oryte!!!entry kali ni ana paparkan contoh karja lapangan bg subjek He..ni group ana pnye research...moga entry kali ni leh jadi beri manfaat n panduan untuk u all k...
hhmmm ...ana,k.sya,saifULLah,razi,fidah n adnan 1 kumpulan...ketuanye Adnan YG macho...!!(yg baju hitam pakai spect)
P/S: YG gurl ketiga dari kiri tu bkan org potugis taw... ehehehe
bersama penyelia muzium kg pORTUGIS NI
eheheh...so..kitorang pilih tajuk "Adaptasi budaya melayu dalam budaya Portugis "sebagai tajuk kajian kami..kami telah membuat kajian di melaka..
hhmm kitorg berkampung di melaka selama 3 hari 2 malam taw bg nk menyiapkan tugasan ni..semangat x....????3 hari 2 malam tu termasuk le bejalan2 sekali ehehe..org kate.,..sambil menyelam ninum ayO!! Apepon best la trip kami ni!!!!!korang memeng best!!
Tajuk
: Adaptasi budaya melayu dalam budaya Portugis : Suatu Kajian di Perkampungan
Portugis ,Melaka .
1.0
Pengenalan.
Latar
belakang Komuniti Portugis
Pendudukan awal komuniti berketurunan Portugis di Melaka bermula
selepas kejatuhan Melaka pada tahun 1511. Bermula dari tarikh tersebut, sedikit
demi sedikit orang-orang Portugis membentuk komuniti mereka sendiri dan
mengamalkan kahwin campur dengan penduduk tempatan. Amalan ini diteruskan
semasa pemerintahan Belanda dan juga Inggeris di Tanah Melayu.
Penempatan
masyarakat berketurunan Portugis secara berkelompok mula dilaksanakan.
Perkampungan ini terletak di daerah Ujong Pasir iaitu kira-kira 3 kilometer
dari pusat bandar Melaka. Idea penubuhan perkampungan ini sebenarnya telah
dibangkitkan sejak tahun 1926 lagi. Pada tahun 1933, 28 ekar tanah di daerah
ini telah dibeli dengan tujuan memberi bantuan membina rumah bagi masyarakat
keturunan Portugis yang miskin serta mengekalkan warisan budaya masyarakat
Portugis. Tanah yang berpaya telah diterangkan dan sebanyak sepuluh rumah kayu
lantai tanah dan bumbung atap telah dibina.
Pada
tahun 1934, perkampungan ini berjaya dibina sepenuhnya. Dua orang paderi
Katolik yang bertanggungjawab dalam usaha pembinaan perkampungan ini ialah
Father Alvaro Manuel Coraodo dan Father Jules Pierre Francois. Sebab itulah
perkampungan ini juga dikenali dengan nama Padre Sa Chang atau Tanah
paderi. Perkampungan Portugis dahulunya dikenali dengan nama Perkampungan St.
John.
Pembinaan
perkampungan ini juga adalah atas kesedaran kedua-dua paderi tersebut supaya
penganut agama Kristian ini tidak perlu berulang-alik terlalu jauh meredah
sungai dan laut untuk sampai ke gereja St. Peter. Kedua-dua paderi ini juga
meminta bantuan daripada Gabenor British
di Melaka untuk membeli tanah. Mesyuarat pertama ahli jawatankuasa
penduduk Perkampungan Portugis telah dijalankan. Dalam mesyuarat pertama
tersebut, nama-nama jalan di perkampungan tersebut telah ditetapkan. Selepas
mesyuarat pertama tersebut, sedikit demi sedikit keluarga telah berjaya
dipindahkan dan pada tahun 1935 sebanyak 10 buah rumah telah dibina di
sepanjang Jalan Texeira. 3 Perkampungan Portugis ini diketuai oleh seorang Regedor
atau Ketua kampung dan beberapa orang anak buah yang merupakan Ahli
Jawatankuasa (AJK) bagi setiap folio yang terlibat. Tugas Regedor sama
seperti tugas sebagai seorang ketua kampung yang terdapat di tempat-tempat lain
di Malaysia. Mereka dibayar elaun oleh kerajaan sebagai sumbangan kepada
masyarakat dan tanggungjawab yang dipikul.
Di Malaysia, jumlah keseluruhan penduduk berketurunan Portugis
ialah seramai 25,000 termasuk Portuguese Eurasian. Mereka bukan sahaja tertumpu
di negeri Melaka sahaja tetapi terdapat juga di negeri-negeri lain seperti
Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor selain negara
Singapura. Bancian pada tahun 1960 mendapati bahawa bilangan penduduk
berketurunan Portugis ialah sebanyak 1500 orang. Menurut Baxter (1988: 29),
terdapat lebih kurang 1300 orang yang terdapat di perkampungan ini.
2.0 Objektif kajian
2.1. Mengkaji budaya kaum melayu dalam
masyarakat Portugis
2.2. Mengenal pasti
nilai-nilai budaya dan tradisi kaum portugis yang masih diwarisi sehingga kini.
3.0 Sorotan Literatur
Menurut
Tan Chee Beng dalam Journal Of Malaysia,dalam artikel yang bertajuk Ethic
Relation in Malaysia Historical and Sociological Perspectives,mengupas mengenai
kesinambungan hubungan etnik masyarakat Tanah Melayu sebelum merdeka dalam
meyeimbangi kehidupan social masyarakat ketika itu.Walaubagaimanapun,sedangkan
lidah lagi tergigit inikan pula isu perkauman yang menjadi intipati utama
artikel yang diterbitkan.Menceritakan keadaan semasa sosiekonomi kaum pada
tahun sekitar 1950 hingga 1970 yang mencatatkan pelbagai peristiwa dalam sejarah
Negara.Pada masa yang sama,akibat peristiwa tragis 13 Mei 1969 yang mengundang
konspirasi perkauman yang amat ketara ,sehingga mengwujudkan sikap prejudis
yang amat menebal dalam kalangan anggota masyarakat ketika itu.Walau
bagaimanapun , tindakan bijak yang diatur kerajaan pemerintah , dengan penuh
berstrategi ,merangka pelbagai dasar-dasar k earah mengwujudkan integrasi
nasional dalam usaha menyemai kembali elemen perpaduan Negara Malaysia dalam
memurnikan prinsip-prinsip hubungan etnik .
Selain
itu, dalam kajian yang telah dilakukan oleh John Clamer ,dalam Journal of
Malaysia ,vol 1 no 2 disember 1983,bertajuk ,Race Relation in Malaysia
menyatakan: Taking from Wan Hashim’s book is a useful tough very condensed
historical and sociological account of ethnic relation in Malaysia from
colonial times down to progress day.It does not add anything new to our
knowledge of events movements or personalties involved,but what is done di is
to provide a kind of summary map of ethnic process in a country where such
process have dominated political,cultural and economic values.
4.0 Metodologi Dapatan
Kajian
4.1. Kaedah
kaji selidik
·
Bagi memperolehi dapatan kajian yang lebih tepat, borang kaji
selidik telah dibentuk berpandukan kepada tujuan dan matlamat kajian. Selain
itu, kaji selidik ini juga dibentuk agar dapat menjawab persoalan - persoalan
kajian yang telah ditetapkan. Soalan – soalan ini terdiri daripada lima
bahagian iaitu:-
·
Bahagian A merujuk kepada soalan – soalan yang berkaitan dengan
demografi responden.
·
Bahagian B merujuk kepada soalan – soalan mengenai faktor – faktor
adaptasi budaya melayu dalam budaya portugis melalui empat aspek utama iaitu
perkahwinan , pakaian , makanan dan kehidupan sosial. Soalan harus dijawab
menggunakan skala yang telah ditetapkan.
Skala yang digunakan adalah berpandukan Skala Likert.Borang Soal
selidik dikemukan kepada 30 orang secara rawak berdasarkan keterbukaan
responden untuk menerima dan sudi bekerjasama.
4.2 Kaedah temu bual
Kaedah ini telah
dijalankan ke atas Ketua Kampung,Penjaga Muzium Perkampungan Portugis serta
penduduk kampung.
Melalui kaedah ini, maklumat yang diberikan bersumberkan
daripada Ketua Kampung berkenaan,Penjaga Muzium serta penduduk kampung serta
masyarakat tempatan.Kaedah temubual ini dijalankan dengan sesi soal jawab
daripada kumpulan pengakaji yang merangkumi keempat-empat aspek kajian iaitu
perkahwinan , kehidupan sosial , pakaian dan makanan.
4.3 Kaedah tinjauan dan pengamatan
Kaedah ini digunakan bagi mengesahkan adaptasi budaya melayu dalam budaya
portugis yang dikemukakan terhadap masyarakat Portugis di Perkampungan Portugis
. Kaedah ini juga bertindak bagi menilai sejauh mana kajian yang dijalankan
menunjukkan hasil dan keberkesanannya.Kaedah tinjauan dan pengamatan ini
dijalankan di sekita rPerkampungan Portugis Melaka.Tidak cukup dengan itu,
kaedah ini turut melihat kehidupan sosial masyarakat setempat untuk menguatkan
lagi hipotesis terhadap autoriti kajian.
4.4 Kaedah rujukan dan orang sumber
Kaedah ini
dijalankan bertujuan bagi mendapatkan fakta – fakta empirikal dan sumber –
sumber autoritatif. Kaedah ini dirujuk kepada unit – unit khas ataupun individu
perseorangan yang mempunyai penglibatan secara langsung dalam kajian ini.Antara
pihak yang terlibat dalam kaedah ini ialah Ketua Kampung,Penjaga
Muzium,Masyarakat Portugis,Bahan Ilmiah daripada Galeri Perkampungan Portugis,
Pensyarah Subejek Hubungan Etnik serta sumber-sumber yang membantu secara tidak
langsung.
5.0 Metodologi Pemprosesan Kajian
Hasil dan
dapatan kajian yang diperoleh telah diproses menggunakan kepintaran pengiraan
secara perincian dan akses kepada teknologi semasa . Kemudahan ini digunakan
seiring dengan perkembangan era sains dan teknologi ketika ini. Selain itu,
teknologi ini juga mampu menyediakan laporan statistik dan kuantitatif yang
lebih spesifik, sistematik dan holistik.
6.0 Penemuan dan perbincangan
6.1 DAPATAN KAJIAN
Perkampungan Portugis,
Kampung Ujong Pasir,
Melaka merupakan tempat
kajian ini dijalankan.
Tumpuan kajian ialah
latar belakang responden,
tahap pendidikan dan
pengaruh masyarakat tempatan
dalam budaya Portugis.
Kajian ini adalah
untuk mengetahui dengan
lebih jelas faktor-faktor
adaptasi budaya Melayu
dalam masyarakat Portugis.
Melalui data kajian
yang telah dijalankan
dapat dibuktikan bahawa
terdapat budaya masyarakat Melayu
di dalam kehidupan
sosial masyarakat Portugis.
6.2 Bahagian Pertama
Latar belakang responden
Latar belakang
demografi dilakukan adalah
bagi mengumpulkan maklumat
tentang responden, iaitu
berkaitan dengan umur,
jantina, asal, status
perkahwinan dan tahap
pendidikan responden. Responden
yang terlibat adalah
terdiri daripada penduduk
Perkampungan Portugis Kampung Ujong Pasir
Melaka. Hal ini
adalah bertujuan untuk mengetahui
dengan lebih lanjut berkaitan
latar belakang penduduk
bagi mengkaji budaya kaum melayu
dalam masyarakat Portugis dan mengenal pasti nilai-nilai budaya dan tradisi
kaum portugis yang masih diwarisi sehingga kini.
Faktor latar
belakang umur dan
jantina digunakan sebagai
pemboleh ubah dalam
kajian ini kerana
faktor tersebut adalah
berkaitan tentang pengetahuan
responden terhadap budaya-budaya
melayu yang diadaptasi
dalam cara hidup
mereka. Selain itu,
status perkahwinan dan
taraf pendidikan juga
dijadikan sebagai pemboleh
ubah dalam kajian
ini. Hal ini
kerana melalui status
perkahwinan terdapat perkahwinan
campur antara masyarakat
Portugis dengan masyarakat
yang lain.
Jadual 1 : Lingkungan
umur responden masyarakat
Portugis di Melaka
Lingkungan
umur
(tahun)
|
Jumlah
(responden)
|
Peratusan (%)
|
10 – 20
|
4
|
14
|
21 – 40
|
9
|
30
|
41 – 60
|
9
|
30
|
61 – 80
|
7
|
23
|
81 – 100
|
1
|
3
|
Berdasarkan Jadual
1, lingkungan umur
yang telah diberikan
borang soal selidik
ini mempunyai pelbagai
lingkungan umur. Responden
terdiri daripada orang
kanak-kanak, remaja dan
dewasa serta warga tua
yang mana bermula
dari responden yang berumur
10 tahun hingga
ke responden yang
berumur 82 tahun.
Seramai 4 orang
atau 14% responden terdiri daripada
lingkungan umur 10
tahun hingga ke
20 tahun yang
terdiri daripada kanak-kanak
dan remaja. Manakala,
untuk linkungan 21 tahun hingga ke
40 tahun seramai
9 orang iaitu
bersamaan dengan 3 peratus. Seterusnya
pada lingkungan 41
tahun hingga ke
60 tahun juaga
adalah sama seperti
sebelum ini sebanyak
30% daripada soalan soal
selidik yang telah
diberikan kepada responden.
Pada lingkungan umur
61 tahun hingga
ke umur 80
tahun adalah 7 orang yang
bersamaan 23 % dan 3
peratus bagi responden yang
berumur dalam lingkungan
81 tahun hingga
ke umur 100
tahun untuk mewakili
1 orang responden.
Jadual 2 : Jantina dan status perkahwinan responden masyarakat
Portugis di Melaka
Jantina
|
Jumlah
(responden)
|
Peratus (%)
|
Status
perkahwinan
|
Jumlah
(responden)
|
Peratus (%)
|
Lelaki
|
11
|
37
|
Bujang
|
12
|
40
|
Perempuan
|
19
|
63
|
Berkahwin
|
18
|
60
|
Daripada seramai
30 orang responden,
jumlah lelaki Portugis
ialah 11 orang
yang mewakili 37 % dan jumlah
perempuan Portugis adalah
19 orang yang
mana bersamaan 63 % . Seterusnya
status perkahwinan ke
atas responden yang
telah dijalankan adalah
kebanyakan mereka telah
berkahwin iaitu seramai
18 orang responden
bersamaan dengan 60 % . Manakala
bakinya adalah seramai
40 % daripada
30 orang responden
yang telah diedarkan
borang kaji selidik.
Melalui faktor status
perkahwinan dalam kajian
ini dapat mengetahui
masyarakat yang berkahwin
campur antara etnik juga dapat dikenal pasti.
Jadual 3 : Latar belakang
pendidikan responden masyarakat Portugis
di Melaka
Berdasarkan carta pai di atas,
responden telah dkenal pasti dalam boring
soal selidik mempunyai
taraf pendidikan yang
berbeza. Antara pendidikan
yang diperolehi oleh
responden adalah peringkat
sekolah rendah, peringkat
sekolah menengah dan
juga peringkat universiti.
Seramai 16 orang
responden mendapat pendidikan
hanya setakat sekolah
rendah iaitu bersamaan
53 % . Seterusnya,
pada peringkat sekolah
menengah seramai 12
orang iaitu 40 % responden telah
menamatkan pendidikan mereka
pada tahap ini.
Manakala, responden yang
mendapat pendidikan di
peringkat universiti adalah
seramai 2 orang
bersamaan 7 %.Tambahan lagi,setelah diteliti , kesemua
mereka responden yang telah menjalani kajian ini adalah bersekolah di sekolah
yang berdekatan dengan kawasan penempatan mereka iaitu SK Sacred Heart
diperingkat rendah manakala di peringkat menengah , SM Infant Jesus Covent dan
Canossa Covent serta SM San Francis.
Dalam latar
belakang yang telah
dikaji ini dapat
disimpulkan bahawa malalui
lingkungan umur, jantina,
status perkahwinan dan
taraf pendidikan adalah menjadi
penyumbang utama faktor
adaptasi budaya Melayu
ke dalam budaya
masyarakat Portugis. Hal
ini kerana percampuran masyarakat
Portugis dengan orang
Melayu sama ada
lelaki atau perempuan,
umur, dan komunikasi
antara orang Melayu
dengan masyrakat portugis
ketika mendapatkan pendidikan
di sekolah serta
kehidupan sosial mereka dilihat tiada sebarang permasalahan
atau kejanggalan yang mengahalang mereka dari terus melakukan sebarang bentuk
komunikasi. Selain itu
juga status perkahwinan
juga mempengaruhi adaptasi
budaya Melayu ke
dalam kebudayaan meraka
dengan perkahwinan campur.
6.3 Bahagian Kedua .
Laporan kajian
Dalam bahagian kedua ini akan dibentangkan secara terperinci kajian
mengikut empat aspek utama kajian yang ingin dikaji.Hasil kajiantelah
disesuaikan dengan media dan grafik bagi tujuan memudahkan pembentangan hasil
kajian.
Aspek
kajian 1 : Pakaian
Graf 1: Peratus
adaptasi pakaian responden
terhadap budaya Melayu
Graf ini
menunjukkan majoriti responden bersetuju ialah sebanyak 17% bahawa jaket serta seluar panjang berwarna
hitam dan merah adalah pakaian tradisi kaum lelaki masyarakat portugis.
Sesetengah daripada mereka tidak pasti ialah 36% , ada dikalangan responden
juga mengatakan amat setuju sebanyak 23% . Responden juga berpendapat tidak
setuju sebanyak 17% dengan pemakaian jaket serta seluar panjang berwarna hitam
dan merah. Ada di antara responden
mengatakan amat tidak setuju sebanyak 7 % .
Soalan kedua memperlihatkan majoriti responden menyatakan tidak pasti
sebanyak 30 % sama ada pakaian tradisi bagi wanita ialah skirt lebar yang
berlapis-lapis. Peratusan yang kedua paling tertinggi ialah amat setuju
sebanyak 23% iaitu sama dengan peratusan tidak pasti. Sesetengah daripada
responden juga amat tidak setuju dengan pakaian tradisi bagi wanita ialah skirt
lebar yang berlapis-lapis sebanyak 13% dan ada di antara responden setuju
sebanyak 10%. Berdasarkan soalan ketiga graf menunjukkan majoriti setuju
sebanyak 30% bahawa masyarakat portugis gemar memakai reben di kolar baju.
Manakala peratusan tidak setuju merupakan peratusan kedua tertinggi sebanyak
23%. Responden juga mengatakan amat setuju sebanyak 20% dan ada yang mengatakan
tidak pasti sebanyak 17%. Peratusan bagi amat tidak setuju adalah yang paling
terendah iatu sebanyak 10%. Untuk soalan ke empat majoriti responden menyatakan
setuju sebanyak 37% dengan baju kebaya labuh digunakan ketika majlis
perkahwinan. Peratusan kedua tertinggi ialah amat setuju sebanyak 23% ,
manakala peratusan ketiga tertinggi ialah tidak pasti sebanyak 17%. Sesetengah
daripada responden berpendapat tidak setuju sebanyak 10% dan ada di antara responden berpendapat amat
tidak setuju sebanyak 13%. Soalan ke limadalam instrumen kajian, majoriti
responden menyatakan pakaian masyarakat portugis mempunyai pengaruh dari
masyarakat Melayu ialah sebanyak 23%. Manakala peratusan kedua tertinggi ialah
amat tidak setuju sebanyak 20%, sesetengah daripada responden juga berpendapat
tidak setuju sebanyak 20% iaitu sama dengan peratusan tidak setuju. Ada di
kalangan responden yang bersetuju sebanyak 17% bahawa pakaian masyarakat
portugis mempunyai pengaruh dari masyarakat Melayu dan responden ini juga
menyatakan tidak setuju sebanyak 20%.
Aspek Kajian 2 : Makanan
Graf 2: Peratus adaptasi makanan
responden terhadap budaya masyarakat
Melayu
Graf ini
menunjukkan bahawa majoriti responden amat setuju sebanyak 83% bahawa nasi
merupakan makanan utama mereka. Manakala peratusan kedua tertinggi ialah setuju
sebanyak 10%. Sesetengah daripada
responden tidak pasti sebanyak 3%, ada dalam kalangan responden juga mengatakan
tidak setuju sebanyak 7%. Bagi soalan kedua responden menyatakan setuju dan
amat setuju sebanyak 23% bahawa ketika
menjamu selera masyarakat portugis gemar menggunakan sudu dan garpu ketika
menjamu selerea. Manakala peratusan kedua tertinggi ialah tidak pasti sebanyak
20%. Sesetengah daripada responden juga tidak setuju dan amat tidak setuju
sebanyak 17%. Berdasarkan soalan ketiga graf menunjukkan bahawa majoriti
responden menggunakan rempah ratus dalam masakan mereka sebanyak 53%. Manakala
peratusan setuju merupakan peratusan kedua tertinggi sebanyak 27%. Responden juga
menyatakan tidak pasti sebanyak 13% peratusan bagi amat tidak setuju adalah
yang paling terendah sebanyak 3%. Soalan keempat majoriti responden menyatakan amat setuju sebanyak
73% bahawa Devil’s Curry dan
garing-garing (ikan masin) merupakan hidangan yang popular dalam kalangan
masyarakat portugis. Peratusan kedua tertinggi ialah tidak pasti sebanyak 13% ,
manakala peratusan ketiga tertinggi ialah setuju sebanyak 13%. Peratusan amat
tidak setuju tidak setuju sebanyak 3%.Soalan ke lima majoriti responden
menyatakan bahawa sambal belacan menjadi kegemaran mereka mempunyai pengaruh
dari masyarakat melayu sebanyak 83%. Manakala peratusan kedua tertinggi ialah
setuju 10%, sesetengah daripada responden juga berpendapat amat tidak setuju
dan tidak pasti sebanyak 3%.
Aspek kajian 3: Perkahwinan
Graf 3 : Peratus adaptasi
budaya perkahwinan melayu
dalam masyarakat Portugis
Graf di atas
menunjukkan responden amat setuju dan setuju sebanyak 30% bahawa adat
perkahwinan masyarakat Portugis dipengaruhi oleh budaya perkahwinan orang melayu.
Manakala responden tidak pasti sebanyak 20% dan tidak setuju serta amat tidak
setuju sebanyak 10%. Peratus responden yang amat setuju adalah tertinggi dengan
peratusan sebanyak 47% bahawa proses perkahwinan masyarakat Portugis mempunyai
persamaan dalam proses perkahwinan orang Melayu seperti merisik, bertunang,
meminang, dan bernikah. Manakala responden setuju dan tidak pasti sebanyak 17%,
responden tidak setuju sebanyak 13% dan responden amat tidak setuju pula
sebanyak 7%. Peratus responden yang amat setuju adalah tertinggi dengan
peratusan sebanyak 30% bahawa hantaran perkahwinan terdapat dalam adat
perkahwinan Portugis seperti adat orang Melayu. Manakala peratus responden
setuju sebanyak 20%, tidak pasti sebanyak 17%, tidak setuju sebanyak 10% dan amat
tidak setuju sebanyak 23%. Peratus responden tertinggi peratusan adalah
responden amat setuju sebanyak 37% bahawa majlis perkahwinan masyarakat
Portugis dilakukan pada hari-hari yang tertentu. Manakala peratus responden
yang setuju, tidak pasti dan tidak setuju sebanyak 20%, dan peratus responden
amat tidak setuju sebanyak 3%. Peratus responden yang tertinggi adalah
responden yang amat tidak setuju sebanyak 34% bahawa pakaian perkahwinan
masyarakat Portugis dipengaruhi oleh budaya Melayu. Manakala peratus responden
tidak setuju sebanyak 10%, tidak pasti sebanyak 30%, setuju dan amat setuju
sebanyak 13%.
Aspek kajian 4 :Kehidupan Sosial
Graf 4 : Peratus adaptasi kehidupan
sosial Masyarakat Portugis
Graf di atas
menunjukkan responden amat setuju adalah tertinggi dengan peratusan sebanyak
33% bahawa bahasa pertuturan masyarakat Portugis di Malaysia adalah bahasa
Melayu. Manakala peratus responden yang setuju mempunyai peratusan sebanyak 3%, tidak pasti sebanyak 17%, tidak
setuju sebanyak 20%, dan amat tidak setuju sebanyak 27%. Peratus responden
tertinggi adalah amat setuju iaitu sebanyak 47% menyatakan bahawa Pesta San
Pedro dan Perayaan Easter merupakan budaya tradisi dan keagamaan masyarakat Portugis. Manakala peratus responden
setuju sebanyak 27%,tidak pasti sebanyak 10%, tidak setuju 13% dan amat tidak
setuju sebanyak 3%. Peratus responden yang tertinggi menyatakan bahawa seni
bina kediaman masyarakat portugis dipengaruhi oleh seni bina Melayu adalah
responden yang tidak pasti iaitu sebanyak 33%. Manakala peratus responden amat
setuju sebanyak 30%, setuju sebanyak 20%, tidak setuju sebanyak 17% dan amat
tidak setuju sebanyak 0%. Peratus responden yang amat setuju menyatakan bahawa
menangkap ikan merupakan sumber pendapatan masyarakat Portugis adalah tertinggi
sebanyak 43%, peratus responden setuju sebanyak 30%, tidak pasti sebanyak 17%,
tidak setuju sebanyak 7% dan amat tidak setuju sebanyak 3%. Peratus responden
yang setuju merupakan peratus tertinggi iaitu sebanyak 30% menyatakan bahawa
masyarakat Portugis Melaka masih menjalinkan hubungan dengan negara asal
mereka. Manakala peratus responden amat setuju sebanyak 20%, tidak pasti
sebanyak 24%, tidak setuju sebanyak 3% dan amat tidak setuju sebanyak 23%.
Setelah meneliti
laporan kajian di atas dapat disimpulkan bahawa terdapat adaptasi masyarakat
Melayu dalam budaya Portugis di Melaka terutamanya dalam aspek perkahwinan,
pakaian, makanan dan kehidupan sosial yang diaplikasikan dalam kehidupan
masyarakat Portugis di Melaka sehingga hari ini.Namun tidak cukup dengan
itu,turut dinyatakan juga beberapa maklumat penting serta perbincangan mengenai
dapatan kajian.Perbincangan juga dilakukan melalui keempat-empataspek yang
telah dikaji.
Aspek kajian 1 :Pakaian
Dahulunya pakaian tradisi masyarakat Portugis di Melaka adalah
tidak jauh beza dengan masyarakat tempatan.Mereka mengenakan baju kebaya dan
kain sarung bagi wanita .Jika diadakan majlis yang berbentuk keagamaan dan
kebudayaan ,serta majlis rasmi ,mereka akan memakai pakaian tradisi seperti
jaket serta seluar panjang berwarna hitam dan berbelang merah serta adakala
mengenakan bow ,dan bagi perempuan akan memakai skirt lebar yang
berlapis-lapis.
Aspek kajian 2: Makanan
Makanan masyarakat Portugis tidak jauh beza dengan masyarakat
tempatan. Mereka gemar akan masakan yang menggunakan pelbagai rempah –ratus
contohnya Devil’s Curry ,dan sambal belacan .Garing—garing atau ikan masin juga
merupakan makanan kegemaran mereka.Makanan lain yang menjadi hidangan popular
dalam kalangan mereka seperti tapai,pulut,wajik,bahulu ,puteri mandai dan
lain-lain.Mereka juga memasak dan makan makanan masyarakat Malaysia khususnya
masyarakat Melayu.
Aspek kajian 3 : Perkahwinan
Majlis perkhawinan akan berlangsung selama 4 hari.Seperti adat
kebiasaan perkahwinan orang melayu,masayrakat portugis juga mempunyai beberapa
adat yang tertentu seperti bertunang ,merisik dan sebagainya.Semasa proses berlangsung mereka akan membincangkan
mengenai tarikh perkahwinan dengan pihak keluarga kedua belah pihak ,pihak
pengurusan perkahwinan, ahli-ahli agama dan sebagainya.Apabila telah menjalani
ketetapan yang tertentu , mereka akan menjemput dan memaklumkan kepada sanak saudara serta sahabat handai mengenai
majlis perkehwinan mereka yang akan diadakan.Secara adatnya, perkahwinan ini
akan berlangsung dengan ,meriah dan secara besar-besaran di pihak pengantin
perempuan berbanding di pihak pengantin lelaki.Hantaran juga akan diberikan
kepada pengantin perempuan daripada pengantin lelaki.
Mengenai ketetapan empat hari selama berlangsungnya
perkahwinan,dimulakan dengan hari khamis,Jumaat ,Sabtu dan Ahad.Majlis bermula Khamis
malam di mana waris pengantin lelaki dan tetamu dijemput ke rumah pengantin
perempuan untuk melihat persiapan majlis perkahwinan.Apa yang menarik, pihak
pengantin perempuan akan meletakkan kain putih diatas katil mempelai sebagai
tanda kesucian perkahwinan dalam keadaan terbuka dan di pihak pengantin lelaki
,wakil akan melipat kain tersebut sebagai tanda penerimaan ke atas persiapan
perkahwinan itu.Tambahan lagi,kaum muda –mudi yang masih bujang dilarang sama
sekali melihat persiapan katil dan bilik pengantin kerana mengikut adat dan
kepercayaan mereka ,jika golongan muda –mudi yang belum berkahwin melihat
mereka tidak akan menemui jodoh.Disebelah malam pula ,akan diadakan jamuan
minum teh kepada hadirin yang hadir.Contoh juadah yang menjadi kebiasaan ialah
pulut,tapai,bahulu,puteri mandi, wajik dan lain-lain.
Pada hari jumaat dikenali sebagai ,bachelor night atau
dikenali sebagai malam bujang yang terakhir .Pengantin lelaki atau pun
perempuan tidak dibenarkan memakan makanan yang berdarah seperti ayam,daging
ikan dan sebagainya ,kerana dikhuatiri akan menjejaskan majlis perkahwinan pada
keesokan hari.Majlis ini diadakan di rumah pengantin perempuan ,pengantin
lelaki dijemput hadir sama tetapi perlu untuk pulang ke rumah sebelum pukul
sepuluh malam dan dibekalkan sebotol minuman wine dan sebiji kek suji.
Pada hari Sabtu,ialah hari yang dinantikan oleh semua orang,iaitu
hari langsung .Seawal pagi loceng daripada gereja akan dibunyikan sebagai tanda sebuah majlis akan diadakan di
gereja yang berdekatan.Keesokan harinya, sebuah majlis ringkas akan diadakan di
rumah pengantin perempuan.Pada majlis ini pasangan mempelai akan melayan tetamu
yang kunjung hadir ke rumah mereka
Aspek kajian 4: Kehidupan sosial
I.
Bahasa
Masyarakat Portugis di Melaka menjadikan
bahasa Malaysia,bahasa Inggeris dan Bahasa Portugis sebagai bahasa pertuturan
seharian mereka.Malah mereka tidak kekok sekali menuturkan bahasa Malaysia
ketika berkomunikasi dengan masyarakat setempat .Tambahan pula untuk memastikan
bahasa Portugis merekatidak hilang begitu sahaja,anak-anak mereka turut diajar
menggunakan bahsa tersebut dalam perbualan seharian dan pertuturan sesama
mereka.Ini adalah langkah-langkah yang diambil oleh masyarakat Portugis agar
bahasa Portugis mereka tidak hilang atau lenyap ditelan zaman,meskipun
kebanyakan kaum tua yang fasih berbahasa Portugis telah tiada.
II.
Seni bina
Mengenai seni bina kawasan penempatan ,mereka
tiada memperlihatkan ciri-ciri atau keadaan seni bina yang tersendiri.Hampir
kesemua reka bentuk rumah adalah sama dengan seni bina masyarakat tempatan.
III.
Pekerjaan
Menangkap ikan merupakan sumber utama
masyarakat Portugis.Hal ini dipengaruhi dengan kawasan penempatan yang
berdekatan dengan laut.Kebanyakan mereka mempunyai bot sendiri.Pekerjaan ini
telah pun diwarisi turun-temurun daripada nenek moyang mereka.Tambahan
pula,jika diteliti dalam lembaran sejarah,asal usul masyarakat Portugis
kebanyakannya berasal daripada orang laut .Namun ,jika dilihat pada hari
ini,kebanyakan golongan belia dalam kalangan masyarakat Portugis telah pun
menjawat jawatan dalam sector kerajaan dan bekerja di kota.Aktiviti menangkap
ikan lazimnya menjadi pekerjaan bagi golongan tua yang sudah bersara daripada
pekerjaan mereka.
IV.
Upacara Kebudayaan dan keagamaan.
Menjadi acara tahunan, mereka akan mengadakan
Pesta San Pedro dan Hari Easter dalam kalendar kebudayaan kaum Portugis.Bagi
mereka ini adalah perayaan utama masyarakat Portugis yang mesti diadakan setiap
tahun.Selain itu,mereka juga turut menjalin hubungan dengan Kerajaan Negara asal mereka .Menurut
masyarakat tempatan ,sudah menjadi kelaziman , kawasan penempatan mereka sering
dikunjungi oleh kenyakan pengkaji daripada Negara asal mereka untuk mengkaji
mengenai kehidupan masyarakat Portugis di Malaysia.Ini memperlihatkan peranan
yang dimainkan oleh Kerajaan Negara dalam mengetahui perkembangan rakyat .
7.0 Rumusan dan cadangan
Berdasarkan
kajian yang telah dilakukan ke atas adaptasi budaya Melayu dalam Masyarakat
Portugis telah didapati beberapa kekurangan serta kelemahan dalam beberapa
aspek yang tertentu.Aspek pertama yang dapat dikesan ialah,kaedah kajian yang
digunakan dalam memperlihatkan kesahihan serta keabsahan kajian secara
total.Seharusnya proses untuk menyiapkan laopran kajian ini mestilah
menggunakan system atau perisian SPSS.(Statictic Packages for Social Sciences) .Apabila
menggunakn perisian ini untuk memproses data,ia akan memberikan nilai yang
tepat serta menjamin keabsahan sesuatu
nilai dan ia lebih berkualiti serta memudahkan akses penggunaan teknologi
Selain
itu,waktu kajian yang singkat juga amat menghimpit ruang serta peluang untuk
menyelidik dengan lebih terperinci mengenai kehidupan masyarakat
Portugis.Seharusnya ,tempoh kajian mestilah dipenjangkan agar , pengkaji dapat
mendalami nilai-nilai serta aspek-aspek lain yang perlu diketahui agar kajian
akan lebih kemprehensif dan menyeluruh.
Tambahan
lagi,penggunaan metod kajian yang agak terhad juga memperlihatkan hasil kajian
juga agak mendatar dan tidak mempamerkan gerak balas yang maksimum.Ia agak
sekata dan tidak dinamik ,berikutan metod kajian yang tidak pelbagai.Pada masa
akan datang kumpulan pengkaji semestinya menggunakan kaedah kajian yang
pelbagai dan kreatif dalam menyesuaikan metod serta mengaplikasi teknik-teknik
pencarian data dengan lebih tepat agar hasil kajian akan lebih berkualiti dan
bermutu tinggi.
Selain
itu, agak signifikan dengan kajian,kumpulan pengkaji ingin mengutarakan
beberapa saranan kepada pihak berwajib mengenai tajuk kajian.Sebagai usaha
penambaikan yang perlu diwujudkan oleh pihak –pihak berwajib,aspek kawasan
penempatan masyarakat Portugis perlu diambil berat .Hal ini kerana,jika melihat
kepada keadaan semasa,perkampungan ini telah dimeterai menjadi salah satu
destinasi pelancongan negeri khususnya,namun keadaan infrastruktur masih lagi
perlu diperbaiki dan memerlukan penambahbaikan.
Sementela
itu,bagi pihak Perkampungan Portugis khususnya,seharusnya meletakkan khidmat
kaunter penerangan yang mana berfungsi sebagai pusat penerangan dan tempat
untuk merujuk segala maklumat mengenai masyarakat Portugis.Dan tidak lupa
juga,pegawai yang mengendalikan sesi penerangan kepada pengkaji atau pengunjung
yang hadir mestialh diteliti dan disahkan mengenai kredibiliti dan bentuk
kesahihan fakta yang dibawa.Hal ini kerana , kumpulan pengkaji khuatir , akan
kebenaran fakta yang diutarakan ,tambahan lagi ,semasa sesi temu
bualdilakukan.Buat akhirnya,semoga kajian ini mendatangkan manfaat buat
kumpulan pengkaji dan pengkaji-pengkaji yang lain.
Rujukan
Abdul
Aziz Zakaria .1993.Portugis Dalam Sejarah Melaka.Dewan Bahasa dan
Pustaka,Kuala
Lumpur.
Sanjay
Ssubrahmanyam .1990.Improvising Empire ,Portuguese Trade and
Settlement in The
Bay of Bengal 1500-1700.Oxford
University Pree,Calcutta ,India
John
Villers.1990.Albuquerque Caeser Timur,Teks-teks Pilihan Oleh Alfonso de
Albuquerque
dan anaknya.Universiti
Malaya.Kuala Lumpur
Shamsul
Amri Baharuddin .2011.Modul Hubungan Etnik.UiTM.Shah Alam,Selangor
Tan
Chee Beng.1989.Journal Of Malaysia :Ethnic Relation In Malaysia,Historical and
Sociological Perspectives.Vol
5 pg 89-96.Universiti Sains Malaysia,Pulau Pinang.
BY: SAIFULLAH,WAHEEDA,RAZI,ADNAN,SHABARIAH,AFIDAH
-UNIVERSITY OF MALAYA_
SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM