"kepadAdaMu aku memoHON....kepadaMu juga aku BEserah.."

tetapdihearty

tetapdihearty

25 February, 2013

Projek awal sem ?? nak promoTE sekali ni!! tekan click~~

salam!!!hhooolaa  :)

agak lame x menaip untuk blog.sgt busy sekarang tambah2 awal sem ni nak kopemkan subjek,sibuk noted lecturer bg asiment,cari bahan,projek lagi...


hu...my new project this sem is :::: UM------.> kk9


 "Minggu penghayatan islam"... hhmm 4 this year ana sebgai penolong pengarah bahagian persembahan..tugas2 kerje mcm cari ahli panel untuk malam forum n segala pengisian lah untuk diner,artis n aktiviti lain2... :)

hasilnya :::::::




 Alhamdulillah selesai mencari ahli panel...firstly agak susah la..hu ..nak kene bnyak link..pandai cari no contact...kene ramah sket..topup pon kene manyak... ehehheh ..nk asik call2 kan..kadang2 kite call but ada panel yg x free,yg cancel last minit pon ade... n last...ni lah ahli panel n moderator yg sudi n tahnx...syukran
 jazilan :) uhuhuhu....

yg paling excited sgt2 adalah!!!! uhuhhu moderator untuk forum ni adalah hafiz hamidun..sape x kenal beliau kan..sekarang tgah femes jgak dengan zikir2 terapi beliau :)

Moderator Majlis 

žNAMA SEBENAR: MOHAMMAD HAFIZ BIN HAMIDUN
žTEMPAT LAHIR: SITIAWAN PERAK
žPROFESION: PENERBIT, KOMPOSER, PENYANYI, PENGACARA
žSTATUS: BUJANG
žALBUM:

1) UNIC - SEE YOU DI IPT (2003)
2) UNIC - SATU TEKAD (2004)
3) HAFIZ HAMIDUN - HAFIZ HAMIDUN (2007)
4) HAFIZ HAMIDUN - SYUKRAN (2009)
ž SYARIKAT PRODUKSI SENDIRI: ARTEFFECT PRODUCTION
žMENGACARAKAN PELBAGAI RANCANGAN: FORUM PERDANA EHWAL ISLAM & U-REMAJA.
ž




alhamdullillah...dengan rezki lebeh pihak tajaan so..leh la cri yg agak femes.. at least buleh tarik orang untuk datang ke pogaram ilmu ni :)..ape yg penting!!! Niat kerana Allah...

panel??? siape ek???

first""""""

oNAMA: USTAZAH ASNI BT ABU MANSOR AL-HAFIZAH
   oRANCANGAN TV: KALAMULLAH(TV3),KHAZANAH DARI SYURGA(OASIS)
oASAL:NEGERI SEMBILAN

second.... ustaz akhil khai

žNama Penuh : Akhil Abdul Hayy
žTarikh Lahir : 5 November 1969
Tempat Lahir : Kg Gunung Mesah Hilir, Gopeng, Perak


third... 


oohh ni bekas ustaz kat sekolah dulu..sis.. ustaz munawer :)


žNama: Ahmad Munawer Sallehuddin
žKerjaya:Pengetua Sek.Men Tahfiz Darul Ridzuan Sg Siput
žPendidikan: Al-Azhar,Mesir
žSegmen: Penceramah Radio Perak,Forum Perdana Ehwal Islam,Moderator



harapan agar pogram MPi tahun ni berjalan lancar :)....

n x lupe jgak..malam last ana n grup kakitangan Mpi jemput devotees:)...
huhuhu...sepe kumpulan devotees???


žAhli kumpulan:Adi Akmal Sehrom
Abd Halim Ahmad
Ahmad Shauqi Abu Kashim
Muhammad Md. Tawil
oRecord Label: Devotees Music Work
Influences: Nasyeed


huhu...harapan mpi kali ni best n berjalan lancar.  :)...  sape2 yang terbace post ni..saje2 bace n whatever...so ana jemput datang ke pogram..terbuka...eheheh same ade student um or x ke...




nntikan !!! :0

07 January, 2013

PERLAKSANAAN KELAS KEMAHIRAN AL-QURAN (KKQ)


PENGENALAN  KELAS KEMAHIRAN AL-QURAN(KKQ)
Kelebihan dan keunikan Sekolah Menengah Agama(SMKA) dan Kelas Aliran Agama (KAA) ialah mempunyai satu kelas khas iaitu Kelas Kemahiranm Membaca dan Menghafaz Al-Quran(KKQ). Pelaksanaan ini berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pelajaran (JPP) pada tahun 1985 yang menyatkan Kelas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran (KKQ) merupakan salah satu daripada aktiviti ko-kurikulum di SMKA dan KAA berdasarkan pekeliling KP(BPPP) Sulit/03/9/JPP/M(87).Jawatan guru al-Quran di SMKA dan KAA telah diperuntukkan di dalam senarai perjawatan (B26) tahun 2002 berdasarkan MEMO daripada Bahagian Sumber Manusia Kementerian Pendidikan Malaysia KP(PP) 0050/Jld.43(9) bertarikh 8 Mac 2002.Pihak JAPIM dari masa ke semasa sentiasa mengadakan kursus-kursus khas kepada guru-guru yang mengajar KKQ di SMKA dan KAA bagi memastikan kelancaran dan komited dalam melaksanakan sesi pengajaran Kelas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran .
Selain itu,kursus ini berperanan menambah atau melengkapkan guru-guru dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang berkaitan. Kelas Kemahiran Al-Quran ini juga dianggap salah satu  kegiatan ko-kurikulum yang penting  dilaksanakan di SMKA dan KAA seluruh negara. Namun begitu kelas ini hanya wajib dilaksanakan tiga jam dalam seminggu bagi setiap tingkatan mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. 
OBJEKTIF
Setiap perlaksanaan yang dirancang dan dibina oleh Kementerian mestilah   mempunyai objektif tertentu serta membawa kepada sistem pendidikan Negara yang lebih baik dan menjadikan pendidikan  lebih menyeluruh sejurus melahirkan anak-anak bangsa yang cemerlang dalam pelbagai aspek.Bukan sahaja cemerlang daripada aspek akademik tetapi juga pengetahuan agama yang mandalam sebagaimana hasrat Falsafah Pendidikan Negara sendiri iaitu melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani,emosi,rohani dan intelek serta harmonis dan dapat berjasa kepada agama,bangsa dan Negara.
Sejurus itu objektif perlaksanaan Kelas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran adalah:

1)      Dapat membaca dan menghafal surah-surah tertentu daripada Al-Quran secara bertajwid    dan mengamalkannya di dalam kehidupan seharian.

2)      Melahirkan insan yang memahami dan menghayati perkara-perkara yang berkaitan dengan Al-Quran samaada merangkumi aspek sejarah penulisan, pengumpulan, pembukuan, surah dan asbabun-nuzul.

3)      Mengetahui lagu-lagu Al-quran( taranum) dan mempraktikkannya dalam bacaan harian.Mengetahui, membezakan dan membaca wajah-wajah bacaan Qiraat Sabie. 

KANDUNGAN KURIKULUM

Tingkatan 1-3
Tingkatan 4 - 5
1.  Tajwid
1.  Tajwid
2.  Hafazan
T1 - Surah as-Sajdah
T1 - Surah al-Insan
T1 - Surah al-A'la
T1 - Surah al-Ghasyiah
T2 - Surah al-Waqi'ah
T2 - Surah Nuh
T3 - Surah as-Saff
T3 - Surah al-Jumu'ah

2.  Hafazan
      T4 - Surah Yasin
      T4 - Surah al-Munafiqun
      T5 - Surah al-Mulk
3. Ulum Al-Quran
-
4. Qiraat Sabie
T1 - Surah al-Fatihah, an-Nas, al-Falaq & al-Ikhlas
T2 - Surah al-Masad, an-Nasr & al-Kafirun
T3 - Surah al-Kauthar, al-Ma'un, Quraisy & al-Fiil
4. Qiraat Sabie
  T4 - Surah al-Humazah, al-'Asr & at-Takathur
  T5 - Surah al-Qari'ah

5. Tarannum
5. Tarannum

PEPERIKSAAN DAN PENSIJILAN

Peperikasaan dan penilaian akan diberikan kepada para pelajar yang mengamabil Kelas Kemahiran Membaca Dan Menghafaz A-Quran ini bagi mengukur dan melihat tahap pencapaian serta kebersanan pengajaran yang telah dijalankan.Kriteria-kriteria penilaian addalah seperti berikut:

1.      Setiap murid yang mengikuti kelas ini akan mengikuti Peperiksaan Khas yang dilaksanakan semasa tingkatan tiga dan juga tingkatan lima.

2.      Peperiksaan dilaksanakan dalam bentuk lisan dan juga objektif (anika pilihan) meliputi aspek hafazan, tajwid, tarannum, ulum quran dan qiraat sabie. Semua soalan disediakan oleh Jawatankuasa Khas di Kementerian Pelajaran Malaysia.

3.      Peperiksaan Lisan akan dilaksanakan oleh guru yang mengajar mengikut panduan yang telah ditentukan. Panduan dan format ujian akan dihantar kepada guru berkenaan. Markah yang telah siap akan dihantar kepada Kementerian untuk disatukan dengan markah peperiksaan objektif.

4.      Peperiksaan objektif dilaksanakan serentak di seluruh negara. Skrip jawapan calon akan dihantar kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk diperiksa dan diberi markah.

5.      Murid yang lulus dalam peperiksaan tersebut akan dianugerahkan sijil yang ditandatangani oleh timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (JAPIM) yang merupakan pengerusi Jawatankuasa Khas Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran.


JADUALWAKTU

Jadual yang diperuntukkan untuk kelas ini adalah tiga jam seminggu seperti yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Perancangan Pelajaran (JPP) .Diteapkan bahawa kelas perlu dilaksanakan 3 Jam dalam seminggu.Ianya bersifat fleksibel.Sekolah yang mempunyai asrama boleh laksanakan kelas ini pada waktu malam.Contoh  jadual waktu Kelas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran adalah seperti yang dibawah:


HARI/MASA                     2.30-3.30PTG                                  3.30-4.30 PTG
ISNIN


TARANNUM
RASM
SELASA




RABU
HAFAZAN
ULUM QURAN


KAHMIIS


QIRAAT
TAJWID



HARI/MASA                     2.30-3.30PTG                                  3.30-4.30 PTG
ISNIN




SELASA
TARANUM
RASM
QIRAAT
TAJWID
RABU


HAFAZAN
ULUM QURAN
KAHMIIS












STATUS MURID
           
Status murid sangat penting untuk diambil kira.Ini adalah bagi memastikan perlaksanaan Kelas Kemahiran Al-Quran(KKQ) akan berjalan dengan baik selaras dengan matlamat dan objektif yang ingin dicapai.Oleh itu,adalah dicadangkan supaya bilangan murid dalam sesebuah kelas tidak melebihi  20 orang. Ini bagi membolehkan guru  dapat memberikan tumpuan yang lebih  kepada tiap-tiap murid  samaada secara individu dan latih tubi.

Dengan cara ini setiap kelemahan para pelajar akan mudah dikenal pasti.Maka guru sudah pastilah dapat mengatasi masalah ini dengan lebih baik.Selain itu ,sebelum pelajar ditempatkan atau menjalani kelas ini,perlulah dilakukan ujian penilaian terlebih dahulu bagi memilih pelajar yang benar-benar layak sahaja yang akan dapat mengikuti kelas kemahiran ini.Murid hendaklah dipilih dari kalangan mereka yang baik dan lancar membaca Al-Quran kerana kandungan sukatan pelajaran dalam mata pelajaran ini adalah tinggi.

STATUS KELAS KHAS KEMAHIRAN AL QURAN

            Berkenaan dengan Kelas Kemahiran Al-Quran(KKQ),ianya adalah salah satu pembelanjaran yang bersifat di luar jadual waktu rasmi kelas.Ditetapkan bahawa kelas perlulah dilaksanakan pada waktu sebelah petang iaitu selepas sesi persekolahan.Guru perlu memastikan kehadiran para pelajar.Waktu bermula pembelajaran adalah kira-kira pukul 2.30 hingga 5.30 petang yang diselang selikan dengan matapelajaran mengikut jadual yang ditetapakan.Kehadiran murid di dalam kelas turut dikira menyertai aktiviti kokurikulum.Markah setiap individu juga akan diambil kira.

PENGURUSAN PANITIA
            Perlu diwujudkan panitia Kelas Kemahiran al-Quran (KKQ) bagi memastikan kelicinan segala urusan berkenaan kelas khas ini.Panitia ini akan bernaung di bawah Panitia Pendidikan Islam.Antara item yang penting perlu ada dalam Fail Panitia KKQ adalah:
1)      Biodata Guru
2)      Jadual waktu
3)      Sukatan Pelajaran
4)      Huraian sukatan pelajaran
5)      Senarai buku buku rujukan
6)      Mini mesyuarat
7)      Senarai murid
8)      Pendaftaran peperiksaan
9)      Contoh soalan
10)  Markah peperiksaan Syafawi
11)  Salinan keputusan Peperiksaan
12)  Surat-surat dari KPM,JPN.

KESIMPULAN
Penubuhan Kelas Aliran Agama(KAA) dan Kelas Kemahiran al-Quran(KKQ) sememangnya wajar diadakan bagi melahirkan modal insan yang cemerlang bukan sahaja dari  aspek keduniaan tetapi juga akhirat.Ini merupakan salah satu tanggungjwab kita sebagai Negara Islam dengan mewujudkan sistem pembelajaran seperti ini.Sebagaimana objektif dan matlamat penubuhan iaitu melahirkan individu yang memahami dan mengamalkan al-Quran dengan sebaiknya serta dapat menguasai bahasa arab.Pihak yang bertanggungjwab khasnya Kementerian Pendidikan juga perlu memberi penekanan serta memberi perhatian yang lebih ke atas KAA dan KKQ ini agar perlaksanaannya membawa kepada kebaikan dan  lebih sistematik.Tambahan pula,dengan adanya kelas-kelas ini maka dapat mengurangkan beban kerajaan bagi menampung pelajar-pelajar  yang berminat dengan aliran agama seperti ini iaitu tidak perlu menambahkan lagi bilangan Sekolah Menengah Agama(SMKA).Pihak sekolah juga perlu menjaga kebajikan mereka yang terlibat dengan KAA dan KKQ ini seperti menyediakan kelas yang kondusif,bantuan kewangan pembelajaran dan lain-lain lagi.Selain itu,guru-guru yang akan mengajar dan menguruskan kelas-kelas ini perlulah bersedia dengan penguasaan ilmu tajwid dan bahsaa arab dengan baik kerana merekalah yang akan mendidik pelajar-pelajar nanti.






31 October, 2012

KaM! SayANg PERAK sANgat2 =)!!!!

ASSALAmuailaikum...... (smbil senyum manis)
 pg ni saje 2 entry ana try update ..sebab!!!!

situasi dalam kuliah.......

Siti Wahida (org ganu) : waheeda..........ko da lame yek x update blog??lanssung x ke??
waheeda( org perak)   : ha loh!!!x sempat....bz sgt kot..nak wat asiment pon aku x sempat...tgok la nnti k .      

pg ni disbbkan ana x la berape mngantuk...nk wat asiment mals...maen muka buku x de sape le yg nak tego,msg,taging2,poke2  :(

 so ...ana wat cadangan nk update blog!!!

ok!!! hallo sumer!!! kami sayag PERAK ok!! sgt lah syg..tempat awok lahir..!!!ape2 pon sg siput tetap dihati  ;)

buat pengetahuan pembaca..tanggal 21 oktober 2012,ahad betempat di RimbA ILMu,universiti Malaya..kami sume ni udah melansungkan hari interaksi PEMARAK UM..






berikut adlh MT2 hari INTERAKSI...thnks ntahniah ats usehe n komitmen mengkome yek....
(tepuk untuk deme)

pengarah projek  : afdhal
p/pngarah              : waheeda
setiausaha             : nabilah
aktiviti                      :amin n jamaliah
makanan                 :shawani


n laen2 lagi yek..penat teman nak taipp..ehehehehhe

p/s;  SILA LIHAT  sesawang  ini untuk maklumat lanjut

https://www.facebook.com/events/280421202070003/


pelbagai respon menarik hARI INTERAKSI PEMARAK di laman sosial FACE BOOK!






Ape tu PEMARAK??
ha ..pemarak ni adalah satu group anak negeri di UM ni...ha..nampak menyerholang kan kat situ...
ehehehhe.....

hmm ramai juge lah yg datng inteksi ni..awok nampak President MIOR FARID ASHRADI menyerongeng aje sbb ramai bebeno yg datg,,kire jauh le beza dgn event sebelum ni...rame sgt la nampak gayenye yg beri komitmen semangata sgt..... ade hampir dekat 60 org yg datg...

objekti hari INTERAKSI:


  1. berkenal-kenalan anatara anak negeri,kenal senior juniar.
  2. bersoreh2.
  3. mningkatkan cinta akan PERAK.
  4. wujudkan semangat patriotisme dalam diri.
  5. menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH SWT.
  6. mencerdaskan minda n fizikal dengan akitiviti2 especially EXPLORACE !!




Cukup x objektif yg teman udah kabo tu..
hmm mcm teman sendirhi juge le..taman dapat jumpa kawn2 sekolah teman yg dari bukit mercu,n skolah d takyah dulu n juge le kekawan izudin..ate meriah beno le juge jumpe org kampung....hmmm!!! ate kome cammane???? seronok dok kalo rope tu??/


ni teman sediakan gambar2 aktviti n muke2 ahli2 pemarak yg seronok beno tyme tu...











p/s:   Nantikan sambungannye yg akan datg...nk pegi kelas ni.... =) hik..hik



CONTOH KERJA LAPANGAN HUBUNGAN ETNIK(HE):BY:WAheeda,sAIfullah,Razi,Afidah,Shabariah,adanan.


oryte!!!entry kali ni ana paparkan contoh karja lapangan bg subjek He..ni group ana pnye research...moga  entry kali ni leh jadi beri manfaat n panduan untuk u all k...
hhmmm ...ana,k.sya,saifULLah,razi,fidah n adnan 1 kumpulan...ketuanye Adnan YG macho...!!(yg baju hitam pakai spect)


P/S: YG  gurl ketiga dari kiri tu bkan org potugis taw... ehehehe
bersama penyelia muzium kg pORTUGIS NI
eheheh...so..kitorang pilih tajuk "Adaptasi budaya melayu dalam budaya Portugis "sebagai tajuk kajian kami..kami telah membuat kajian di melaka..


hhmm kitorg berkampung di melaka selama 3 hari 2 malam taw bg nk menyiapkan tugasan ni..semangat x....????3 hari 2 malam tu termasuk le bejalan2 sekali ehehe..org kate.,..sambil menyelam ninum ayO!! Apepon best la trip kami ni!!!!!korang memeng best!!

Tajuk : Adaptasi budaya melayu dalam budaya Portugis : Suatu Kajian di Perkampungan Portugis ,Melaka .
1.0              Pengenalan.
Latar belakang Komuniti Portugis

Pendudukan awal komuniti berketurunan Portugis di Melaka bermula selepas kejatuhan Melaka pada tahun 1511. Bermula dari tarikh tersebut, sedikit demi sedikit orang-orang Portugis membentuk komuniti mereka sendiri dan mengamalkan kahwin campur dengan penduduk tempatan. Amalan ini diteruskan semasa pemerintahan Belanda dan juga Inggeris di Tanah Melayu.
Penempatan masyarakat berketurunan Portugis secara berkelompok mula dilaksanakan. Perkampungan ini terletak di daerah Ujong Pasir iaitu kira-kira 3 kilometer dari pusat bandar Melaka. Idea penubuhan perkampungan ini sebenarnya telah dibangkitkan sejak tahun 1926 lagi. Pada tahun 1933, 28 ekar tanah di daerah ini telah dibeli dengan tujuan memberi bantuan membina rumah bagi masyarakat keturunan Portugis yang miskin serta mengekalkan warisan budaya masyarakat Portugis. Tanah yang berpaya telah diterangkan dan sebanyak sepuluh rumah kayu lantai tanah dan bumbung atap telah dibina.

Pada tahun 1934, perkampungan ini berjaya dibina sepenuhnya. Dua orang paderi Katolik yang bertanggungjawab dalam usaha pembinaan perkampungan ini ialah Father Alvaro Manuel Coraodo dan Father Jules Pierre Francois. Sebab itulah perkampungan ini juga dikenali dengan nama Padre Sa Chang atau Tanah paderi. Perkampungan Portugis dahulunya dikenali dengan nama Perkampungan St. John.
Pembinaan perkampungan ini juga adalah atas kesedaran kedua-dua paderi tersebut supaya penganut agama Kristian ini tidak perlu berulang-alik terlalu jauh meredah sungai dan laut untuk sampai ke gereja St. Peter. Kedua-dua paderi ini juga meminta bantuan daripada Gabenor British  di Melaka untuk membeli tanah. Mesyuarat pertama ahli jawatankuasa penduduk Perkampungan Portugis telah dijalankan. Dalam mesyuarat pertama tersebut, nama-nama jalan di perkampungan tersebut telah ditetapkan. Selepas mesyuarat pertama tersebut, sedikit demi sedikit keluarga telah berjaya dipindahkan dan pada tahun 1935 sebanyak 10 buah rumah telah dibina di sepanjang Jalan Texeira. 3 Perkampungan Portugis ini diketuai oleh seorang Regedor atau Ketua kampung dan beberapa orang anak buah yang merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) bagi setiap folio yang terlibat. Tugas Regedor sama seperti tugas sebagai seorang ketua kampung yang terdapat di tempat-tempat lain di Malaysia. Mereka dibayar elaun oleh kerajaan sebagai sumbangan kepada masyarakat dan tanggungjawab yang dipikul.

Di Malaysia, jumlah keseluruhan penduduk berketurunan Portugis ialah seramai 25,000 termasuk Portuguese Eurasian. Mereka bukan sahaja tertumpu di negeri Melaka sahaja tetapi terdapat juga di negeri-negeri lain seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor selain negara Singapura. Bancian pada tahun 1960 mendapati bahawa bilangan penduduk berketurunan Portugis ialah sebanyak 1500 orang. Menurut Baxter (1988: 29), terdapat lebih kurang 1300 orang yang terdapat di perkampungan ini.


2.0       Objektif kajian
2.1.      Mengkaji budaya kaum melayu dalam masyarakat Portugis
2.2.      Mengenal pasti nilai-nilai budaya dan tradisi kaum portugis yang masih diwarisi sehingga kini.

3.0       Sorotan Literatur
            Menurut Tan Chee Beng dalam Journal Of Malaysia,dalam artikel yang bertajuk Ethic Relation in Malaysia Historical and Sociological Perspectives,mengupas mengenai kesinambungan hubungan etnik masyarakat Tanah Melayu sebelum merdeka dalam meyeimbangi kehidupan social masyarakat ketika itu.Walaubagaimanapun,sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula isu perkauman yang menjadi intipati utama artikel yang diterbitkan.Menceritakan keadaan semasa sosiekonomi kaum pada tahun sekitar 1950 hingga 1970 yang mencatatkan pelbagai peristiwa dalam sejarah Negara.Pada masa yang sama,akibat peristiwa tragis 13 Mei 1969 yang mengundang konspirasi perkauman yang amat ketara ,sehingga mengwujudkan sikap prejudis yang amat menebal dalam kalangan anggota masyarakat ketika itu.Walau bagaimanapun , tindakan bijak yang diatur kerajaan pemerintah , dengan penuh berstrategi ,merangka pelbagai dasar-dasar k earah mengwujudkan integrasi nasional dalam usaha menyemai kembali elemen perpaduan Negara Malaysia dalam memurnikan prinsip-prinsip hubungan etnik .
      Selain itu, dalam kajian yang telah dilakukan oleh John Clamer ,dalam Journal of Malaysia ,vol 1 no 2 disember 1983,bertajuk ,Race Relation in Malaysia menyatakan: Taking from Wan Hashim’s book is a useful tough very condensed historical and sociological account of ethnic relation in Malaysia from colonial times down to progress day.It does not add anything new to our knowledge of events movements or personalties involved,but what is done di is to provide a kind of summary map of ethnic process in a country where such process have dominated political,cultural and economic values.

4.0       Metodologi Dapatan Kajian

4.1.      Kaedah kaji selidik

·         Bagi memperolehi dapatan kajian yang lebih tepat, borang kaji selidik telah dibentuk berpandukan kepada tujuan dan matlamat kajian. Selain itu, kaji selidik ini juga dibentuk agar dapat menjawab persoalan - persoalan kajian yang telah ditetapkan. Soalan – soalan ini terdiri daripada lima bahagian iaitu:-

·         Bahagian A merujuk kepada soalan – soalan yang berkaitan dengan demografi responden.

·         Bahagian B merujuk kepada soalan – soalan mengenai faktor – faktor adaptasi budaya melayu dalam budaya portugis melalui empat aspek utama iaitu perkahwinan , pakaian , makanan dan kehidupan sosial. Soalan harus dijawab menggunakan skala yang telah ditetapkan.

Skala yang digunakan adalah berpandukan Skala Likert.Borang Soal selidik dikemukan kepada 30 orang secara rawak berdasarkan keterbukaan responden untuk menerima dan sudi bekerjasama.
            4.2       Kaedah temu bual

            Kaedah ini telah dijalankan ke atas Ketua Kampung,Penjaga Muzium Perkampungan Portugis serta penduduk kampung.

Melalui kaedah ini, maklumat yang diberikan bersumberkan daripada Ketua Kampung berkenaan,Penjaga Muzium serta penduduk kampung serta masyarakat tempatan.Kaedah temubual ini dijalankan dengan sesi soal jawab daripada kumpulan pengakaji yang merangkumi keempat-empat aspek kajian iaitu perkahwinan , kehidupan sosial , pakaian dan makanan.


            4.3       Kaedah tinjauan dan pengamatan

Kaedah ini digunakan bagi mengesahkan adaptasi budaya melayu dalam budaya portugis yang dikemukakan terhadap masyarakat Portugis di Perkampungan Portugis . Kaedah ini juga bertindak bagi menilai sejauh mana kajian yang dijalankan menunjukkan hasil dan keberkesanannya.Kaedah tinjauan dan pengamatan ini dijalankan di sekita rPerkampungan Portugis Melaka.Tidak cukup dengan itu, kaedah ini turut melihat kehidupan sosial masyarakat setempat untuk menguatkan lagi hipotesis terhadap autoriti kajian.
  

4.4  Kaedah rujukan dan orang sumber

Kaedah ini dijalankan bertujuan bagi mendapatkan fakta – fakta empirikal dan sumber – sumber autoritatif. Kaedah ini dirujuk kepada unit – unit khas ataupun individu perseorangan yang mempunyai penglibatan secara langsung dalam kajian ini.Antara pihak yang terlibat dalam kaedah ini ialah Ketua Kampung,Penjaga Muzium,Masyarakat Portugis,Bahan Ilmiah daripada Galeri Perkampungan Portugis, Pensyarah Subejek Hubungan Etnik serta sumber-sumber yang membantu secara tidak langsung.

5.0       Metodologi Pemprosesan Kajian

Hasil dan dapatan kajian yang diperoleh telah diproses menggunakan kepintaran pengiraan secara perincian dan akses kepada teknologi semasa . Kemudahan ini digunakan seiring dengan perkembangan era sains dan teknologi ketika ini. Selain itu, teknologi ini juga mampu menyediakan laporan statistik dan kuantitatif yang lebih spesifik, sistematik dan holistik.


6.0       Penemuan dan perbincangan
           
6.1       DAPATAN  KAJIAN
Perkampungan  Portugis, Kampung  Ujong  Pasir,  Melaka  merupakan  tempat  kajian  ini  dijalankan.  Tumpuan  kajian  ialah  latar  belakang  responden,  tahap  pendidikan  dan  pengaruh  masyarakat  tempatan  dalam  budaya  Portugis.  Kajian  ini  adalah  untuk  mengetahui  dengan  lebih  jelas  faktor-faktor  adaptasi  budaya  Melayu  dalam  masyarakat  Portugis.  Melalui  data  kajian  yang  telah  dijalankan  dapat  dibuktikan  bahawa  terdapat  budaya masyarakat  Melayu  di  dalam  kehidupan  sosial  masyarakat  Portugis.
            6.2       Bahagian Pertama
Latar belakang responden
            Latar  belakang  demografi  dilakukan  adalah  bagi  mengumpulkan  maklumat  tentang  responden,  iaitu  berkaitan  dengan  umur,  jantina,  asal,  status  perkahwinan  dan  tahap  pendidikan  responden.  Responden  yang  terlibat  adalah  terdiri  daripada  penduduk  Perkampungan  Portugis Kampung Ujong  Pasir  Melaka.  Hal  ini  adalah   bertujuan untuk  mengetahui   dengan lebih  lanjut  berkaitan  latar  belakang  penduduk  bagi  mengkaji budaya kaum melayu dalam masyarakat Portugis dan mengenal pasti nilai-nilai budaya dan tradisi kaum portugis yang masih diwarisi sehingga kini.
            Faktor  latar  belakang  umur  dan  jantina  digunakan  sebagai  pemboleh  ubah  dalam  kajian  ini  kerana  faktor  tersebut  adalah  berkaitan  tentang  pengetahuan  responden  terhadap  budaya-budaya  melayu  yang  diadaptasi  dalam  cara  hidup  mereka.  Selain  itu,  status  perkahwinan  dan  taraf  pendidikan  juga  dijadikan  sebagai  pemboleh  ubah  dalam  kajian  ini.  Hal  ini  kerana  melalui  status  perkahwinan  terdapat  perkahwinan  campur  antara  masyarakat  Portugis  dengan  masyarakat  yang  lain.
Jadual 1 : Lingkungan  umur  responden  masyarakat  Portugis  di  Melaka

Lingkungan umur
 (tahun)

Jumlah
 (responden)

Peratusan (%)
10 – 20
4
14
21 – 40
9
30
41 – 60
9
30
61 – 80
7
23
81 – 100
1
3

            Berdasarkan  Jadual  1,  lingkungan  umur  yang  telah  diberikan  borang   soal  selidik  ini  mempunyai  pelbagai  lingkungan  umur.  Responden  terdiri  daripada  orang  kanak-kanak,  remaja  dan  dewasa serta  warga  tua  yang  mana  bermula  dari responden  yang  berumur  10  tahun  hingga  ke  responden  yang  berumur  82  tahun.  Seramai  4  orang  atau 14%  responden terdiri  daripada  lingkungan  umur  10  tahun  hingga  ke  20  tahun  yang  terdiri  daripada  kanak-kanak  dan  remaja.  Manakala,  untuk  linkungan  21  tahun  hingga ke  40  tahun  seramai  9  orang  iaitu  bersamaan dengan  3 peratus.  Seterusnya  pada  lingkungan  41  tahun  hingga  ke  60  tahun  juaga  adalah  sama  seperti  sebelum  ini  sebanyak  30%  daripada  soalan soal  selidik  yang  telah  diberikan  kepada  responden.  Pada  lingkungan  umur  61  tahun  hingga  ke  umur  80  tahun  adalah 7  orang  yang  bersamaan  23 %  dan  3 peratus  bagi responden  yang  berumur  dalam  lingkungan  81  tahun  hingga  ke  umur  100  tahun  untuk  mewakili  1  orang  responden.

Jadual 2 : Jantina dan status perkahwinan responden masyarakat Portugis di Melaka

Jantina

Jumlah (responden)

Peratus (%)

Status perkahwinan

Jumlah (responden)

Peratus (%)
Lelaki
11
37
Bujang
12
40
Perempuan
19
63
Berkahwin
18
60

            Daripada  seramai  30  orang  responden,  jumlah  lelaki  Portugis  ialah  11  orang  yang  mewakili  37  %  dan jumlah  perempuan  Portugis  adalah  19  orang  yang  mana  bersamaan  63  % .  Seterusnya  status  perkahwinan  ke  atas  responden  yang  telah  dijalankan  adalah  kebanyakan  mereka  telah  berkahwin  iaitu  seramai  18  orang  responden  bersamaan  dengan  60  % .  Manakala  bakinya  adalah  seramai  40  %  daripada  30  orang  responden  yang  telah  diedarkan  borang  kaji  selidik.  Melalui  faktor  status  perkahwinan  dalam  kajian  ini  dapat  mengetahui  masyarakat  yang  berkahwin  campur antara etnik juga dapat dikenal pasti. 


Jadual 3 : Latar  belakang pendidikan  responden masyarakat Portugis di Melaka
Berdasarkan  carta  pai  di  atas,  responden  telah  dkenal pasti   dalam  boring soal  selidik  mempunyai  taraf  pendidikan  yang  berbeza.  Antara  pendidikan  yang  diperolehi  oleh  responden  adalah  peringkat  sekolah  rendah,  peringkat  sekolah  menengah  dan  juga  peringkat  universiti.  Seramai  16  orang  responden  mendapat  pendidikan  hanya  setakat  sekolah  rendah  iaitu  bersamaan  53  % .  Seterusnya,  pada  peringkat  sekolah  menengah  seramai  12  orang iaitu 40 %  responden  telah  menamatkan  pendidikan  mereka  pada  tahap  ini.  Manakala,  responden  yang  mendapat  pendidikan  di  peringkat  universiti  adalah  seramai  2  orang  bersamaan  7  %.Tambahan lagi,setelah diteliti , kesemua mereka responden yang telah menjalani kajian ini adalah bersekolah di sekolah yang berdekatan dengan kawasan penempatan mereka iaitu SK Sacred Heart diperingkat rendah manakala di peringkat menengah , SM Infant Jesus Covent dan Canossa Covent serta SM San Francis.
            Dalam   latar  belakang  yang  telah  dikaji  ini  dapat  disimpulkan  bahawa  malalui  lingkungan  umur,  jantina,  status  perkahwinan  dan  taraf pendidikan  adalah  menjadi  penyumbang  utama  faktor  adaptasi  budaya  Melayu  ke  dalam  budaya  masyarakat  Portugis.  Hal  ini kerana  percampuran  masyarakat  Portugis  dengan  orang  Melayu  sama  ada  lelaki  atau  perempuan,  umur,  dan  komunikasi  antara  orang  Melayu  dengan  masyrakat  portugis  ketika  mendapatkan   pendidikan  di  sekolah  serta  kehidupan  sosial  mereka dilihat tiada sebarang permasalahan atau kejanggalan yang mengahalang mereka dari terus melakukan sebarang bentuk komunikasi.  Selain  itu  juga  status  perkahwinan  juga  mempengaruhi  adaptasi  budaya  Melayu  ke  dalam  kebudayaan  meraka  dengan  perkahwinan  campur.

6.3       Bahagian Kedua .
Laporan kajian
Dalam bahagian kedua ini akan dibentangkan secara terperinci kajian mengikut empat aspek utama kajian yang ingin dikaji.Hasil kajiantelah disesuaikan dengan media dan grafik bagi tujuan memudahkan pembentangan hasil kajian.

Aspek kajian 1 : Pakaian
Graf 1: Peratus  adaptasi  pakaian  responden  terhadap  budaya  Melayu

           Graf ini menunjukkan majoriti responden bersetuju ialah sebanyak 17%  bahawa jaket serta seluar panjang berwarna hitam dan merah adalah pakaian tradisi kaum lelaki masyarakat portugis. Sesetengah daripada mereka tidak pasti ialah 36% , ada dikalangan responden juga mengatakan amat setuju sebanyak 23% . Responden juga berpendapat tidak setuju sebanyak 17% dengan pemakaian jaket serta seluar panjang berwarna hitam dan merah.  Ada di antara responden mengatakan amat tidak setuju sebanyak 7 % .  Soalan kedua memperlihatkan majoriti responden menyatakan tidak pasti sebanyak 30 % sama ada pakaian tradisi bagi wanita ialah skirt lebar yang berlapis-lapis. Peratusan yang kedua paling tertinggi ialah amat setuju sebanyak 23% iaitu sama dengan peratusan tidak pasti. Sesetengah daripada responden juga amat tidak setuju dengan pakaian tradisi bagi wanita ialah skirt lebar yang berlapis-lapis sebanyak 13% dan ada di antara responden setuju sebanyak 10%. Berdasarkan soalan ketiga graf menunjukkan majoriti setuju sebanyak 30% bahawa masyarakat portugis gemar memakai reben di kolar baju. Manakala peratusan tidak setuju merupakan peratusan kedua tertinggi sebanyak 23%. Responden juga mengatakan amat setuju sebanyak 20% dan ada yang mengatakan tidak pasti sebanyak 17%. Peratusan bagi amat tidak setuju adalah yang paling terendah iatu sebanyak 10%. Untuk soalan ke empat majoriti responden menyatakan setuju sebanyak 37% dengan baju kebaya labuh digunakan ketika majlis perkahwinan. Peratusan kedua tertinggi ialah amat setuju sebanyak 23% , manakala peratusan ketiga tertinggi ialah tidak pasti sebanyak 17%. Sesetengah daripada responden berpendapat tidak setuju sebanyak 10%  dan ada di antara responden berpendapat amat tidak setuju sebanyak 13%. Soalan ke limadalam instrumen kajian, majoriti responden menyatakan pakaian masyarakat portugis mempunyai pengaruh dari masyarakat Melayu ialah sebanyak 23%. Manakala peratusan kedua tertinggi ialah amat tidak setuju sebanyak 20%, sesetengah daripada responden juga berpendapat tidak setuju sebanyak 20% iaitu sama dengan peratusan tidak setuju. Ada di kalangan responden yang bersetuju sebanyak 17% bahawa pakaian masyarakat portugis mempunyai pengaruh dari masyarakat Melayu dan responden ini juga menyatakan tidak setuju sebanyak 20%.





Aspek Kajian 2 : Makanan
Graf 2: Peratus adaptasi makanan responden  terhadap budaya masyarakat Melayu

           Graf ini menunjukkan bahawa majoriti responden amat setuju sebanyak 83% bahawa nasi merupakan makanan utama mereka. Manakala peratusan kedua tertinggi ialah setuju sebanyak 10%.  Sesetengah daripada responden tidak pasti sebanyak 3%, ada dalam kalangan responden juga mengatakan tidak setuju sebanyak 7%. Bagi soalan kedua responden menyatakan setuju dan amat setuju sebanyak 23%  bahawa ketika menjamu selera masyarakat portugis gemar menggunakan sudu dan garpu ketika menjamu selerea. Manakala peratusan kedua tertinggi ialah tidak pasti sebanyak 20%. Sesetengah daripada responden juga tidak setuju dan amat tidak setuju sebanyak 17%. Berdasarkan soalan ketiga graf menunjukkan bahawa majoriti responden menggunakan rempah ratus dalam masakan mereka sebanyak 53%. Manakala peratusan setuju merupakan peratusan kedua tertinggi sebanyak 27%. Responden juga menyatakan tidak pasti sebanyak 13% peratusan bagi amat tidak setuju adalah yang paling terendah sebanyak 3%. Soalan keempat majoriti  responden menyatakan amat setuju sebanyak 73%  bahawa Devil’s Curry dan garing-garing (ikan masin) merupakan hidangan yang popular dalam kalangan masyarakat portugis. Peratusan kedua tertinggi ialah tidak pasti sebanyak 13% , manakala peratusan ketiga tertinggi ialah setuju sebanyak 13%. Peratusan amat tidak setuju tidak setuju sebanyak 3%.Soalan ke lima majoriti responden menyatakan bahawa sambal belacan menjadi kegemaran mereka mempunyai pengaruh dari masyarakat melayu sebanyak 83%. Manakala peratusan kedua tertinggi ialah setuju 10%, sesetengah daripada responden juga berpendapat amat tidak setuju dan tidak pasti sebanyak 3%.





Aspek kajian 3: Perkahwinan
Graf 3 : Peratus adaptasi budaya  perkahwinan  melayu  dalam  masyarakat Portugis

            Graf di atas menunjukkan responden amat setuju dan setuju sebanyak 30% bahawa adat perkahwinan masyarakat Portugis dipengaruhi oleh budaya perkahwinan orang melayu. Manakala responden tidak pasti sebanyak 20% dan tidak setuju serta amat tidak setuju sebanyak 10%. Peratus responden yang amat setuju adalah tertinggi dengan peratusan sebanyak 47% bahawa proses perkahwinan masyarakat Portugis mempunyai persamaan dalam proses perkahwinan orang Melayu seperti merisik, bertunang, meminang, dan bernikah. Manakala responden setuju dan tidak pasti sebanyak 17%, responden tidak setuju sebanyak 13% dan responden amat tidak setuju pula sebanyak 7%. Peratus responden yang amat setuju adalah tertinggi dengan peratusan sebanyak 30% bahawa hantaran perkahwinan terdapat dalam adat perkahwinan Portugis seperti adat orang Melayu. Manakala peratus responden setuju sebanyak 20%, tidak pasti sebanyak 17%, tidak setuju sebanyak 10% dan amat tidak setuju sebanyak 23%. Peratus responden tertinggi peratusan adalah responden amat setuju sebanyak 37% bahawa majlis perkahwinan masyarakat Portugis dilakukan pada hari-hari yang tertentu. Manakala peratus responden yang setuju, tidak pasti dan tidak setuju sebanyak 20%, dan peratus responden amat tidak setuju sebanyak 3%. Peratus responden yang tertinggi adalah responden yang amat tidak setuju sebanyak 34% bahawa pakaian perkahwinan masyarakat Portugis dipengaruhi oleh budaya Melayu. Manakala peratus responden tidak setuju sebanyak 10%, tidak pasti sebanyak 30%, setuju dan amat setuju sebanyak 13%.   

Aspek kajian 4 :Kehidupan Sosial
Graf 4 : Peratus adaptasi kehidupan sosial Masyarakat Portugis
           Graf di atas menunjukkan responden amat setuju adalah tertinggi dengan peratusan sebanyak 33% bahawa bahasa pertuturan masyarakat Portugis di Malaysia adalah bahasa Melayu. Manakala peratus responden yang setuju mempunyai peratusan  sebanyak 3%, tidak pasti sebanyak 17%, tidak setuju sebanyak 20%, dan amat tidak setuju sebanyak 27%. Peratus responden tertinggi adalah amat setuju iaitu sebanyak 47% menyatakan bahawa Pesta San Pedro dan Perayaan Easter merupakan budaya tradisi dan keagamaan  masyarakat Portugis. Manakala peratus responden setuju sebanyak 27%,tidak pasti sebanyak 10%, tidak setuju 13% dan amat tidak setuju sebanyak 3%. Peratus responden yang tertinggi menyatakan bahawa seni bina kediaman masyarakat portugis dipengaruhi oleh seni bina Melayu adalah responden yang tidak pasti iaitu sebanyak 33%. Manakala peratus responden amat setuju sebanyak 30%, setuju sebanyak 20%, tidak setuju sebanyak 17% dan amat tidak setuju sebanyak 0%. Peratus responden yang amat setuju menyatakan bahawa menangkap ikan merupakan sumber pendapatan masyarakat Portugis adalah tertinggi sebanyak 43%, peratus responden setuju sebanyak 30%, tidak pasti sebanyak 17%, tidak setuju sebanyak 7% dan amat tidak setuju sebanyak 3%. Peratus responden yang setuju merupakan peratus tertinggi iaitu sebanyak 30% menyatakan bahawa masyarakat Portugis Melaka masih menjalinkan hubungan dengan negara asal mereka. Manakala peratus responden amat setuju sebanyak 20%, tidak pasti sebanyak 24%, tidak setuju sebanyak 3% dan amat tidak setuju sebanyak 23%. 
          Setelah meneliti laporan kajian di atas dapat disimpulkan bahawa terdapat adaptasi masyarakat Melayu dalam budaya Portugis di Melaka terutamanya dalam aspek perkahwinan, pakaian, makanan dan kehidupan sosial yang diaplikasikan dalam kehidupan masyarakat Portugis di Melaka sehingga hari ini.Namun tidak cukup dengan itu,turut dinyatakan juga beberapa maklumat penting serta perbincangan mengenai dapatan kajian.Perbincangan juga dilakukan melalui keempat-empataspek yang telah dikaji.
Aspek kajian 1 :Pakaian
Dahulunya pakaian tradisi masyarakat Portugis di Melaka adalah tidak jauh beza dengan masyarakat tempatan.Mereka mengenakan baju kebaya dan kain sarung bagi wanita .Jika diadakan majlis yang berbentuk keagamaan dan kebudayaan ,serta majlis rasmi ,mereka akan memakai pakaian tradisi seperti jaket serta seluar panjang berwarna hitam dan berbelang merah serta adakala mengenakan bow ,dan bagi perempuan akan memakai skirt lebar yang berlapis-lapis.


Aspek kajian 2: Makanan
Makanan masyarakat Portugis tidak jauh beza dengan masyarakat tempatan. Mereka gemar akan masakan yang menggunakan pelbagai rempah –ratus contohnya Devil’s Curry ,dan sambal belacan .Garing—garing atau ikan masin juga merupakan makanan kegemaran mereka.Makanan lain yang menjadi hidangan popular dalam kalangan mereka seperti tapai,pulut,wajik,bahulu ,puteri mandai dan lain-lain.Mereka juga memasak dan makan makanan masyarakat Malaysia khususnya masyarakat Melayu.

Aspek kajian 3 : Perkahwinan
Majlis perkhawinan akan berlangsung selama 4 hari.Seperti adat kebiasaan perkahwinan orang melayu,masayrakat portugis juga mempunyai beberapa adat yang tertentu seperti bertunang ,merisik dan sebagainya.Semasa  proses berlangsung mereka akan membincangkan mengenai tarikh perkahwinan dengan pihak keluarga kedua belah pihak ,pihak pengurusan perkahwinan, ahli-ahli agama dan sebagainya.Apabila telah menjalani ketetapan yang tertentu , mereka akan menjemput dan memaklumkan kepada  sanak saudara serta sahabat handai mengenai majlis perkehwinan mereka yang akan diadakan.Secara adatnya, perkahwinan ini akan berlangsung dengan ,meriah dan secara besar-besaran di pihak pengantin perempuan berbanding di pihak pengantin lelaki.Hantaran juga akan diberikan kepada pengantin perempuan daripada pengantin lelaki.
Mengenai ketetapan empat hari selama berlangsungnya perkahwinan,dimulakan dengan hari khamis,Jumaat ,Sabtu dan Ahad.Majlis bermula Khamis malam di mana waris pengantin lelaki dan tetamu dijemput ke rumah pengantin perempuan untuk melihat persiapan majlis perkahwinan.Apa yang menarik, pihak pengantin perempuan akan meletakkan kain putih diatas katil mempelai sebagai tanda kesucian perkahwinan dalam keadaan terbuka dan di pihak pengantin lelaki ,wakil akan melipat kain tersebut sebagai tanda penerimaan ke atas persiapan perkahwinan itu.Tambahan lagi,kaum muda –mudi yang masih bujang dilarang sama sekali melihat persiapan katil dan bilik pengantin kerana mengikut adat dan kepercayaan mereka ,jika golongan muda –mudi yang belum berkahwin melihat mereka tidak akan menemui jodoh.Disebelah malam pula ,akan diadakan jamuan minum teh kepada hadirin yang hadir.Contoh juadah yang menjadi kebiasaan ialah pulut,tapai,bahulu,puteri mandi, wajik dan lain-lain.
Pada hari jumaat dikenali sebagai ,bachelor night atau dikenali sebagai malam bujang yang terakhir .Pengantin lelaki atau pun perempuan tidak dibenarkan memakan makanan yang berdarah seperti ayam,daging ikan dan sebagainya ,kerana dikhuatiri akan menjejaskan majlis perkahwinan pada keesokan hari.Majlis ini diadakan di rumah pengantin perempuan ,pengantin lelaki dijemput hadir sama tetapi perlu untuk pulang ke rumah sebelum pukul sepuluh malam dan dibekalkan sebotol minuman wine dan sebiji kek suji.
Pada hari Sabtu,ialah hari yang dinantikan oleh semua orang,iaitu hari langsung .Seawal pagi loceng daripada gereja akan dibunyikan  sebagai tanda sebuah majlis akan diadakan di gereja yang berdekatan.Keesokan harinya, sebuah majlis ringkas akan diadakan di rumah pengantin perempuan.Pada majlis ini pasangan mempelai akan melayan tetamu yang kunjung hadir ke rumah mereka


Aspek kajian 4: Kehidupan sosial
I.                   Bahasa
Masyarakat Portugis di Melaka menjadikan bahasa Malaysia,bahasa Inggeris dan Bahasa Portugis sebagai bahasa pertuturan seharian mereka.Malah mereka tidak kekok sekali menuturkan bahasa Malaysia ketika berkomunikasi dengan masyarakat setempat .Tambahan pula untuk memastikan bahasa Portugis merekatidak hilang begitu sahaja,anak-anak mereka turut diajar menggunakan bahsa tersebut dalam perbualan seharian dan pertuturan sesama mereka.Ini adalah langkah-langkah yang diambil oleh masyarakat Portugis agar bahasa Portugis mereka tidak hilang atau lenyap ditelan zaman,meskipun kebanyakan kaum tua yang fasih berbahasa Portugis  telah tiada.


II.                Seni bina
Mengenai seni bina kawasan penempatan ,mereka tiada memperlihatkan ciri-ciri atau keadaan seni bina yang tersendiri.Hampir kesemua reka bentuk rumah adalah sama dengan seni bina masyarakat tempatan.
III.             Pekerjaan
Menangkap ikan merupakan sumber utama masyarakat Portugis.Hal ini dipengaruhi dengan kawasan penempatan yang berdekatan dengan laut.Kebanyakan mereka mempunyai bot sendiri.Pekerjaan ini telah pun diwarisi turun-temurun daripada nenek moyang mereka.Tambahan pula,jika diteliti dalam lembaran sejarah,asal usul masyarakat Portugis kebanyakannya berasal daripada orang laut .Namun ,jika dilihat pada hari ini,kebanyakan golongan belia dalam kalangan masyarakat Portugis telah pun menjawat jawatan dalam sector kerajaan dan bekerja di kota.Aktiviti menangkap ikan lazimnya menjadi pekerjaan bagi golongan tua yang sudah bersara daripada pekerjaan mereka.
IV.             Upacara Kebudayaan dan keagamaan.
Menjadi acara tahunan, mereka akan mengadakan Pesta San Pedro dan Hari Easter dalam kalendar kebudayaan kaum Portugis.Bagi mereka ini adalah perayaan utama masyarakat Portugis yang mesti diadakan setiap tahun.Selain itu,mereka juga turut menjalin hubungan dengan  Kerajaan Negara asal mereka .Menurut masyarakat tempatan ,sudah menjadi kelaziman , kawasan penempatan mereka sering dikunjungi oleh kenyakan pengkaji daripada Negara asal mereka untuk mengkaji mengenai kehidupan masyarakat Portugis di Malaysia.Ini memperlihatkan peranan yang dimainkan oleh Kerajaan Negara dalam mengetahui perkembangan rakyat .

7.0       Rumusan dan cadangan
            Berdasarkan kajian yang telah dilakukan ke atas adaptasi budaya Melayu dalam Masyarakat Portugis telah didapati beberapa kekurangan serta kelemahan dalam beberapa aspek yang tertentu.Aspek pertama yang dapat dikesan ialah,kaedah kajian yang digunakan dalam memperlihatkan kesahihan serta keabsahan kajian secara total.Seharusnya proses untuk menyiapkan laopran kajian ini mestilah menggunakan system atau perisian SPSS.(Statictic Packages for Social Sciences) .Apabila menggunakn perisian ini untuk memproses data,ia akan memberikan nilai yang tepat  serta menjamin keabsahan sesuatu nilai dan ia lebih berkualiti serta memudahkan akses penggunaan teknologi
Selain itu,waktu kajian yang singkat juga amat menghimpit ruang serta peluang untuk menyelidik dengan lebih terperinci mengenai kehidupan masyarakat Portugis.Seharusnya ,tempoh kajian mestilah dipenjangkan agar , pengkaji dapat mendalami nilai-nilai serta aspek-aspek lain yang perlu diketahui agar kajian akan lebih kemprehensif dan menyeluruh.
Tambahan lagi,penggunaan metod kajian yang agak terhad juga memperlihatkan hasil kajian juga agak mendatar dan tidak mempamerkan gerak balas yang maksimum.Ia agak sekata dan tidak dinamik ,berikutan metod kajian yang tidak pelbagai.Pada masa akan datang kumpulan pengkaji semestinya menggunakan kaedah kajian yang pelbagai dan kreatif dalam menyesuaikan metod serta mengaplikasi teknik-teknik pencarian data dengan lebih tepat agar hasil kajian akan lebih berkualiti dan bermutu tinggi.
Selain itu, agak signifikan dengan kajian,kumpulan pengkaji ingin mengutarakan beberapa saranan kepada pihak berwajib mengenai tajuk kajian.Sebagai usaha penambaikan yang perlu diwujudkan oleh pihak –pihak berwajib,aspek kawasan penempatan masyarakat Portugis perlu diambil berat .Hal ini kerana,jika melihat kepada keadaan semasa,perkampungan ini telah dimeterai menjadi salah satu destinasi pelancongan negeri khususnya,namun keadaan infrastruktur masih lagi perlu diperbaiki dan memerlukan penambahbaikan.
Sementela itu,bagi pihak Perkampungan Portugis khususnya,seharusnya meletakkan khidmat kaunter penerangan yang mana berfungsi sebagai pusat penerangan dan tempat untuk merujuk segala maklumat mengenai masyarakat Portugis.Dan tidak lupa juga,pegawai yang mengendalikan sesi penerangan kepada pengkaji atau pengunjung yang hadir mestialh diteliti dan disahkan mengenai kredibiliti dan bentuk kesahihan fakta yang dibawa.Hal ini kerana , kumpulan pengkaji khuatir , akan kebenaran fakta yang diutarakan ,tambahan lagi ,semasa sesi temu bualdilakukan.Buat akhirnya,semoga kajian ini mendatangkan manfaat buat kumpulan pengkaji dan pengkaji-pengkaji yang lain.


Rujukan
Abdul Aziz Zakaria .1993.Portugis Dalam Sejarah Melaka.Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala     

         Lumpur.

Sanjay Ssubrahmanyam .1990.Improvising Empire ,Portuguese Trade and Settlement in The

        Bay of Bengal 1500-1700.Oxford University Pree,Calcutta ,India

John Villers.1990.Albuquerque Caeser Timur,Teks-teks Pilihan Oleh Alfonso de Albuquerque 

       dan anaknya.Universiti Malaya.Kuala Lumpur

Shamsul Amri Baharuddin .2011.Modul Hubungan Etnik.UiTM.Shah Alam,Selangor
Tan Chee Beng.1989.Journal Of Malaysia :Ethnic Relation In Malaysia,Historical and 

        Sociological Perspectives.Vol 5 pg 89-96.Universiti Sains Malaysia,Pulau Pinang.


 BY: SAIFULLAH,WAHEEDA,RAZI,ADNAN,SHABARIAH,AFIDAH
-UNIVERSITY OF MALAYA_
SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM