"kepadAdaMu aku memoHON....kepadaMu juga aku BEserah.."

tetapdihearty

tetapdihearty

13 December, 2011

SUMBANGAN TRADISI MATAN,SYARAH,HASIYAH DAN MUKHTASAR TERHADAP PENGAJIAN SYARIAH.

4.0       SUMBANGAN TRADISI MATAN,SYARAH,HASIYAH DAN MUKHTASAR            TERHADAP PENGAJIAN SYARIAH.
            
Tradisi matan,syarah,hasiyah dan mukhtasar ini adalah merupakan satu cara dimana fuqaha’ mahupun ulama-ulama menyumbangkan ijtihad mereka dalam satu-satu hukum,pemikiran,penerangan,kajian atau sebagainya bagi tujuan pembukuan sebagai rujukan.Bahan ini menjadi sesuatu yang tidak ternilai dalam  perbendaharan Undang-undang Islam.


4.1.1    TRADISI MATAN.
            Matan bererti pengasas atau erti kata lain sebagai sesuatu perkara sebelum adanya syarah,mukhtasar dan hasiyah.Dalam konteks ilmuan islam,para ulama’ terdahulu amat berminat dan cenderung dalam menghasilkan kitab matan.Penghasilan kitab-kitab matan ini dikarang oleh orang-orang yang benar layak iaitu para ilmuan agama.Persoalan berkaitan kelayakannya adalah daripada kalangan yang benar-benar mengenali Rabbul I’zzati iaitu Allah SWT pencipata alam ini,bijak dalam ilmu Tasawuf,seoarang yang dhabit dari segi pengahafalan mahupun tulisan,mengetahui ilmu bahasa arab yang tinggi serta seseorang yang mengetahui tentang ilmu agama serta hukum-hakam.Antara yang terkenal adalah seperti imam As-Syafii,Hanafi,Malik dan Habali.Meraka adalah dari kalangan ulama’ yang telah mewujudkan kitab-kitab matan ini.Dizaman ini,merupakan zaman yang mana ketinggian para ulama’ iaitu imam mazhab fiqh dalam berijtihad dalam menetapkan sesuatu hukum dalam sesuatu masalah.[1]Antara contoh jenis-jenis kitab matan adalah Kitab Syafi’i iaitu Kitab al-Risalah,Kitab al-Umm,Ahkam al-Quran dan lain-lain.Kemudian adalah Kitab al-Usul dan Kitab al-Ahkam karangan Imam Malik.


4.1.2  SUMBANGAN KITAB MATAN
             Sememanganya amat jelas sekali pelbagai sumbangan yang telah diberikan hasil daripada kitab-kitab matan ini khususnya karangan ulama’  emapat mazhab terkenal ini terhadap pengajian syariah .Empat mazhab Sunni yang ada  ini telah mewakili Islam dengan ilmuan dan pemikiran.Mereka memepunyai peraturan,kaedah dan panduan yang sempurna lagi lengkap dan dimuatkan dalam kitab masing-masing. Para ahli fiqh berpegang kepada pendapat keempat-empat mazhab itu serta bersikap fanatik terhadapnya dan lupa akan contoh-contoh ijtihad para sahabat khususnya ijtihad Umar bin al-Khattab.

            Selain itu kitab matan ini memuatkan segala panduan dan jawapan segala masalah-masalah yang tidak dinyatakan dalam nas.Para Ulama’ bertindak mengistinbatkan hukum daripada perbuatan mukallaf daripada dalil-dalil Tafsili serta melakukan ijtihad dalam masalah kemudian dimuatkan dalam kitab matan sebagai rujukan.Penetapan hukum yang dilakukan adalah bertetapan dengan kehendak syara’ serta melihat kepada kemaslahatan masyarakat iaitu konsep ‘Masalih al-Mursalah.Kitab-kitab matan ini juga dijadikan sebagai rujukan bagi ulama’-ulama’ selepasnya serta umat islam seterusnya.Segala hal dirujuk serta ada juga para ulama’ yang mensyarahkan semula kitab-kitab matan ini.Kebiasaanya para ulama’ ini bukan sahaja menjadikan ianya sebagai rujukan semata-mata namun turut akan mensyarahkan semula kitab mazhab yang mereka ikuti .Kitab matan ini juga adalah sebagai rujukan terhadap teori syaraiah sama ada dalam hal ilmu sains,muamalat,munakahat ataupun persoalan jenayat.Contohnya, Umat Islam di Malaysia, Brunei, Filipina, Thailand dan Indonesia kebanyakannya mengikuti mazhab Syafie.


4.2.1 TRADISI SYARAH
          Sudah menjadi sesuatu yang lumrah dalam tradisi Islam bahawa setiap istilah dan pernyataan yang membawa kepada sesuatu fahaman yang diprojekkan dalam Islam mestilah diperhalusi terlenih dahulu dan dikaji penggunaannya di dalam sumber-sumber asasi al-Qur’an dan al-Hadith.[2]Hakikatnya, lebih signifikan penggunaan sesuatu kata kunci terhadap sesuatu fahaman maka lebih banyaklah sumber-sumber yang mendokong istilah tersebut.Istilah sharh dalam bahasa Arab atau dalam sebutan bahasa melayunya syarah bahasa Arab telah diterjemahkan secara umum ke dalam bahasa Inggeris sebagai commentary dan huraian di dalam Bahasa Melayu berupa kata nama yang bila dirujuk dalam bahasa Melayu membawa kepada  pengertian suatu dapatan akibat berlangsungnya suatu aktiviti seperti perkataan ‚buku‛ (kitab) dalam bahasa Arab yang terhasil dari aktiviti penulisan iaitu berasal dari kata dasar ‚kataba, yaktubu, uktub wahuwa kitabun‛.
          Walau bagaimanapun, pada masa yang sama  sharh juga berupa kata kerja yang membawa pengertian kepada sesuati aktiviti penerangan terhadap sesuatu sama ada dalam bentuk penulisan atau sekadar lisan seperti menyampaikan ceramah atau memberikan kuliah atau sebarang bentuk yang membawa kepada menyampaikan makna terhadap sesuatu.Syarah tidak akan wujud sekiranya tiada ada apa yang ingin dihuraikan atau dengan kata lain syarah memainkan peranan yang sangat penting selepas sesuatu ilmu itu dicurahkan.


4.2.2 SUMBANGAN TRADISI SYARAH.
          Para ulama pada zaman ini lebih cenderung untuk bertaklid kepada para imam mazhab sebelum ini dan berfatwa supaya pintu ijtihad ditutup. Mereka hanya  menjalankan aktiviti fiqh iaiatu memperjelaskan fiqh mazhab mereka. Mereka menambahkan lagi syarah atau penjelasan bagi sesetengah hukum yang memerlukan kepada penjelasan tambahan.Ia adalah untuk menghilangkan keraguan dan kesamaran yang timbul dalam sebahagian pendapat-pendapat Imam mereka serta bertujuan mencapai kefahaman yang lebih tinggi melalui huraian dan syarah tersebut.Dalam kitab ini juga menjelaskan mereka berpegang dengan usul-usul dan kaedah-kaedah yang diikuti oleh para ulama mazhab di dalam ijtihad mereka. Iaitu manhaj dan usul mereka di dalam berijtihad.
          Mereka turut memperbanyakkan penulisan dalam menceritakan mengenai para Imam mazhab dari segi keistimewaan pada ilmunya dan juga akhlaknya.Mereka membuat propaganda bagi meyakinkan bahawa mazhab yang mereka ikuti adalah benar.Mereka menyanjungi dengan mengatakan bahawa mazhab yang mereka ikuti mempunyai ilmu pengetahuan yang luas,intelektual yang tinggi dan peribadi yang luhur.[3]Mereka seolah-olah ingin mengajak manusia supaya mengikuti mereka.Mereka juga menulis pelbagai kitab yang membicarakan mengenai permasalahan yang berselisih di antara imam-imam mazhab.



          Disamping itu, dalam kitab syarah ini ulama’ merajihkan pendapat-pendapat yang dikeluarkan oleh Imam mazhab mereka.Ada juga di antara mereka yang saling tuduh menuduh mengatakan bahawa pendapat-pendapat imam-imam mereka bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah dalam sesetengah perkara.Memperbanyakkan perdebatan diantara mereka.seterusnya mereka membuat perbnadingan hasil ijtihad dalam kitab mereka dengan mazhab lain dan akan mengambil pendapat yang paling kuat diantara pendapat-pendapat yang banyak di dalam satu-satu mazhab.Antara kitab yang terkenal adalah Kitab Manaqib dan Khilafiah iaitu kitab yang memuji imam masing-masing.


4.3.1  TRADISI MUKHTASAR
          Kebekuan dalam pengajian Syariah ini telah mencapai kemuncaknya dalam tempoh taqlid,iaitu selepas kejatuhan kota Baghdad ke tangan orang–orang Tatar pada kuru ke-7 hijrah[4].Dalam peringkat ini gejala taqlid telah benar-benar menyelurh dan para ulama’ telah bergantung sepenuhnya kepada hasil ijtihad para fuqaha’ terdahulu.Malah,usaha-usaha mencari alas an atau “Ilat” bagi fatwa-fatwa lama tidak lagi dilakukan.[5]Pada masa inilah tumpuan diberikan dalam usaha menulis Ikhtisar buku-buku lama.Sebenarnya kerja-kerja menulis ikhtisar ini telah berlaku sejak sebelum zaman taqlid lagi,di mana para pelajar,menulis nota syarahan guru meraka dengan cara yang ringkas.[6]


4.3.2  SUMBANGAN TRADISI MUKHTASAR
          Tradisi mukhtasar ini bertujuan meringkaskan syarah kitab matan bagi lebih difahami dan mudah untuk dihafal.Ulama’ ketika ini menulis seringkas mungkin bagi menghuraikan sebanayak mungkin idea.Selain itu,mereka percaya bahawa kebijaksanaan seseorang itu terletak terletak pada kemampuan untuk melakukan penulisan seperti itu. Ringkasan yang dibuat juga bertujuan mengariskan apa yang dihuraikan oleh matan mahupun syarah serta menekankan isi-isi penting dalam kitab-kitab lama ini.Penghafalan juga menjadi lebih mudah melalui kitab mukhtasar ini.Kitab al-Wahaj fil Ikhtisar al-Minhaj oleh Abu Hayyan Muhammad Bin Yusuf al-Andalusy adalah antara kitab mukhtasar yang terkenal.

4.4.1 TRADISI HASIYYAH
          Hasiyyah berasal darimperkataan yang menjelaskan sebagai nota kaki mahupun sebagai ringkasan.Ianya seperti tidak berbeza dengan bentuk mukhtasar iaiatu ringkasan terhadap huraian penjelasan yang lebar bertujuan sebagai untuk lebih memudahkan.


4.4.2  SUMBANGAN TARAISI HASIYYAH
          Hasiyyah adalah nota kaki yang mana pengisiannya mengandungi ringkasan penghuraian kitab-kitab lama yang bertujuan untuk lebih mudah difahami.Selain itu,adanya nota kaki yang ringkas ini telah memudahkan lagi para ulama’ menghafaz isi-isi kitab matan mahupun syarah ini.Skop-skop idea telah digariskan dan dikeluarkan kemudian menjadi isi pada hasiyyah ini.Adapun tujuannya untuk memberi kefahaman yang lebih mudah namun ulama’ berpendapat bahawa bentuk ringkasan hasiyah berserta mukhtasar ini adalah sebenarnya lebih menyusahkan pembaca kerana huraian yang terlalu ringkas walaupun ianya menyentuh keseluruhan isi kitab-kitab yang diringkaskan itu.Dalam memahami hasiyah ini perlu adanya usaha yang lebih dalam memahaminya kerana huraiannya terlalu ringkas sehingga ia membawa kepada misteri.

    KESIMPULANNYA
          Taqlid berterusan pada masa yang agak lama hinggalah satu gerakan baru dihidupkan pada abad kesembilan belas yang memisahkan diri daripada tradisi lama.Di samping itu merebaknya taqlid pada masa itu, serta fenomena bid'ah dan khurafat yang berpunca daripada tahyul dan kebodohan juga merebak luas. Fenomena ini menyentak kesedaran sesetengah ulama hukum untuk memerangi bid'ah dan taqlid yang sudah merosakkan umat Islam. Mereka menyeru dunia Islam supaya kembali kepada Al-Quran dan al-Sunnah dengan meninggalkan taqlid serta menjauhkan diri daripada perkara bid'ah dan khurafat serta membentuk kesatuan mazhab yang merujuk pada sumbersumber syariat yang asli.Disamping itu,setiap muslim yang sudah sampai ilmunya kepada martabat boleh menimbang sendiri akan dalil-dalil far’iyyah (atau hukum perkara-perkara yang bersangkut paut dengan Feqah) ianya berhak mengikut mana-mana Imam Mazhab Feqah yang terkenal dan di samping itu seelok-eloknya ia hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengetahui dan mencari dalil dalil yang dibawa oleh Imam Mazhab yang dianutinya itu, dan hendaklah ia menerima apa-apa sahaja tunjuk ajar yang disertakan dengan dalil yang diyakini. Jika ia dapati orang yang memberi tunjuk ajar kepadanya itu benar dan layak serta berkebolehan, malah sepatutnya ia mestilah sentiasa berusaha menyempurnakan kekurangan ilmiahnya, walaupun ia sendiri sudah masuk ke dalam golongan ahli-ahli yang berilmu pengetahuan, sehingga ia betul-betul dapat sampai kepada martabat orang-orang yang boleh menimbang hukum-hukum feqah dan menjadi ahli mujtahid.Sebagaiman firman Allah SWT “Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang yang fasiq membawa satu berita, maka selidikilah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada satu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”.[7]







[1] Abd.Latif Muda dan Rosmawati Ali@Mat Zin(1997), Pengantar Usul Fiqh, Pustaka Salam Sdn.Bhd, Kuala Lumpur, hlm273-277.
[2] Che’ Razi Jusoh, (20-22 Julai 2010), Tradisi Penulisan Kitab Sharah Dalam Kerangka Nadidah Asha’irah: Rujukan Khusus Kepada Kitab-Kitab Syarah MelayU, Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II) 20-22 Julai 2010, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya Kuala Lumpur.
[3] [3] Sobhi Rejab Mahmassani. (2009). Falsafah Perundangan Islam. Al-Hidayah Publication. Hlm. 168-169.
[4] Sobhi Rejab Mahmassani. (2009). Falsafah Perundangan Islam. Al-Hidayah Publication. Hlm. 168-169.
[5] Mahmood Zuhdi Hj Ab Majid Paizah hj Ismail,(2010),Pengantar Pengajia Syariah, Al_Baian Corporation Sdn.Bhd, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hlm 159.
[6] Ibid.
[7] Al-Quran aurah al-Hujrat (49:6)



No comments:

Post a Comment