"kepadAdaMu aku memoHON....kepadaMu juga aku BEserah.."

tetapdihearty

tetapdihearty

22 May, 2012

ganti puase???ramadhn kian hampir.








salam...=)  
salam rejab ye..harini da masuk 2 rejab..sekejap kan...sedar2 dah masukk 1 ramadhan..
hmm oleh tu...ana nak usik atau sentuh bab puasa ganti..


hopefully semua dah bis manunaikan pasa ganti..munkin yg belum..segeralah mghabiskan nye ye??


ok..


jarang sekali kite dengar wanita yg mammpu menyempurnakan puasa nye di bulan ramadan kecuali segelintir wanita hamil,yang belum baligh dan yg monopaus! =0
dalam masa itu kbnyakan wanita menghadapi halangan bg berpuasa contohnya berupa haid,nifas,wanita hamil yg risau akan kandungan,wanita uzur/saket dan lain2 halangan yg dibolehkan dalam islam....


KEWAJIPAN BERBUKA =)

Bagi wanita haid dan nifas mereka wajib berbuka puasa dan puasa mereka tidak sah.JADI...tidak wajib mereka berpuasa ketika dalam itu...


namun!!...after berlalu nya bulan ramadhan maka WAJIB lah mereka mggntikannya..


sebagaimana firman-Nya :

'Maka sesiapa antara kamu ada yang sakit atau dalam
 perjalanan (lalu ia berbuka),maka ( wajiblah beginya berpuasa) sebnyak 
hari yg ditingglkn itu pada hari2 lain."
(surah al-Baqarah 2:184)


MASIH BERHUTANG =(

puasa tahun lepas x habis ganti lagi??
hmm nampknye masih ada hutang dengan Allah

hutang wajiblah ditunaikan means kena lah melaksanakn hutang puasa tu td...

jika masih ada wanita yg belum mgntikan puasa tahun lepas maka puasa yg terluput tu bkan sekadar perlu dignti malah kena bayar fidiah
bagaimana caranya??

hhmm 

1.pastikan jumlah puasa yg belum digantikan.

2. gantikan puasa yg telah luput dgn berpuasa sehari bagi sehari puasa yang tertinggl.jika 7 hari maka gntilah        tujuh hari yep

3. bgi puasa yg dah melangkau setahun maka perlulah dibayar fidiah .sehari yg tinggal dibayar dengan secupak beras bagi setahun yg berlalu...
namun jika bertambah tahun yg berlalu maka perlu digandakan bayaran cupak beras.

untuk mudah...guna kalkulator fidyah yg disediakan oleh pusat PUNGUTAN ZAKAT (PPZ)
di laman sesawang http://zakat.com.my/kalkulator-fidyah



JIKA TERLUPA BERAPA BILANGAN PUASA YG KENA GANTI??

Menuru sYEIKH IBN UTHAIMIN rhm mgatakan...

  •  jika ragu2 jumlah hari yg belum ganti sama ada cntoh 3 hari atau 4 hari maka hndaklah diganti 3 hari kerana sedikit adalah lebeh yakin.namun jika mqada'kan hingga 4 hari diharuskan.
  • jika x pasti berapa hari jumlah puasa yg ditinggalkan maka hndaklah dikira berdasarkan kebiasaan puasa yg ditingglakn.jika puasa terkluput sebb haid ,maka ikut kebiasaan bilangan haid.jika biasnya selama 6 hari makan gantilah 6 hari.

Wallahua'lam...
sedikit perkongsian ilmu yg diperoleh melalui bahan ilmiah..
maka marilah kita mgambil berat tentang syariat berpausa ini...
Ramdahan kian hampir..
harapan agar semuanya dalam radha dan hidayah ALLAH...



RUJUKAN:

Fiqah wanita,husna hassan.solusi ms 85









04 May, 2012

larangan mencaci org lain....

  salam.....


hmmm nk cerita sket pasal mancaci dan menghina org len..baru ni shabt ana baru je mendapt kesedihan,,,katenye dicaci n dihina org laen.,....atas sbb kesalahn nye yg x taw apa n punce org tersebut telah mencaci dirinye n keluaganye,...shabt menyatakan rase sedeh...bkan karn dirinya yg dicnci namun cacian oleh org tersebut terhadap ibu bapanya juga...


hhhmmmm......sememngnya kalu yg dimaki tu adlah org yg kite syg...yg kite sgt dekat...pasti  akn pedih kite rase....apela hak manusia nak menilai kburukan org len,mencaci n menghine org len...adakah  diri tu sudah cukup kuat,hebat shingge boleh melukakan org lan..masyaAllah...


kdg2 pekara sepeti ni belaku kbnyakn nye disbbkan nafsu amarah yg x boleh mngawal diri,rasa puas x puas hati yg tinggi dan sukar memaafkan org laen..hmmmyg memaki n ske menghina org tu parlu tarbiyyah jiwa balik..knapa suka bersikap bgitu....


tambahan lagi.....Islam mengharapkan supaya umatnya hidup bersatu padu dalam keadaan aman damai, bantu membantu, tolong-menolong, hormat menghormati antara satu sama lain dan Islam melarang umatnya daripada berpecah belah, bermusuh-musuhan, tuduh-menuduh, mencaci antara satu sama lain. 


Allah berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 2


Maksudnya : "" Hendaklah kamu bantu membantu kepada kebaikan dan ketakwaan dan jangan kamu sekali-kali bantu membantu ke arah melakukan dosa dan permusuhan antara satu sama lain""

Difirmankan oleh AllAH juga  dalam surah Al-Hujurat, ayat 10 - 12, yang melarang kita daripada enam perkara yg boleh menjejaskan perpaduan dan keutuhan kita umat Islam.

1. Jangan mencemuh dan merendah-rendahkan puak atau orang lain.
2. Jangan sekali-kali menyata dan menjatuhkan keaiban orang lain.
3. Jangan panggil memanggil dengan panggilan yg buruk atau menghinakan.
4. Hindarilah diri daripada berburuk-sangka.
5. Jangan hendaknya suka mengintip atau mencari-cari kesalahan orang lain.
6. Jangan suka umpat mengumpat dan keji mengeji di antara kita umat Islam.

Marilah atas dasar dan semangat cintakan kehidupan yang diredhai Allah, sama-sama kita hidup dalam suasana harmoni, hidup saling hormat menghormati, saling kasih mengasihi dan saling bantu membantu di antara Islam lain.

Walau apa pun alasan kita, Islam melarang keras umatnya daripada sikap kutuk mengutuk, hina menghina dan mengeji orang lain. Sebagaimana kita tidak mahu orang mencarut dan menghina kita, maka begitulah juga orang lain.





26 April, 2012

TIPS MENGAHAFAL AL- QURAN...

Menghafal al-Quran menjadi impian setiap individu Muslim. Ternyata banyak kelebihan yang Allah berikan kepada orang yang mendalami al-Quran sebagaimana yang diterangkan dalam banyak hadis Rasulullah. Tidak kira berapa usia anda ketika mula menghafalnya, sama ada tua atau muda, sejarah membuktikan, Rasulullah mula menghafal al-Quran pada saat pertama menerima wahyu dan diangkat menjadi rasul iaitu pada usia 40 tahun. Dengan segala kemahuan yang ada, berbekalkan semangat yang jitu, 30 juzuk al-Quran tidak lagi mustahil untuk dihafal. 







PERSEDIAAN SEBELUM MENGHAFAL :


1. Membersihkan diri dari segala hadas.
2. Memakai wangi-wangian.
3. Bersugi atau memberus gigi.
4. Berwudhuk.
5. Memilih mushaf yang biasa digunakan seharian. 
 Pastikan tulisan mudah dibaca. 
 Sebaiknya menggunakan mushaf rasm uthmani.
6. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafaz Al Quran.
7. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafaz Al Quran. Waktu yang 
dicadangkan:
 Selepas subuh.
 Selepas maghrib.
8. Pilih guru yang ingin anda perdengarkan bacaan dan hafalan anda.
9. Perbetulkan niat untuk menghafal Al Quran.




CARA MENGHAFAZ :


1. Tentukan had bilangan ayat atau mukasurat yang hendak dihafal.
2. Bacalah ayat yang hendak dihafal. Pastikan bacaan tersebut betul dari segi 
tajwid dan sebutan.
3. Ulang bacaan dengan disemak bacaan tersebut supaya tidak ada kesilapan
setiap kali ianya diulang. 
 Bilangan ulangan ayat yang dicadangkan adalah sebanyak 60 / 30 / 10 / 
dan lain-lain bersandarkan kepada kemampuan ingatan seseorang.
 Semakin banyak ayat diulang semakin mudah ianya dihafal dan kekal 
lebih lama dalam ingatan.
4. Sebaik sahaja selesai ulangan bacaan tersebut dan anda berpuashati dengan 
bacaan tersebut, mulakan dengan mengulang ayat yang pertamdihafal sehinggalah berjaya menghafal ayat tersebut.
5. Kemudian berpidahlah ke ayat yang kedua. Ulang langkah yang sebelumnya 
sehingga selesai hafalan ayat yang ketiga.
6. Ulang hafalan ayat satu kemudian diiukuti ayat yang kedua.
7. Selepas anda yakin ayat satu dan dua telah dihafal dengan hafalan yang 
sempurna mulakan hafalan dengan diulang langkah yang digunakan pada 
ayat yang pertama dan ayat yang kedua. Kemudian susuli dengan urutan ayat 
satu dua dan tiga dihafal serentak.
8. Ayat yang berikutnya juga dilakukan langkah seperti ayat satu dua dan tiga 
sehinggalah sampai ke had yang telah ditetapkan ( cth : 1 ms / 1 ‘ain ).
9. Ulanglah keseluruhan hafalan  sehinggalah benar-benar yakin hafalan 
tersebut sempurna.
10.Perdengarkan bacaan kepada guru atau kawan yang dipilih.11.Apabila ingin memulakan hafalan yang baru, ulang terlebih dahulu hafalan 
yang lalu, barulah dimulakan hafalan yang baru dengan cara yang sama pada 
hafalan yang lalu.
12.Hafallah setiap ayat dan alunkanlah ia dengan penuh tadabbur dan dengan 
penuh kesungguhan serta niat untuk memahami dan memelihara kalam 
Allah.








SELEPAS MENGHAFAL : 


1. Berdoa agar dikurniakan keberkatan dalam hafalan. Antara doa yang baik 
untuk dibaca : 


اﻟﻠﱠﮭُﻢﱠ ارْﺣَﻤْﻨﺎَ ﺑِﺎﻟْﻘُﺮْآنِ وَاﺟْﻌَﻠْﮫُ ﻟَﻨﺎَ إِﻣﺎَﻣﺎً وَﻧُﻮراً وَھُﺪىً وَرَﺣْﻤَﺔً   
اﻟﻠﱠﮭُﻢﱠ ذَﻛﱢﺮْﻧﺎَ ﻣِﻨْﮭُﻤﺎَ ﻧُﺴﱢﯿْﻨﺎَ وَﻋَﻠﱢﻤْﻨﺎَ ﻣِﻨْﮭُﻤَﺎ ﺟَﮭِﻠْﻨَﺎ وَارْزُﻗْﻨﺎَ ﺗِﻼَوَﺗَﮫُ أَﻧَﺎءَ اﻟﻠﱠﯿْﻞِ
 وَأَﻃْﺮَافَ اﻟﻨﱠﮭَﺎرِ
وَاﺟْﻌَﻠْﮫُ ﻟَﻨﺎَ ﺣُﺠﱠﺔً ﯾَﺎ رَبﱠ اﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﯿﻦَ  


“ Ya Allah Rahmatilah kami dengan Al Quran, jadikanlah ia pemimpin , cahaya 
dan petunjuk dan rahmat bagi kami. 
Ya Allah ingatkanlah kami apa yang kami dilupakan , ajarilah kami apa tidak tahu 
dan berikanlah kami rezeki membacanya di sebelah malam dan di sebelah siang. 
Jadikanlah ianya hujjah bagi kami wahai Tuhan sekalian alam”.  
2. Pastikan Al Quran sentiasa dibaca dan diulang selalu. Pastikan setiap hari 
ada jadual mengulang dan jadual hafalan yang baru.
3. Berusaha untuk memperbaiki bacaan , memahami makna, hukum dan 
hikmah yang terkandung di dalam setiap ayat.
4. Berusaha untuk beramal dengan setiap perintah yang didatangkan dan 
berusaha menjauhi setiap larangan yang terkandung di dalam Al Quran.






TABIAT MEREKA YANG INGIN MENGHAFAZ AL QURAN


1. Sentiasa di dalam keadaan bersih dan suci.
2. Sentiasa berjaga-jaga daripada termakan makanan atau minuman yang 
haram, begitu juga yang syubhat.
3. Rajin bangun di waktu malam untuk berqiyamullail, membaca Al Quran dan 
menunaikan solat malam.
4. Mengelakkan daripada melakukan perkara yang sia-sia sama ada dalam 
bentuk perbuatan atau percakapan serta menjauhi perkara yang dilarang 
oleh Allah sama ada dalam bertuk percakapan atau perbuatan.
5. Menjaga tingkahlaku dan percakapan seharian.
6. Rajin berpuasa sunat.
7. Memastikan niat menghafal Al Quran sentiasa kerana Allah bukan kerana 
habuan dunia dan sebagainya.
8. Menjaga hubungan baik dengan Allah dan manusia.








29 March, 2012

CERITA-CERITA ISRAILIYAT DALAM TAFSIR


q   Seperti mana yang dimaklumi ,cerita-cerita         Israiliyat yang mengandungi unsur khurafat dan
kepalsuan adalah dinisbahkan kepada Rasulullah
dan sahabat.
q  Ianya merupakan bahaya yang besar kepada akidah umat islam.

Contoh-contoh cerita israiliyat ialah:
1.Cerita yang merendahkan atau menghina darjat para nabi. Kitab Sifru al-Khuruj  bab 32.
Iaitu nabi harun menciptakan anak lembu bagi Bani Israil dan mengajak mereka menyembahnya.
Sedangkan al-Quran telah menjelaskan bahawa yang menciptakan anak lembu itu  ialah Musa Samiri dan Nabi Harun mengikari dan mencegahnya.
Namun Bani Israil berhasrat dan mengugut untuk  membunuhnya pula.
 Sebagaimana  firman Allah dalam surah Taha ayat 87-90. 2. cerita yang menafikan ismah.

    Kitab Sifru al- Takwim bahagian 19

Diceritakan bahawa kedua-dua putri Nabi Lut telah memberikan kepada beliau arak.
Lalu Nabi Lut telah menzinai kedua anaknya itu dan mereka hamil dan melahirkan anak.
Anak yang lahir daripada puteri pertama bernaman Abdul Muwabin dan anak daripada puteri kedua diberi nama Abu Amun.
Semua itu cerita palsu dan batil,kerana al-Quran menjelaskan Nabi Lut membencikan
perbuatan kaumnya sepeti:liwat,lesbian zina dan 
lain-lain.
    Firman Allah:surah al-
Syu’araayat 165 dan 163. Riwayat yang disandarkan kepada Ka’ab Bin Ahbar:
 Ketika Allah menciptakanArasy,ia berkata:
Allah tidak akan pernah menciptakan makhluk lebih besar daripadaku kemudian jadi kuatlahArasy itu.
Allah mengelilingkan’Arasy itu dengan 70 ekor ular.
Setiap ular itu mempunyai 70 ribu sayap dan setiap sayap mempunyai 70 ribu bulu dan setiap bulu mempunyai  70 ribu muka dan setia muka ada 70 ribu mulut dan setip mulut ada 70 ribu lidah
Dan setiap hari bkeluar daripadanya tasbih sebanyak titisan hujan ,sebanyak jumlah pokok dan daunya,pasir-pasir dan batu-batu,sebanyak jumlah hari dan jumlah malaikat seluruhnya.
Maka ular itu meliliti A’rasy. 
Semua itu cerita palsu dan batil,kerana al-Quran menjelaskan Nabi Lut membencikan perbuatan 
4. Diriwayatkan dalam Kitab Ta’wil Mukhalif al-Hadis  oleh Ibn Jarir  dalam tafsirannya tentang Nabi Daud .
   
Dimana Nabi Daud sujud  kepada Allah selama 40 malam dan menangis terus menerus hingga tumbuh rumput daripada air matanya yang keluar itu.
Selepas itu ia meraung dengan kuat ,dengan itu tumbuh pula pokok-pokok.
 kaumnya sepeti:liwat,lesbian
ziSABDA NABI MUHAMMAD SAW :
    Maksud: Sampaikanlah dariku walau satu ayat.Riwayat daripada Bani Israil tiada salahnya dan barangsiapa yang berdusta atas namaku maka siap sedialah tempatnya di neraka”. 

KESIMPULANYA
aiBahawa tidak syak lagi sepertimana yang telah
diterangkan bahawa warisan ilmu kita mempunyai manhaj
yang berbeza-beza.Dan tidak kesemuanya selamat
daripada cerita-cerita batil  Israiliyat dan khurafatnya.
Sehingga ini perkara tersebut masih wujud dan ia tidak
akan berhenti.Oleh itu, tanggungjawab ulama’ Islam
amnya dan ulama’ al-azhar khasnya untuk
mampertahankan kebenaran al-
Quran dan as-Sunnah.