PENGENALAN KELAS KEMAHIRAN AL-QURAN(KKQ)
Kelebihan dan keunikan Sekolah
Menengah Agama(SMKA) dan Kelas Aliran Agama (KAA) ialah mempunyai satu kelas
khas iaitu Kelas Kemahiranm Membaca dan Menghafaz Al-Quran(KKQ). Pelaksanaan
ini berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pelajaran (JPP)
pada tahun 1985 yang menyatkan Kelas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran
(KKQ) merupakan salah satu daripada aktiviti ko-kurikulum di SMKA dan KAA
berdasarkan pekeliling KP(BPPP) Sulit/03/9/JPP/M(87).Jawatan guru al-Quran di
SMKA dan KAA telah diperuntukkan di dalam senarai perjawatan (B26) tahun 2002
berdasarkan MEMO daripada Bahagian Sumber Manusia Kementerian Pendidikan
Malaysia KP(PP) 0050/Jld.43(9) bertarikh 8 Mac 2002.Pihak JAPIM dari masa ke
semasa sentiasa mengadakan kursus-kursus khas kepada guru-guru yang mengajar
KKQ di SMKA dan KAA bagi memastikan kelancaran dan komited dalam melaksanakan
sesi pengajaran Kelas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran .
Selain itu,kursus ini berperanan menambah
atau melengkapkan guru-guru dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang
berkaitan. Kelas Kemahiran Al-Quran ini juga dianggap salah
satu kegiatan ko-kurikulum yang penting dilaksanakan di SMKA dan KAA seluruh negara.
Namun begitu kelas ini hanya wajib dilaksanakan tiga jam dalam seminggu bagi
setiap tingkatan mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan.
OBJEKTIF
Setiap perlaksanaan yang dirancang dan dibina oleh Kementerian
mestilah mempunyai objektif tertentu
serta membawa kepada sistem pendidikan Negara yang lebih baik dan menjadikan
pendidikan lebih menyeluruh sejurus
melahirkan anak-anak bangsa yang cemerlang dalam pelbagai aspek.Bukan sahaja
cemerlang daripada aspek akademik tetapi juga pengetahuan agama yang mandalam
sebagaimana hasrat Falsafah Pendidikan Negara sendiri iaitu melahirkan insan
yang seimbang dari aspek jasmani,emosi,rohani dan intelek serta harmonis dan
dapat berjasa kepada agama,bangsa dan Negara.
Sejurus
itu objektif perlaksanaan Kelas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran
adalah:
1)
Dapat membaca dan menghafal
surah-surah tertentu daripada Al-Quran secara bertajwid dan mengamalkannya di dalam kehidupan
seharian.
2)
Melahirkan insan yang memahami dan
menghayati perkara-perkara yang berkaitan dengan Al-Quran samaada merangkumi
aspek sejarah penulisan, pengumpulan, pembukuan, surah dan asbabun-nuzul.
3)
Mengetahui lagu-lagu Al-quran(
taranum) dan mempraktikkannya dalam bacaan harian.Mengetahui, membezakan dan
membaca wajah-wajah bacaan Qiraat Sabie.
KANDUNGAN KURIKULUM
Tingkatan 1-3
|
Tingkatan 4 - 5
|
1. Tajwid
|
1. Tajwid
|
2. Hafazan
T1
- Surah as-Sajdah
T1 - Surah al-Insan T1 - Surah al-A'la T1 - Surah al-Ghasyiah T2 - Surah al-Waqi'ah T2 - Surah Nuh T3 - Surah as-Saff T3 - Surah al-Jumu'ah |
2. Hafazan
T4 - Surah Yasin
T4 - Surah al-Munafiqun T5 - Surah al-Mulk |
3.
Ulum Al-Quran
|
-
|
4.
Qiraat Sabie
T1
- Surah al-Fatihah, an-Nas, al-Falaq & al-Ikhlas
T2 - Surah al-Masad, an-Nasr & al-Kafirun T3 - Surah al-Kauthar, al-Ma'un, Quraisy & al-Fiil |
4.
Qiraat Sabie
T4 - Surah al-Humazah, al-'Asr & at-Takathur T5 - Surah al-Qari'ah |
5.
Tarannum
|
5.
Tarannum
|
|
PEPERIKSAAN
DAN PENSIJILAN
Peperikasaan dan penilaian akan diberikan kepada para pelajar yang
mengamabil Kelas Kemahiran Membaca Dan Menghafaz A-Quran ini bagi mengukur dan
melihat tahap pencapaian serta kebersanan pengajaran yang telah dijalankan.Kriteria-kriteria
penilaian addalah seperti berikut:
1.
Setiap murid yang mengikuti kelas
ini akan mengikuti Peperiksaan Khas yang dilaksanakan semasa tingkatan tiga dan
juga tingkatan lima.
2.
Peperiksaan dilaksanakan dalam
bentuk lisan dan juga objektif (anika pilihan) meliputi aspek hafazan, tajwid,
tarannum, ulum quran dan qiraat sabie. Semua soalan disediakan oleh
Jawatankuasa Khas di Kementerian Pelajaran Malaysia.
3.
Peperiksaan Lisan akan dilaksanakan
oleh guru yang mengajar mengikut panduan yang telah ditentukan. Panduan dan
format ujian akan dihantar kepada guru berkenaan. Markah yang telah siap akan
dihantar kepada Kementerian untuk disatukan dengan markah peperiksaan objektif.
4.
Peperiksaan objektif dilaksanakan
serentak di seluruh negara. Skrip jawapan calon akan dihantar kepada
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk diperiksa dan diberi markah.
5.
Murid yang lulus dalam peperiksaan
tersebut akan dianugerahkan sijil yang ditandatangani oleh timbalan Ketua
Pengarah Pelajaran (JAPIM) yang merupakan pengerusi Jawatankuasa Khas Kelas
Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran.
JADUALWAKTU
Jadual yang diperuntukkan untuk
kelas ini adalah tiga jam seminggu seperti yang telah diputuskan oleh
Jawatankuasa Perancangan Pelajaran (JPP) .Diteapkan bahawa kelas
perlu dilaksanakan 3 Jam dalam seminggu.Ianya bersifat
fleksibel.Sekolah yang mempunyai asrama boleh laksanakan kelas ini pada waktu
malam.Contoh jadual waktu Kelas
Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran adalah seperti yang dibawah:
HARI/MASA 2.30-3.30PTG 3.30-4.30
PTG
|
||||
ISNIN
|
|
|
TARANNUM
|
RASM
|
SELASA
|
|
|
|
|
RABU
|
HAFAZAN
|
ULUM
QURAN
|
|
|
KAHMIIS
|
|
|
QIRAAT
|
TAJWID
|
HARI/MASA 2.30-3.30PTG 3.30-4.30
PTG
|
||||
ISNIN
|
|
|
|
|
SELASA
|
TARANUM
|
RASM
|
QIRAAT
|
TAJWID
|
RABU
|
|
|
HAFAZAN
|
ULUM
QURAN
|
KAHMIIS
|
|
|
|
|
STATUS
MURID
Status murid sangat penting untuk diambil kira.Ini adalah bagi
memastikan perlaksanaan Kelas Kemahiran Al-Quran(KKQ) akan berjalan dengan baik
selaras dengan matlamat dan objektif yang ingin dicapai.Oleh itu,adalah
dicadangkan supaya bilangan murid dalam sesebuah kelas tidak melebihi 20 orang.
Ini bagi membolehkan guru dapat memberikan
tumpuan yang lebih kepada tiap-tiap
murid samaada secara individu dan latih
tubi.
Dengan cara ini setiap kelemahan para pelajar akan mudah dikenal
pasti.Maka guru sudah pastilah dapat mengatasi masalah ini dengan lebih
baik.Selain itu ,sebelum pelajar ditempatkan atau menjalani kelas ini,perlulah
dilakukan ujian penilaian terlebih dahulu bagi memilih pelajar yang benar-benar
layak sahaja yang akan dapat mengikuti kelas kemahiran ini.Murid hendaklah
dipilih dari kalangan mereka yang baik dan lancar membaca Al-Quran kerana
kandungan sukatan pelajaran dalam mata pelajaran ini adalah tinggi.
STATUS
KELAS KHAS KEMAHIRAN AL QURAN
Berkenaan dengan Kelas Kemahiran
Al-Quran(KKQ),ianya adalah salah satu pembelanjaran yang bersifat di luar jadual
waktu rasmi kelas.Ditetapkan bahawa kelas perlulah dilaksanakan pada waktu
sebelah petang iaitu selepas sesi persekolahan.Guru perlu memastikan kehadiran
para pelajar.Waktu bermula pembelajaran adalah kira-kira pukul 2.30 hingga 5.30
petang yang diselang selikan dengan matapelajaran mengikut jadual yang
ditetapakan.Kehadiran murid di dalam kelas turut dikira menyertai aktiviti
kokurikulum.Markah setiap individu juga akan diambil kira.
PENGURUSAN
PANITIA
Perlu diwujudkan panitia Kelas
Kemahiran al-Quran (KKQ) bagi memastikan kelicinan segala urusan berkenaan
kelas khas ini.Panitia ini akan bernaung di bawah Panitia Pendidikan
Islam.Antara item yang penting perlu ada dalam Fail Panitia KKQ adalah:
1)
Biodata Guru
2)
Jadual waktu
3)
Sukatan Pelajaran
4)
Huraian sukatan pelajaran
5)
Senarai buku buku rujukan
6)
Mini mesyuarat
7)
Senarai murid
8)
Pendaftaran peperiksaan
9)
Contoh soalan
10)
Markah peperiksaan Syafawi
11)
Salinan keputusan Peperiksaan
12)
Surat-surat dari KPM,JPN.
KESIMPULAN
Penubuhan Kelas Aliran Agama(KAA)
dan Kelas Kemahiran al-Quran(KKQ) sememangnya wajar diadakan bagi melahirkan
modal insan yang cemerlang bukan sahaja dari aspek keduniaan tetapi juga akhirat.Ini
merupakan salah satu tanggungjwab kita sebagai Negara Islam dengan mewujudkan sistem
pembelajaran seperti ini.Sebagaimana objektif dan matlamat penubuhan iaitu
melahirkan individu yang memahami dan mengamalkan al-Quran dengan sebaiknya
serta dapat menguasai bahasa arab.Pihak yang bertanggungjwab khasnya
Kementerian Pendidikan juga perlu memberi penekanan serta memberi perhatian
yang lebih ke atas KAA dan KKQ ini agar perlaksanaannya membawa kepada kebaikan
dan lebih sistematik.Tambahan
pula,dengan adanya kelas-kelas ini maka dapat mengurangkan beban kerajaan bagi
menampung pelajar-pelajar yang berminat
dengan aliran agama seperti ini iaitu tidak perlu menambahkan lagi bilangan
Sekolah Menengah Agama(SMKA).Pihak sekolah juga perlu menjaga kebajikan mereka
yang terlibat dengan KAA dan KKQ ini seperti menyediakan kelas yang
kondusif,bantuan kewangan pembelajaran dan lain-lain lagi.Selain itu,guru-guru
yang akan mengajar dan menguruskan kelas-kelas ini perlulah bersedia dengan
penguasaan ilmu tajwid dan bahsaa arab dengan baik kerana merekalah yang akan
mendidik pelajar-pelajar nanti.
assalamualaikum, boleh saya tahu..rujukan di ambil dr mana ya?
ReplyDeleteTq info yg sgt baik... Dari mana saya boleh dptkn surat pekeliling berkaitan pelaksanaan kkq
ReplyDeleteTq
Guru tidak tetap.. Atau kontrak boleh ke d lantik sbg guru kkq?
ReplyDeletesalam..guru akademik biasa boleh ke tagging sbg guru KKQ?guru ini minor p.islam..
ReplyDelete