruhan hafalan  sehinggalah benar-benar yakin hafalan 
tersebut sempurna.
10.Perdengarkan bacaan kepada guru atau kawan yang dipilih.11.Apabila ingin memulakan hafalan yang baru, ulang terlebih dahulu hafalan 
yang lalu, barulah dimulakan hafalan yang baru dengan cara yang sama pada 
hafalan yang lalu.
12.Hafallah setiap ayat dan alunkanlah ia dengan penuh tadabbur dan dengan 
penuh kesungguhan serta niat untuk memahami dan memelihara kalam 
Allah.








SELEPAS MENGHAFAL : 


1. Berdoa agar dikurniakan keberkatan dalam hafalan. Antara doa yang baik 
untuk dibaca : 


اﻟﻠﱠﮭُﻢﱠ ارْﺣَﻤْﻨﺎَ ﺑِﺎﻟْﻘُﺮْآنِ وَاﺟْﻌَﻠْﮫُ ﻟَﻨﺎَ إِﻣﺎَﻣﺎً وَﻧُﻮراً وَھُﺪىً وَرَﺣْﻤَﺔً   
اﻟﻠﱠﮭُﻢﱠ ذَﻛﱢﺮْﻧﺎَ ﻣِﻨْﮭُﻤﺎَ ﻧُﺴﱢﯿْﻨﺎَ وَﻋَﻠﱢﻤْﻨﺎَ ﻣِﻨْﮭُﻤَﺎ ﺟَﮭِﻠْﻨَﺎ وَارْزُﻗْﻨﺎَ ﺗِﻼَوَﺗَﮫُ أَﻧَﺎءَ اﻟﻠﱠﯿْﻞِ
 وَأَﻃْﺮَافَ اﻟﻨﱠﮭَﺎرِ
وَاﺟْﻌَﻠْﮫُ ﻟَﻨﺎَ ﺣُﺠﱠﺔً ﯾَﺎ رَبﱠ اﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﯿﻦَ  


“ Ya Allah Rahmatilah kami dengan Al Quran, jadikanlah ia pemimpin , cahaya 
dan petunjuk dan rahmat bagi kami. 
Ya Allah ingatkanlah kami apa yang kami dilupakan , ajarilah kami apa tidak tahu 
dan berikanlah kami rezeki membacanya di sebelah malam dan di sebelah siang. 
Jadikanlah ianya hujjah bagi kami wahai Tuhan sekalian alam”.  
2. Pastikan Al Quran sentiasa dibaca dan diulang selalu. Pastikan setiap hari 
ada jadual mengulang dan jadual hafalan yang baru.
3. Berusaha untuk memperbaiki bacaan , memahami makna, hukum dan 
hikmah yang terkandung di dalam setiap ayat.
4. Berusaha untuk beramal dengan setiap perintah yang didatangkan dan 
berusaha menjauhi setiap larangan yang terkandung di dalam Al Quran.






TABIAT MEREKA YANG INGIN MENGHAFAZ AL QURAN


1. Sentiasa di dalam keadaan bersih dan suci.
2. Sentiasa berjaga-jaga daripada termakan makanan atau minuman yang 
haram, begitu juga yang syubhat.
3. Rajin bangun di waktu malam untuk berqiyamullail, membaca Al Quran dan 
menunaikan solat malam.
4. Mengelakkan daripada melakukan perkara yang sia-sia sama ada dalam 
bentuk perbuatan atau percakapan serta menjauhi perkara yang dilarang 
oleh Allah sama ada dalam bertuk percakapan atau perbuatan.
5. Menjaga tingkahlaku dan percakapan seharian.
6. Rajin berpuasa sunat.
7. Memastikan niat menghafal Al Quran sentiasa kerana Allah bukan kerana 
habuan dunia dan sebagainya.
8. Menjaga hubungan baik dengan Allah dan manusia.