"kepadAdaMu aku memoHON....kepadaMu juga aku BEserah.."

tetapdihearty

tetapdihearty

29 March, 2012

falsafah EKSISTENSIALISME

1.0 FALSAFAH EKSISTENSIALISME

1.1 DEFINISI :
Dari sudut etimologi eksistensialisme  berasal dari kata eks yang bererti diluar dan sistensi yang bererti berdiri atau menempatkan, jadi secara luas eksistensialisme ini dapat diertikan sebagai beridiri dengan sendiri sebagai dirinya.
Falsafah Eksistensialisme merupakan falsafah individualistik yang mana menerangkan kepada kepercayaan seseorang individu di dunia ini adalah bersendirian dan mesti mencari mekna tentang kehidupan dengan diri sendiri.Ianya menunjukkan bahawa seseorang itu bebas untuk  membuat pilihan setiap atas keputusan yang dikehendakinya.
            Ahli Eksistensialisme mengatakan sesuatu reality itu hanya dilihat sebagai bersifat subjektif dan hanya boleh didefinisikan oleh individu yang berkenaan sahaja.Manakala Jean Paul Satre dalam kuliah Eksistensialisme dan Humanisme pada oktober 1945,mengatakan bahawa seseorang individu seharusnya bertanggungjawab ke atas ndiri sendiri dan mempunyai kebebasan untuk menentukan matlamat serta membuat keputusan sendiri tanpa merujuk sebarang autoriti luar.

1.2 LATAR BELAKANG FALSAFAH EKSISTENSIALISME :

            Secara umumnya eksistensialisme merupakan suatu aliran falsafah yang lahir karana ketidakpuasan beberapa ahli falsafah yang memandang bahawa falsafah pada masa yunani hingga moden, adalah seperti protes terhadap rasionalisme Yunani, khususnya pandangan tentang spekulatif tentang manusia. Utamanya adalah berkaitan penolakan untuk mengikuti suatu aliran laindan terhadap kemampuan suatu kumpulan lain mahupun autoriti luarnya.
Apa yang jelas,falsafah eksistensialisme ini muncul selepas Perang Dunia Pertama. Pengasas utama falsafah ini adalah Soren Aabye Kierkegaard  yang lahir di Kopenhagen, Denmark, 5 Mei 1813 dan meninggal di Kopenhagen, Denmark, 11 November 1855 pada umur 42 tahun. Dia adalah seorang ahli falsafah dan teologi pada abad ke-19. Kierkegaard sendiri melihat dirinya sebagai seseorang yang religius dan seorang anti-falsafah, tetapi sekarang ia dianggap sebagai bapa ahli falsafah eksistensialisme
Banyak dari karya-karya Kierkegaard membahas masalah-masalah agama seperti misalnya hakikat iman, lembaga Gereja Kristian, etika dan teologi Kristian, dan emosi serta perasaan individu ketika berhadapan dengan pilihan-pilihan eksistensiaismel.Karya Kierkegaard kadang-kadang digambarkan sebagai eksistensialisme Kristian dan psikologi eksistensial. ia menulis kebanyakan karya awalnya dengan menggunakan berbagai nama samaran dan mengkritik karya-karyanya yang lain yang ditulis dengan menggunakan nama samaran lain.Ludwig Wittgenstein berpendapat bahwa Kierkegaard "sejauh ini, adalah pemikir yang paling mendalam dari abad ke-19".Penekanan pada eksistensi individu inilah yang menjadikan Kierkegaard dianggap sebagai bapak eksistensialisme  dan kemudian diperkenalkan lagi oleh Santre(John Paul Santre).Tulisan-tulisan Jean Paul Satre (1905-1980).Ahli falsafah Prancis terkenal, penulis, dan penulis naskah drama, menjadi yang paling bertanggung jawab untuk penyebaran gagasan-gagasan eksistensialisme yang luas. Menurut Satre (Parkay, 1998), setiap individu terlebih dahulu hadir dan kemudian ia harus memutuskan apa yang ada untuk difahamkan.     
Menurut Parkay (1998) terdapat dua aliran pemikiran eksistensialisme, yang satu bersifat theistic (bertuhan), yang lainnya  atheistic (tidak bertuhan). Kebanyakan dari pandangan-pandangan itu masuk kedalam aliran pemikiran pertama dengan menyebut diri mereka sendiri sebagai kaum Eksistensialisme Kristian dan menunjukkan bahawa manusia memiliki suatu kerinduan akan suatu kewujudwn yang sempurna iaitu Tuhan. Melalui kerinduan ini tidak membuktikan keberadaan Tuhan, orang-orang dapat secara bebas memilih untuk tinggal dalam kehidupan mereka seakan-akan ada Tuhan.
     

1.3 FALSAFAH EKSISTENSIALISME DARI SEGI METAFIZIK.
Dari segi metafizik falsafah eksistensialisme mengambarkan realitI adalah subjektif.Seseorang individu bertanggungjawab menentukan keputusannya sendiri tanpa sebarang gangguan dari autoriti luar.


1.4   PERLAKSANAAN FALSAFAH EKSISTENSIALISME DALAM PENDIDIKAN.
Walaupun matlamat pendidikan tidak digariskan, falsafah ini tetap mempunyai tumpuan yang tersendiri.Tumpuan mazhab eksistentialisme juga tertumpu kepada empat aspek iaitu: .
JENIS KURIKULUM
Kurikulum ekstentialisme tidak mempunyai mata pelajaran khusus kerana murid-murid bertanggungjawab atas pendidikan masing-masing.Namun, terdapat mata pelajaran yang dianggap relevan iaitu matapelajaran yang bersifat estetik dan berfalsafah seperti seni,drama dan kesusasteraan.
PERANAN GURU
Guru berperanan sebagai pemangkin yang menyediakan peluang pendidikan supaya anak murid mereka dapat meluahkan perasaan dan emosi.
.KAEDAH MENGAJAR
Kaedah mengajar berpusatkan aktiviti serta berpusatkan murid.Peranan serta simulasi banyak digunakan bagi membolehkanmurid-murid meluahkan perasaan dan pemikiran secaramendalam.
PERANAN MURID
Murid-murid digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif agar dapat memaksimumkan peluang pendidikan yang disediakan


.

No comments:

Post a Comment