"kepadAdaMu aku memoHON....kepadaMu juga aku BEserah.."

tetapdihearty

tetapdihearty

12 January, 2012

METODE AMALI,IBRAH WA MAUIZAH DAN TARGHIB WA TARHIB DALAM PENDIDIKAN ISLAM

METODE AMALI
1.1  MAKNA  METODE AMALI
            Metode Amali merupakan salah satu metode pengajaran yang berkesan digunakan dalam pembelajaran.Kaedah ini melibatkan penglibatan dua hala iaitu antara guru dengan pelajar dalam sesuatu pengajaran yang disampaikan. Dalam kaedah ini, penyertaan dan pemerhatian pelajar secara langsung pada sesuatu projek ataupun proses diutamakan.[1]Guru akan memberi bimbingan dan tunjuk ajar pada pelajar sepanjang pengajaran melalui kaedah ini.Setelah latihan amali dilakukan, mereka akan membuat sendiri kesimpulan di sebalik kerja itu, sama ada yang membawa kepada peningkatan pengetahuan ataupun kemah[2]iran.
            Erti kata lain Metode ini membawa maksud yang sama iaitu latihan atau pembiasaan.Metode Amali secara jelasnya adalah satu proses pengajaran yang mana guru akan membacakan,menerangkan atau melakukan perbuatan mengenai pengajaran tersebut terhadap pelajar.Manaka,murid akan bertindak menumpukan sebaik mungkin apa yang dikatakan dan ditunjuk oleh guru,kemudian meniru atau melaksanakan semula perbuatan pengajaran seperti mana yang diajarkan oleh guru tersebut.
            Manhaj al-Quran juga menetapkan bahawa ilmu yang diperoleh melalui proses ta’lim perlu dilaksanakan dalam bentuk amalan.Proses akan sampai ke tahap yang lebih mantap danjitu sebaik sahaja setiap ilmu diperolehi melaluinya dilaksanakan dalam bentuk amalan.
            Metode Amali ini juga adalah metode yang digunakan oleh Rasulullah saw dalam mendidik para sahabat.sebagai buktinya,Rasulullah s.a.w bersolat di atas mimbar dan para sahabat berdiri dibelakang Rasulullah s.a.w ,kemudian beginda besabda kepada mereka:
“Sesungguhnya aku berbuat yang demikian itu agar kalian mengikuti dan mempelajari solatku”
            Selain itu kitab Kitab Hadis turut telah menukilkann berkenaan dengan metode pendidikan Islam ini iaitu Hadis yang diriwayatkan oleh Uthman bin Affan,bahawa ia berdoa dengan air lalu berwuduk.Kemudian beliau tertawa dan bertanya kepada para sahabat:”Apakah kalian tidak mahu bertnaya apa yang membuatkan aku tertawa?”dan mereka menjawab,”wahai Amirul Mukminin pakah yang membuatkan kamu tertawa?Uthman menjawab,” tertawa dan bertanaya”.”Apakah kalian tidak mahu bertanya apakah yang menyebabkan aku tertawa aku tertawa.” Maka mereka bertanya “apakah yang menyebabkan kamu tertawa wahai Rasulullah?”.Rasulullah menjawab:
”Sesungguhnayahamba apabila berdoa  dengan wuduk lalu membasahi wajahnya,maka Allah akan manghilangkan darinya setiap kesalahan yang mengenai wajahnya,apabila membasuh kedua lengannya maka demikian juga,maka apbilamembasuh kedua kakinya maka demikian juga”
Hadis ini diriwayatkan oleh Ahamad dengan isnad  yang jayyid,Abu Ya’la dan al-Bazzar dengan isnad yang sahih.Al-Bazzar menambahkan‘’apabila mengusap kepalanya,maka demikian juga.”[3]
            Melalui hadis tersebut jelaslah ini merupakan stu pendidikan dengan metode mengikuti,mengamalkan,melazimkan dan mencontoh secara praktis.Sebagai contoh lain,dalam rangka mengajarkan wuduk,pendidik berwuduk dengan sempurna di hadapan  para pelajarnya.Sebelum memberikan contoh,terlebih dahulu guru tersebut meminta kepada anak didiknya agar memperhatikannya sebaik mungkin agar mereka mampumeniru dan memahami cara berwuduk tersebut.Selesai membrikan contoh,murid disuruh mengulangi semula cara-cara mengambil wuduk sepertimana yang diajar oleh guru.





1.2   KARAKTERISTIK AMALI

Antara karakteristik metode Amali dalam pendidikan islam adalah:

1.      Penyediaan bahan,objek,proses atau demonstrai adalah secara lansung.[4]
Sebelum metode Amali dilaksanakan,guru akan menyediakan terlebih dahulu bahan dan alatan yang perlu digunakan dalam melaksanakan metode Amali ini.Ianya sama ada daripada penyediaan bahan,objek ataupun sebagainya.Sewaktu metode ini berjalan,bahan,objek,proses dan demonstrsi adalah terjalan secara lansung tarhadap murid iaitu pembiasaan berjalan bersama-sama dengan keteladanan ataupun contoh.

2.      Guru sebagai penggerak.
Guru sebagai penggerak adalah guru sebagai pemimpin sepanjang pengajaran sesuatu perkara itu berlansung.Guru akan membuat demontrasi ataupun contoh terhadap murid tentang perkara apa yang hendak diajarkan.Contohnya,cara-cara bersolat.Maka guru akan menunjukkan cara-cara solat yang betul daripada awal hingga akhir.Manakala,murid akan mendengar sebaik mungkin perkara yang diajar oleh guru kemudian mengulangi dan mempraktikkannya.

3.      Pelajar membuat kesimpulan.
Dalam metode ini,diakhir pembelajaran,pelajar sendiri akan membuat kesimpulan terhadap keputusan karja amali tersebut berkenaan apa yang telah diajar oleh guru.Murid akan menilai dirinya sejauh mana ia mangetahui ataupun telah mengetahui apa yang telah diajarkan oleh guru  serta sama ada yang membawa kepada peningkatan pengtahuan mehupun kemahiran.[5]



4.      Pembiasaan intinya pengamalan,perlu mengamalkan kebaikan yang telah diketahui.
Metode Amali yang telah dilaksanakan oleh guru haruslah dibiasakn apa yang telah diajar oleh guru itu dengan pengamalan.Murid saharusnya mengamalkan segala kebaikan yang merka telah ketahui.

5.      Pembiasaan berkenaan dengan lahiriah dan batiniah.
Pembiasaan pengamalan tadak harus hanya pembiasaan dari segi lahiriah sahaja.Namun haruslah diseimbangkan juga segi batinya agar mandapat mencapai matlamat terkhir pendidikan islam iaitu meklahirkan insane kamil yang bertaqwa kepada Allah s.w.t.

1.3   MANFAAT METODE AMALI
         
            Kaedah ini memerlukan penglibatan kedua-dua belah pihak iaitu guru dan pelajar melalui pengajaran yang disampaikan secara praktikal.Kesannya,kaedah ini membolehkan pelajar mencontohi sesuatu dengan lebih mudah dan tepat. Ia juga dapat menarik minat pelajar di samping berpeluang untuk belajar bukan sahaja secara teori tetapi juga melakukan sesuatu secara praktikal.

           Kaedah Amali ini juga dapat memberikan pelajar-pelajar peluang untuk berinteraksi secara terus dengan isi dan situasi pembelajaran. Mereka akan memperoleh pengalaman langsung dalam memperoleh kemahiran, pengetahuan, kesimpulan dan celik akal dalam unit-unit pembelajaran berkenaan.Selain itu kaedah ini membolehkan para pelajar melihat dan mengikuti satu siri langkah, peristiwa atau fenomena dalam keadaan-keadaan yang tidak memungkinkan pelajar-pelajar mendapatkan maklumat tanpa penglibatan guru.
     
           Pelajar juga akan lebih mudah mengingati dan menghafal perkara yang dipelajarinya kerana metode Amali ini membuatkan pelajar lebih dekat dan mereka akan mengalami sendiri peristiwa sewaktu sesi pembelajaran.Makanya pelajar akan lebih cepat memahami sesuatu pembelajaran.
     
           Metode Amali ini turut akan lebih menarik minat pelajar ketika berlansungnya sesi pembelajaran.Suasana pembelajaran akan lebih menarik kerana adanya penglibatan dua hala iaitu antara guru dan murid.Setelah latihan amali dilakukan, murid akan dapat membuat sendiri kesimpulan di sebalik kerja itu, sama ada yang membawa kepada peningkatan pengetahuan ataupun kemahiran. Kaedah ini dapat membantu pelajar bagi mengukuhkan ingatan mereka pada pengajaran yang disampaikan kerana mereka sendiri sudah melihat dan mengikuti segala proses, peristiwa dan fenomena yang dialami.

METODE IBRAH WA MAU’IZAH

2.1  MAKNA METODE IBRAH WA MUI’ZAH

           Metode Ibrah wa Mau’izah adalah gabungan antara dua perkara iaitu ibrah dan maui’zah.Makana dibahgiakan kepada dua iaitu makna dari segi lughawi(bahasa) dan Istilah.
          
          Ibrah berasal dari kata ‘abara ar-tu’ya yang berarti menafsirkan mimpi dan memberitahukan implikasinya bagi kehidupan si pemimpi, atau keadaan setelah kematiannya dan ‘abara al-wadi berarti melintasi lembah dari ujung satu ke ujung lain yang berlawanan. Artinya:-Raghib berkara asal makna kata al-ibr adalah melintasi keadaan satu ke keadaan yang lain dan kata ‘ubur dikhususkan untuk makna melintas di atas air. Dalam penafsiran surat Yusuf, Muhammad Rasyid Ridha mengatakan bahwa al-‘itibar [6]wal’ibrah berarti keadaan yang mengantarkan dari satu pengetahuan yang terlihat menuju sesuatu yang tidak, atau jalasnya.

           Ibrah juga adalah kondisi keadaan seseorang sampai dari pengetahuan yang konkrit kepada abstrak.[7] Manakala dari segi istilah iaitu sesuatu keadaan seseorang meyakinkan apa yang diketahui terhadap intisari sesuatu perkara yang disaksikan,diperhatikan,dibincangkan dan diputuskan secara pemikiran sehingga keputusanya dapat mempengaruhi hati mengakui kebenaran seterusnya mendorong kepada pemikiran yang baik.
          
            Manakala maui’zah menurut kamus “al-Muhith” adalah wa’adhahu,wa mau’idhatan iaitu mengingatkannya akan apa yang dapat melembutkan qalbu,yang berupa pahala dan siksa,sehingga dia menerima  nasihat.Istilah pula bererti pemberian nasihat dan peringatan akan kebaikan dan kebenaran dengan cara yang menyentuh qalbu sehingga membawa kepada pengamalannya.

2.2 KARAKTERISTIK METODE IBRAH WA MAU’IZAH.

Antara karakteristik metode ibrah  adalah:

1.      Pengambilan dari kisah-kisah.
Guru bolehlah menggunakan metode  Ibrah ini dengan pengambilan dari kisah-kisah terutamanya kisah daripada al-Quran khasnya kerana al-Quran adalah sumber ilmu yang utama.Dalam al-Quran mengandungi pelbagai kisah dan hukum yang perlu diketahui.Makanya boleh digunakan dalam pengajaran terhadap murid.Contohnya kisah-kisah para Nabi dalam berdakwah dan sebagainya. Setiap kisah Qur’ani atau nabawi memilki tujuan kependidikan ketuhanan. ‘Ibrah melalui kisah hanya dapat dicapai oleh orang yang berfikir sadar dan orang yang hawa nafsunya tidak mengalahkan akal dan fitrah. Artinya, dia mampu menarik kesimpulan dari kisah tersebut. Sehubungan dengan itu, Allah SWT berfirman setelah menurunkan kisah Yusuf.
Artinya: Kami menceritakan kepadamu kisah yang paling baik dengan mewahyukan Al Quran Ini kepadamu, dan Sesungguhnya kamu sebelum (Kami mewahyukan) nya adalah termasuk orang-orang yang belum Mengetahui.[8]

Pelajaran yang dapat kita ambil dari kisah Yusuf adalah kekuasaan Allah untuk menyelamatkan Yusuf setelah dilemparkan ke sumur, membebaskannya setelah terkurung dalam penjara, mendidiknya menjadi raja setelah diperjualbelikan sebagai budak dengan harga rendah. Mengukuhkan kedudukannya di muka bumi setelah tertawan dan terpenjara lama. Menjadikannya mulia di hadapan saudara-saudaranya yang dulu menzaliminya, serta menyatukan diri kembali dengan ayah dan saudara-saudaranya setelah lama berpisah.


2.      Pengmbilan kisah daripada pengalaman atau peristiwa bersejarah.
Firman Allah berikut ini dalam Surah an-Nahl: 66-67.
Artinya: Dan Sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. kami memberimu minum dari pada apa yang berada dalam perutnya (berupa) susu yang bersih antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya. Dan dari buah korma dan anggur, kamu buat minimuman yang memabukkan dan rezki yang baik. Sesunggguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang memikirkan.[9]

Selain itu guru boleh mangambil kisah daripada cerita-cerita pengalaman guru itu tersendiri,keluarga,rakan mahupun orang disekeliling bagi memudahakan lagi penyampaian proses pembelajaran.[10]Walau bagaimanapun,cerita-cerita tersebut perlulah selari dengan objektif dan matlamat pembelajaran agar ia tidaklah sekadar cerita namun bagi memudahkan dan member palajar lebih mudah mamahami isi pembelajaran tersebut.

3.      Positif.
Kisah-kisah yang disampaikan juga haruslah positif dan perkara yang baik-baik agra membawa keberhasilan pembelajaran yang baik serta mempengaruhi akhlak yang terpuji terhadap perilaku para pelajar.

4.      Pengambilan kisah yang menarik minat dan bermotivasi.
Kisah-kisah yang disampaikan oleh guru juga perlulah yang dapat menarik minat pelajar dan yang membawa kepada dorongan dan motivasi kepada pelajar menjadi pelajar yang Berjaya di dunia dan akhirat.Ianya bukan sekadar kisah yang pelajar suka sahaja tapi membeir impak dan kesan yang mendalam terhadap perilaku pelajar.

Antara karakteristik metode maui’zah pula adalah:

1.      Targhib (menyenangkan).
Dalam memberi nasihat perlulah menasihati dengan cara yang menyenangkan iaitu dengan penuh hikmah dan sopan satun mahu dari segi lisan dan tingkah laku.Kekerasan dalam memberi nasihat kemungkinan akan membwa kepada kebrukan khasnya membawa kepada pandangan yang negatif pihak yang menerima nasihat.[11]

2.      Perkara yang baik.
Hendaklah nasihat perkara yang baik dan bermanfaat kepada anak murid.Menasihati murid ke atas perkara yang boleh mendekatkan diri kepada Allah s.w.t dan nasihat yang membawa kepada terbentuknya ulul albab yang cemerlang.Keteladanan nasihat juga haruslah yang baik misalnya Rsulullah s.a.w merupakan contoh teladan yang baik kerana akhlaknya yang terpuji. Pemberian nasIhat berupa penjelasan mengenai kebenaran dan kepentingan sesuatu dengan tujuan agar orang yang dinasihati menjahui kemaksiatan sehingga terarah pada sesuatu yang dapat mewujudkan kebahagiaan dan keuntungan.

3.      Cara yang ikhlas.
Memberi nasihat perlulah dalam keadaan  cara yang ikhlas.Jangan ada sedikitpun rasa membri nasihat keatas tujuan lain misalnya untuk tujuan perobadi mahupun ingin mncapai cita-cita tertentu yang berjanggah dengan kehendak islam. Secara umum amalan hati lebih penting dan ditekankan daripada amalan lahiriyah. Ibnu Taymiyah mengatakan:

”Bahwasanya ia merupakan pokok keimanan dan landasan utama  agama, seperti mencintai Allah s.w.t dan rasulNya, bertawakal kepada Allah s.w.t,ikhlas dalam menjalankan agama semata-mata karena Allah s.w.t, bersyukur kepadaNya, bersabar atas keputusan atau hukumNya, takut dan berharap kepadaNya”.



Selain itu,Allah berfirman melalui seruan kepada Rasul-Nya, Muhammad SAW dalam Surah al- Furqan ayat 57:
Artinya: Katakanlah: "Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan (mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mau mengambil jalan kepada Tuhan nya.[12]

Disamping itu juga,Ikhlas merupakan hakikat dari agama dan kunci dakwah para rasul s.a.w. Maka harulah dicontohi.

4.      Tadzkir(peringatan).
Sewaktu menasihati disertakan juga dengan unsure-unsur peringatan bagi menaikkan rasa cemas dan takut pelajar mengulangi kesalahan dan akan mengubah diri menjadi lebih baik.Contohnya, Peringatan dapat terjadi melalui berbagai saranan antaranya:
a)      Peringatan melalui kematian. Dalam hal ini, Umar bin al- Khatab menyeru dirinya sendiri tentang kematian tersebut: “Hai Umar, cukuplah kematian sebagai juru nasehat”. Rasa takut kepad Allah dan perhitungan setelah kematian dihadapan Allah menjadikan Umar mengucurkan air mata yang bekasnya jelas dikedua pipinya.

b)      Peringatan melalui sakit. Kehidupan senantiasa ancam berbagai musibah dan penyakit. Kedatangan musibah atau penyakit merupakan perkara yang mengejutkan manusia dan tidak jarang menjadi penyebab meninggalnya seseorang.
5.      Beransur-ansur.
Dalam memberikan nasihat guru harus  bersabar dan tidak melulu.Nasihat secara beransur-ansur dan menilai perubahan murid tersebut terutamanya bagi murid yang agar sukar menerima nasihat.Berikan masa kepada pelajar tersebut yang mana tidak terlalu awal member hukuman sehingga membuatkan pe;lajar menjadi semakin teruk dan memberontak.

6.      Berulang-ulang.
Nasihat diberikan secara berulang-ulang agar diingati dan meresap ke dalam jiwa pelajar.Menasihati seseorang yang telah dikenal baik, kemungkinan untuk diterima lebih besar. Nasihat tidak mesti harus diterima, kadang bahkan tidak diterima sama sekali. Diperlukan waktu dan pengulangan nasihat agar dapat diterima jika Allah menghendaki. Al-Qur’an dan Al-Hadis juga menggunakan bahasa ‘pengulangan’ untuk suatu perintah nasihat tertentu.Allah mengulang-ulang ayat yang ertinya “maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan” sebanyak 30 kali dalam satu surat (Ar-Rahman: 55). [13]Tentunya ayat tersebut dilatarbelakangi dengan hal yang tidak sama. Ikhlas dan mutaba’ah (mengikuti Rasulullah s.a.w berilmu) adalah syarat mutlak menasihati. Nasihat adalah imad (tiang) agama. (HR Muslim).

2.3 MANFAAT METODE IBRAH WA MAU’IZAH.
          
             Metode Ibrah wa Maui’zah memberi manfaat yang besar dalam pembelajaran pendidikan Islam.Namun,jika disampaikan dengan cara yang salah maka akan membawa kepada perkara negatif. Oleh yang demikian,guru perlu menelitii sebaik mungkin metode ini dan menggunakan cara yang paling bijaksana mahupun dari segi perilaku dan perbuatan.Nasihat yang berkesan dalam metode ini akan terdidiknya perasaan “Rabbaniyyah dalam diri pelajar”.Ini akan menguatkan rasa cinta dan yakin bahwa Allah yang menciptakan segala yang ada di muka bumi ini serta wajiblah mentauhidkan Allah.

            Hati dan jiwa pelajar juga dapat disucikan dan dibersihkan dengan kesedaran diri agar menjadi insane yang soleh sebagaiman akhlak Baginda Rasulullah saw.Seterusnya juga,akan dapat menyedarkan pelajar dan  berkesan ke jiwa dalam jiwa mereka sehingga dapat menginsafi diri disebabkan nasihat yang baik dan boleh menrima nasihat tersebut.

            Seterusnya juga akan dapat melahirkan masyarakat yang berperketi luhur yang mana mempenyai akhlak yang mulia dan beramal soleh.Di samping itu juga,mampu melahirkan ulul albab yan berjaya iaitu ahl-al-Zikr dan ahl-Fikh yang mempunyai pemikiran bijaksana,positif,dan matang.

TARGHIB WA TARHIB

3.1  MAKNA TARGHIB WA TARHIB.
           
            Metode pendidikan Islam ini didasarkan atas fitrah yang diberikan Allah kepada manusia seperti keinginan terhadap kekuatan,kenikmatan kesenagan hidup,dan kehidupan abadi yang baik serta ketakutan akan kepedihan,kesengsaraan dan kesudahan yang buruk.Maka atas dasar itu juga adanya metode Tarhgib wa Tarhib dalam pembelajaran pendidikan Islam.
           
            Definisi Targhib wa Tarhib adalah Targhib bermaksud janji yang disertai dengan bujukan dan membuat senang terhadapsesuatu maslahat,kenikmatan atau kesenanagan akhirat yang pasti dan baik,serta bersih dari segala kekotoran yang kemudian diteruskan dengan melakukan amal soleh dan menjauhi kenikmatan selintas yang mengandungi bahaya ataupun perbuatan yang buruk.[14]
           
            Selain itu,diertikan juga sebagai anjuran,dorongan,motivasi untuk segera melakukukan amal kebaikan dan janji terhadap pahala dan syurga yang akan diperolahi jika mengamalkan kebaikan tersebut.

          Manakala tarhib adalah ancaman,peringatan dan larangan akibat buruk dari melakuan hal-hal yang dilarang oleh Allah s.w.t dan disertai dengan balasan dosa dan neraka sebagai balasan.[15]Contohnya dalam masalah aqidah,ibadah,akhlak dan lain-lain.Tarhib juga adalah ancaman daripada Allah yang dimaksudkan untuk menumbuhkan rasa takuta dalam diri para hamba-Nya dan memperlihatkan sifat-sifat kebesaran dan keangungan Ilahiyah,agar meraka selalu berhati-hati dalam bertindak serta melakukan kesalahan dan kedurhakaan.

3.2  KARAKTERISTIK TARGHIB WA TARHIB.

 Antara karakteristik metode Targhib  ini adalah:

1.      Memberi dorongan.
Memberi dorongan kepada pelajar sekiranya mereka berada dikeadaan yang tidak betuk.Pada awalnya mengenal pasti terlebih dahulu masalah yang dihadapi.Berikan nasihat dan dorongan agar pelajar membetulkan kesalahan dan berubah menjadi  baik.Memberi dorangan bolehlah dengan memberikan kata-kata semangat bagi menaikkan motivasi kedalam hati dan jiwa pelajar.

2.      Memberikan Hadiah.
Bagi meningkatkan rasa semangat pelajar terhadap pelajar bagi mencapai sesuatu yang baik,boleh mengunakan cara memberi hadiah sebgai salah satu cara menaikan rasa minat pelajar.Contohnya,memeberi hadiah sekiranya pelajar berjaya dalam peperikasaan mereka.Pemberian hadiah adalah bukan sahaja akan menggembirakan pelajar malahan akan meningkatkan lagi daya usaha mereka untuk terus belajar dan mencapai kejayaan.[16]Ini turut memberikan semangat kepada pelajar yang tidak berjaya untuk belajar bagi mendapatkan penganugerahan tersebut.Secara tidak lansung akan wujudnya persaingan yang sihat antara pelajar.Hadiah ini juga adalah sebagai tanda pengahargaan terhadap usaha mereka.Namun,seorangpelajar yang pandai dan selalu menunjukkan hasil pekerjaan yang baik tidak perlu selalu mendapatkan hadiah sebab dikahawatirkan hal itu bias berubah menjadi upah dan itu sudah tidak bertujuan untuk mendidik lagi. Di sinilah dituntut kebijaksanaan seorang guru menjadikan pemberian hadiah ini sesuai dengan tujuannya

3.      Janji.
Guru membuat janji perkara yang baik kepada pelajar bagi member motivasi kepada mereka untuk terus mencapai kejayaan.Misalnya,berjanji membuat pogram lawatan akhir tahun ke tempat yang menarik sekiranya mereka berjaya dalam peperiksaan akhir tahun.


Antara karakteristik tarhib adalah:

1.      Hukuman.
Ramai dikalangan guru dan pentadbir percaya bahawa disipilin yang baik ialah apabila pelajar-pelajar mematuhi semua peraturan dan wujud pengawalan sosial.Apabila pelajar melakukan kesalahan melanggar peraturan sekolah, maka hukuman akan diberikan. Memberikan hukuman kepada pelajar sekiranya mereka melakukan kesalahan dan gagal mendengar kata guru.Namun,hukuman yang dikenakan adalah bertujuan untuk mendidik dan mestilah tidak dikuasai oleh nafsu amarah dan dendam.Hukuman tidak memeberatkan dan cukup sekadar telah menyedarkan murid bahawa apa yang mereka lakukan adalaha salah. Hukuman yang dilarang, seperti memukul wajah, kekerasan yang berlebihan, perkataan buruk, memukul ketika marah, menendang dengan kaki .Manakala,hukuman yang  yang disarankan seperti memberikan nasihat dan pengarahan, mengerutkan muka, membentak, menghentikan kenakalannya, menyindir, mendiamkan, teguran,hukuman dari ayah, menggantungkan tongkat, dan pukulan ringan.[17]

2.      Teguran.
Memberikan teguran yang membina kepada pelajar yang membuat kesalahan.Teguran handaklah secara berhikmah dan menggunakan cara yang bijaksana serta tidaka kasar sama ada dari segi perlakuan ataupu ucapan.

3.      Ugutan.
Meberikan ugutan kepada para pelajar jika mereka tidak mendengar kata dan tidak melakukan apa yang diminta oleh guru.Contohnya,jika tidak membuat kerja rumah guru mengugut untuk memberitahu kepada ibubapa mereka tantang masalah tersebut.

4.      Belaian kasih sayang.
Sebagai seorang sifat pendidik dan jiwa keibu bapaan mestilah wujud.Haruslah mempunyai nilai kasih sayang yang tinggi.Menganggap pelajar seperti anak sendiri dan sebagai rakan.bZersikap peramah dan mudah tersenyum bagi membuatkan peljar berasa tidak takut akan guru dan bersa lebih dekat perhubungan antara guru dan murid itu.Sekiranya ada nilai kasih sayang maka sudah pastinya proses pembelajaran akan menjadi lebih berkesan dan pelajar akan mudah mendengar kata guru mereka.

3.3  MANFAAT TARHIB WA TARGHIB.

          Pelabagai manfaat yang dapat diperolehi melalui metode ini.Ini akan meningkatkan keimanan kepada Allah s.w.t kerana mereka tahu akan suruhan Allah dan meninggalkan segala larahan Allah disebabkan tahu hukuman yang akan dikenakan jika melanggar perintah Allah iaitu mendapat dosa dan azab di akhirat kelak.[18]



        Pelajar juga akan dapat gambaran secara terang tentang kenikmatan syurga dan kesengsaraan yang pedih di neraka.[19]Sejurus itu mereka akan takut untuk melakuakan kesalahan kerana bimbang dengan hukuman yang akan merela terima kelak.

                           Selain itu akan melahirkan modal insan yang cemerlang dengan akhlak dan sahsiah yang terpuji.Disebabkan atas pengetahuan telah mereka pelajari melalui metode ini mengenai nikmat syurga dan balasan neraka akan mempengaruhi tingka laku mereka iaitu manjadi insane yang terpuji.Sifat rajin berusaha untuk menjadi sesuatu yang lebih baik juga dapat dibentuk melalui penggunaan metode ini.

4.1  PERBEZAAN METODE TARGHIB WA TARHIB DENGAN METODE GANJARAN DAN HUKUMAN(TEORI BARAT).

Pelbagai perbezaan yang dilihat antara metode Targhib wa Tarhib ini dengan metode ganjaran dan hukuman teori barat yang ialah metode Targhib wa Tarhib ini adalah benar-benar mutlak daripada Allah s.w.t serta bersifat imani.Segala pengisiannya adalah bersifat syumul dari pelbagai aspek sama ada ibadah,muamalat,jenayat dan sebagainya.Ianya mementingkan akhirat disamping tidak lupa juga keduniaan bagi menjadi insan berjaya sama ada didunia dan juga akhirat.Manakala hukuman teori barat ini hanyalah bersifat keduniaan semata-mata dan bukan datangnya daripada Allah s.w.t.

Seterusnya,metode Targhib wa Tarhib ini adalah bersifat universal,kekal dan abadi.Ianya bukan hanya ditujukan kepada golongan,bangsa ataupun individu tertentu sahaja namun adalah untuk semua umat manusia tidak kira zaman dan sesiapa.Hukum metode targhib wa tarhib ini adalah kekal.Manakala hukuman dan ganjaran teori barat ini,ada yang sesetengahnya hanya ditujukan buat golongan ataupun tempat tertentu.Ianya tidak bersifat universal.
Ketiga,hukuman dan ganjaran metode Targhib wa Tarhib ini adalah berlandaskan al-Quran da as-Sunah.Segala hukum adalah diambil daripada al- Quran dan sekiranya tiada nas dalam masalah tertentu maka akan dikaji pula melalui as-Sunah.Maka,al-Quran dan as-Sunah merupakan sumber utama menetapkan hukuman dan ganjaran metode ini.[20]Manakala hukuman teori barat digubal mengikut pandangan ahli filosofis iaitu ahli falsafah dan golongan ilmuan senmata-mata.Namun manusia ini bersifat terbatas akal fikirannya dan sentiasa melakukan khilaf walaupun siapapun mereka.Dalam menentukan sesuatu biasanya menusia cenderung mengikut pandangan sendiri demi mementingkan dan memikirkan diri sendiri berending menekankan kemaslahatan masyarakat sekelilingnya,Ini adalah bersifat zalim dan tidak adil.Berbanding dengan hukuman dan ganjaran metode Targhib wa Tarhib yang bersifat adil dan tidak zalim kerana datangnya daripada Allah swt.

Selain itu,hukuman dan ganjaran metode ini adalah pembuktiannya secara ghaib di akhirat kelak.Sekiranya sesiapa melanggar kesalahan hukum Allah mereka tidak akan lepas daripadai siksaan di akhirat.Berbeza dengan metode hukuman barat yang mana ganjaran dan hukuman adalah nyata dan dilaksanakan secara terus.Maka sesiapa yang terlepas dari terkena hukumanan didunia maka bererti terlepaslah mereka daripada hukuman diatas kesalahan tersebut  kerana tidak dijanjikan dalam hukuman barat ini bahawa akan terkena hukuman di akhirat bagi yang terlepa hukumannya di akhirat.













KESIMPULANNYA
Justeru,dapat disimpulkan sebagai suatu proses menyempurna dan melengkapkan diri pelajar dengan aspek-aspek kognitif, psikomotor dan afektif supaya pelajar dapat mengaplikasi segala ilmu yang diterima itu sebagai suatu panduan dalam maka seseorang guru itu mestilah terlebih dahulu mempersiapkan diri dan membuat perancangan yang teliti sebelum menyampaikan sesuatu pelajaran. Keadaan ini adalah bagi memastikan para pelajar dapat menerima pengajaran guru dengan baik dan berkesan serta ketiga-tiga aspek kognitif, psikomotor dan afektif berjaya diterapkan ke dalam diri pelajar. Di sinilah sesuatu Rancangan Pengajaran memainkan peranan yang penting dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Guru yang berpengalaman mahupun yang tidak berpengalaman tetap perlu membuat perancangan. Perancangan yang berkesan akan menjamin pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. Keupayaan dan kewibawaan guru pendidikan Islam akan membentuk insan yang terdidik, berakhlak dan bertaqwa.Maka seharusnya seorang guru pendidikan Islam ini mempunyai kesediaan dan keterampilan bagi menjalankan tanggungjawab sebagai ‘mualim’ ini.Kejayaan pelajar adalah bergantung kepada keupayaan gutu dalam memilih proses pembelajaran yang paling sesuai.Hanya menerusi pembelajaran yang sesuai pelajar akan terus membangun.Makanya,kaedah Amali.Ibrah wa Mauizah dan Targhib wa Tarhib merupakan salah satu kaedah yang berkesan dalam proses pembelajaran Pendidikan Islam.













RUJUKAN


Abd.al Rahman al Nahlawi. Usul al Tarbiyah al Islamiyah wa Asalibuha fi al bayt wa al madrasah wa al mujtama , Beirut, Daar al Fikri 2001 , hal 287
         
             Ahmad Ali Badawi, Imbalan dan hukuman: Pengaruhnya bagi pendidikan Anak,  Jakarta, ,Gema Insani Pres 2000, hal. 4

               Amaludin Ab. Rahman.Noralina Omar (2008), Kaunseling Remaja:Tip ke Arah Satu Keluarga Satu Konselor, Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Munawir Rahmat(1990), Model Mengajar targhib wa Tarhib. Makalah yang dipersentasikan dalam Seminar Model-Model Mengajar Qurani di Pesantren al-Maenunah, Garut.

Syaikh Muhammad bin Jamil Zainu, Seruan Kepada Pendidik dan Orang tua, Abu Hanan dan Ummu Dzakiyyah (terjemah ) Solom, 2005, hal. 167

Tengku Sarina Aini Tengku Kasim.Yusmini Md.Yusoff (2007), Kaedah Interpesonal Guru, Selangor,PTS Profesional Publishing Sdn.Bhd, hlmn 53.





[1] Tengku Sarina Aini Tengku Kasim.Yusmini Md.Yusoff (2007), Kaedah Interpesonal Guru, Selangor,PTS Profesional Publishing Sdn.Bhd, hlmn 53.

[3] Abdurrahman an-Nahlawi (1989), Prinsip-prinsip Metoda Pendidikan Islam, Bandung,Penerbit CV.Diponogoro Bandung,hlmn,379.

[4]  Tengku Sarina Aini Tengku Kasim.Yusmini Md.Yusoff (2007), Kaedah Interpesonal Guru, Selangor,PTS Profesional Publishing Sdn.Bhd, hlmn 53.

[5] Ibid.
[6]   Abdurrahman an-Nahlawi (1989), Prinsip-prinsip Metoda Pendidikan Islam, Bandung,Penerbit CV.Diponogoro Bandung,hlmn,379.

[7] Ibid.
[8] Surah Yusuf.
[9] Surah an-Nahl: 66-67.
[10] Tengku Sarina Aini Tengku Kasim.Yusmini Md.Yusoff (2007), Kaedah Interpesonal Guru, Selangor,PTS Profesional Publishing Sdn.Bhd, hlmn 53.

[11] Amaludin Ab. Rahman.Noralina Omar (2008), Kaunseling Remaja:Tip ke Arah Satu Keluarga Satu Konselor, Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.
[12] Surah al- Furqan ayat 57
[13] Surah Ar-Rahman: 55
[14] Abdurrahman an-Nahlawi (1989), Prinsip-prinsip Metoda Pendidikan Islam, Bandung,Penerbit CV.Diponogoro Bandung,hlmn,379.
[15]   Abdurrahman an-Nahlawi (1989), Prinsip-prinsip Metoda Pendidikan Islam, Bandung,Penerbit CV.Diponogoro Bandung,hlmn,379.
[16] Ahmad Ali Badawi, Imbalan dan hukuman: Pengaruhnya bagi pendidikan Anak,  Jakarta, ,Gema Insani Pres 2000, hal. 4
[17]  Syaikh Muhammad bin Jamil Zainu, Seruan Kepada Pendidik dan Orang tua, Abu Hanan dan Ummu Dzakiyyah (terjemah ) Solom, 2005, hal. 167
[18] Abd.al Rahman al Nahlawi. Usul al Tarbiyah al Islamiyah wa Asalibuha fi al bayt wa al madrasah wa al mujtama , Beirut, Daar al Fikri 2001 , hal 287
[19] Munawir Rahmat(1990), Model Mengajar targhib wa Tarhib. Makalah yang dipersentasikan dalam Seminar Model-Model Mengajar Qurani di Pesantren al-Maenunah, Garut.
[20]   Munawir Rahmat(1990), Model Mengajar targhib wa Tarhib. Makalah yang dipersentasikan dalam Seminar Model-Model Mengajar Qurani di Pesantren al-Maenunah, Garut.





2 comments:

  1. assalamualaikum sis. mahu tanya rujukan utk karakteristik targhib dan tarhib ambil dari rujukan mana ya???

    ReplyDelete