KAJIAN KES MASALAH PELAJAR DAN PENYELESAIAN BAGI GURU
Oleh:
NUR WAHEEDAH RAZALI
SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM
UNIVERSITI MALAYA
PENDAHULUAN
Tugasan ini adalah satu kajian kes
berkenaan situasi pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran.Situasi
masalah ini dihadapi oleh seorang guru yang mengajar pelajar tingkatan 5 PD
yang mana kedudukan kelas ini adalah yang terakhir.Pelajar-pelajar kelas ini
terdiri daripada pelajar yang bermasaalah dan lemah dalam pelajaran.Mereka
adalah kalangan yang sukar memahami satu-satu pemasalahan dan tugas.Kajian kes
merungkai masalah pelajar dalam membuat aktiviti berkumpulan dan perbincangan.Cikgu
Laila sebelum ini yang tidak pernah melaksanakan aktiviti perbincangan terhadap
pelajar kelas 5 PD kerana baginya agak sukar mula untuk melakukan teknik
pembelanjaran berkumpulan dan pembelajaran ini.
Pelbagai masalah yang dihadapi dalam mengawasi keadaan kelas
sewaktu proses P&P berlansung.Dalam kajian kes ini kami telah mengaitkan
penyelesaian masalah dengan teori-teori
pembelajaran oleh ahli psikologi.Tujuh soalan telah dikemukakan dalam
merungkaikan situasi dan penyelesaian masalah di dalam pembelajaran kelas 5PD
dan dikaitkan dengan teori pembelajaran yang sesuai.
SITUASI:
Pelajar Lemah Akademik Boleh Berbincang Dalam Kumpulan , Cikgu
Laila Bersama Pelajar Kelas 5PD.
Dulu, saya jarang beri peluang pelajar-pelajar Kelas Corot
untuk buat kumpulan perbincangan. Saya tidak yakin mereka akan menggunakan
peluang yang ada untuk berbincang tentang pelajaran. Saya bimbang mereka akan
mengambil kesempatan dengan bersembang dan bersembang serta membuat bising.
Mungkin yang kena buat kerja ialah pelajar yang agak baik dalam sesuatu
kumpulan. Yang lainnya hanya melepak. Kawalan kelas juga akan menjadi masalah.
Sejak mengaplikasi Teknik
Nabi Muhammad, saya juga mengambil risiko mencuba membenarkan pelajar-pelajar
5PD untuk belajar secara berkumpulan dan memberi peluang kepada mereka membuat
perbincangan kumpulan. Cuma pada hari Selasa yang lepas, ada sedikit kelainan
yang saya buat.
Untuk pertama kali pada tahun ini, saya bawa pelajar-pelajar
5PD ke Makmal Bahasa. Di sana, semua meja besar dan luas. Saya bercadang untuk
menjalankan P&P yang melibatkan aktiviti perbincangan kumpulan.Kalau
sebelum ini, saya memberikan pelajar-pelajar edaran bahan untuk mereka bincang
dan cari jawapan dalam kumpulan. Memanglah setakat ini, hasilnya menggembirakan
hati saya. Namun inilah kali pertama saya melaksanakan aktiviti perbincangan
kumpulan dengan fokus utama pelajar sendiri yang memberi idea.
Selepas saya
terangkan tugasan pelajar, saya edarkan kertas sebak dan pen marker kepada
pelajar. Saya melihat pelajar-pelajar masih terpinga-pinga.
Saya tanya mereka,
"Kamu faham penerangan saya?"
Ramai yang jawab,
"Tidak faham cikgu."
Memang ada kesukarannya kepada pelajar-pelajar corot ini
apabila diberi tugasan mencari isi untuk tajuk karangan yang diberi. Selalunya
isi karangan memang diberi oleh guru. Selalu juga pelajar-pelajar corot tidak
menggunakan otak untuk berfikir. Selalunya semua maklumat 'disuapkan' kepada
mereka.Jadi, saya faham kenapa pelajar-pelajar saya tidak faham apa yang
sebenarnya yang mereka perlu lakukan.
Memandangkan semua pelajar tidak faham, untuk kali kedua
saya terangkan lagi tugasan mereka. Sebenarnya, sewaktu perhimpunan ada
makluman tentang pertandingan menulis esei yang bertajuk "10 perkara yang
akan saya lakukan untuk Malaysia andai saya menjadi Selebriti."
Jadi, saya minta
pelajar saya untuk berbincang tentang perkara tersebut dalam kumpulan. Saya
menjelaskan makna selebriti dan siapa yang dikategorikan sebagai selebriti.
Kemudian, saya meminta mereka supaya memikirkan perkara-perkara yang mereka
akan lakukan untuk masyarakat/orang lain (pelajar saya melihat perkataan
'Malaysia' itu terlalu besar dan susah sangat untuk dilakukan).
Ok. Sudah dua kali saya terangkan. Kemudian saya mendekati
pelajar ikut kumpulan masing-masing. Ada tujuh kumpulan semuanya. Baru sahaja
saya berjumpa dengan satu kumpulan,ahli kumpulan lain pula memanggil saya. Ada
juga tidak sabar menunggu giliran sehingga datang berjumpa saya di tempat
kumpulan lain berkumpul. Mereka memasang telinga. Mereka mahu mendengar
penjelasan saya.
Apabila pergi kepada
kumpulan kedua, saya ulangi lagi penerangan tentang tindakan yang perlu mereka
lakukan. Kalau dikira, ini merupakan kali keempat saya ulangi penerangan.
Selepas kumpulan itu, saya memanggil semua ketua dan menerangkan sekali lagi
tugasan mereka.
Saya dapati
pelajar-pelajar ini sukar memahami perkara-perkara abstrak. Mereka perlu
melihat contoh yang sebaik-baiknya dalam bentuk visual. Kebetulan ada surat
khabar lama dalam Makmal Bahasa, lantas saya gunakan gambar-gambar yang ada
dalam surat khabar sebagai panduan.Contohnya,gambar-gambar selebriti.Selain itu
saya menyuruh mereka memikirkan
selebriti yang popular dan disukai oleh mereka.Saya meminta mereka fikir apakah kebaikan selebriti kesayangan
mereka telah lakukan kepada negara. Barulah mereka faham siapa itu selebriti.
Alhamdulillah! Akhirnya pelajar-pelajar saya faham tugasan yang perlu dilakukan
oleh mereka.
Kesimpulannya, mereka ini boleh berbincang dalam kumpulan.
Cuma yang sukarnya ialah mereka jarang berbuat demikian. Keduanya, mereka perlu
diberi penerangan berulang kali untuk memahami tugasan mereka. Ketiga, guru
perlu kreatif dalam memberi penerangan dan menggalakkan pelajar-pelajar corot
menggunakan otak untuk berfikir.
Hasilnya, pelajar saya tidak dapat menyiapkan tugasan yang
sepatutnya dicatat dalam kertas sebak. Namun, pelajar-pelajar sudah ada
idea-idea yang menarik. Mereka sudah ada senarai tindakan yang mahu dilakukan
oleh mereka andai mereka menjadi selebriti. Biarpun kebanyakan idea seperti
tindakan yang akan dilakukan oleh mereka kalau mereka menjadi jutawan, saya
terima kerana yang penting ialah proses percambahan idea yang mereka lakukan
itu.
Jadi, saya beri mereka kebenaran untuk membawa balik kertas
sebak dan meminjamkan pen marker kepada mereka. Saya memberitahu mereka bahawa
saya akan melihat hasil kerja mereka pada keesokan hari.Ternampak ada
kegembiraan di muka beberapa orang pelajar.Mungkin agak bersemangat ingin
melakukan tugas-tugas tersebut.Saya bersangka baik dengan pelajar-pelajar saya.
Saya yakin mereka akan melaksanakan tugasan.Sama ada sangkaan saya benar atau tidak,
saya pun tidak tahu.
Keesokan
harinya,dalam pukul 1 adalah waktu P&P saya di kelas 5 pd.Semangat saya ke
kelas tersebut melihat hasil kerja mereka.Seusai masuk ke kelas saya menanyakan
tugasan semalam.Ada yang gembira menyerahkan kepada saya.Namun bean seorang yang
tidak menyiapkan tugasan yang saya telah berikan semalam. Malah mengatakan
terlupa.Agak sakit hati saya ketika itu.Namun, saya diamkan sahaja dan melayan
pelajar-pelajar lain yang telah menyiapkan tugasan tersebut. Saya tidak tegur
dan tidak marah. Tidak berbaloi berbuat demikian . Lagi pun itu bukan sunnah Nabi Muhammad. Yang
saya buat hanya menyuruh Bean buat latihan diberi.Kata saya, “Bean Siapkan kerja baru kamu balik.”
Bean buat tidak tahu dan duduk di tempatnya sambil minum air. Waktu
itu, saya tidak mempedulikan Bean tetapi sebaliknya membenarkan pelajar-pelajar
yang lain keluar selepas saya pastikan semuanya menghantar tugasan. Seperti
biasa, pelajar-pelajar menantikan pujian saya. Namun, agaknya kerana fikiran
saya menumpukan kepada mencari jalan penyelesaian menangani Bean, saya kurang memuji pelajar
saya. Yang saya perasan ialah Darshini. Dia menghantar buku dan menunggu saya
memujinya.
Ketika itu saya tersenyum. Saya kata, "Bagus! Apa yang kamu buat
itu betul."
Darshini tersenyum dan kembali ke tempatnya.
Setelah semua pelajar balik, barulah saya mendapatkan Bean. Saya
duduk di sebelahnya dengan membawa buku teks dan tugasan pelajar lain.Tugasan kawannya, saya jadikan contoh untuk
menerangkan apa yang perlu dia lakukan.
Kata saya, “Bean, kamu memang pandai. Saya ajar sekejap sahaja kamu
sudah faham. Kamu boleh buat tugasan ini dalam masa yang singkat.”
Bean tergelak. saya tidak tahu apa yang dia fikirkan. Akhrinya bean
akur dan membuat tugasan walaupun secara tergesa-gesa dan Nampak ringkas.
Tetapi itu semua tidak penting.Yang penting Bean cuba siapkan tugasan yang
diberi.
PERSOALAN
1) Apakah
cadangan teknik pembelajaran awal yang
ingin cikgu laila guna?
Situasi
menceritakan bahawa Cikgu Laila telah memberi peluang kepada para pelajarnya
untuk menjalankan perbincangan dan kerja secara berkumpulan. Hal ini sekaligus
menunjukkan Cikgu Laila telah mengaplikasikan teori pembelajaran Humanistik
terhadap para pelajarnya, iaitu melaksanakan aktiviti kelas dengan menfokuskan
agar pelajar sendiri yang memberi idea.
Berdasarkan
teori Humanisme, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berjaya adalah
bergantung kepada peranan pelajar itu sendiri. Teori ini juga menjelaskan
bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai
kecemerlangan kendiri. Maka, guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan memberi
bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum.
Tokoh
teori Humanisme, Abraham H.Maslow telah memperkenalkan Hierarki Keperluan,
iaitu satu konsep yang menjelaskan tentang keprluan-keperluan manusia yang
perlu dipenuhi bagi mencapai peringkat-peringkat yang tertinggi.
Hierarki Keperluan yang diperkenalkan oleh Maslow, secara
keseluruhannya ia menjelaskan tentang keperluan para pelajar perlu dipenuhi
agar mereka dapat mencapai peringkat yang paling tertinggi iaitu Self-
Actualization. Oleh itu, berbalik pada situasi di atas, Cikgu Laila mengambil
tindakan yang bijak dengan memberi peluang kepada para pelajarnya untuk
menjalankan kerja secara berkumpulan walaupun pada asalnya Cikgu Laila tidak
mempunyai kepercayaan dan keyakinan untuk melakukan sedemikian. Jadi, di sini
jelas menyatakan peluang yang diberikan oleh Cikgu Laila adalah menunjukkan keperluan utama (
Physiological Needs ) para pelajar telah dipenuhi.
Hierarki Keperluan menurut Maslow juga turut menyimpulkan bahawa
guru memainkan peranan untuk meningkatkan perkembangan potensi pelajar . Hal
ini bermakna, adalah menjadi sangat penting untuk seseorang guru memotivasikan
para pelajar agar pelajar merasakan diri mereka bagus, bernilai dan berharga.
Dalam situasi di atas, Cikgu Laila turut mengaplikasikan teori ini terhadap
para pelajar . Walaupun tiada sebarang bentuk ganjaran yang diberikan kepada
para pelajar, namun sikap kepercayaan yang diberikan oleh Cikgu Laila terhadap
para pelajar untuk mereka lakukan perbincangan/kerja dalam kumpulan sudah cukup
memadai bagi mereka memandangkan pada sebelum ini, mereka langsung tidak pernah
melakukannya apatah lagi mereka merupakan pelajar kelas tercorot. Oleh itu,
melalui kepercayaan yang diberikan oleh Cikgu Laila, maka mereka akan merasakan
diri mereka bernilai dan berharga kerana mampu melaksanakan kerja yang
diberikan.
Carl Rogers ( 1969,1983) adalah ahli psikologi Humanistik yang
mempunyai idea-idea yang mempengaruhi pendidikan dan penerapannya. Melalui
bukunya yang sangat popular, Freedom to Learn and Freedom to Learn for 80’s,
beliau mencadangkan agar pengajaran dan pembelajaran berjalan agar lebih
manusiawi, profesional dan bererti. Dalam erti kata yang mudah, teori Humanisme
lebih menekankan ciri-ciri Student Centered Learning ( CSL) iaitu pembelajaran yang
berpusatkan pelajar. Manakala , guru pula mengambil peranan sebagai
fasilitator.
Menurut Carl Rogers lagi, terdapat beberapa pendekatan yang dapat
diaplikasikan.
I.
Belajar
Tanpa Ancaman ( Learning Without Threat )
Proses pembelajaran yang sempurna adalah apabila ianya mudah serta
lancar dilaksanakan dan hasilnya dapat
disimpan oleh pelajar dengan baik apabila proses tersebut berlangsung dalam
lingkungan yang bebas ancaman. Murid dapat menguji kemampuannya, dapat mencuba
pengalaman-pengalaman baru atau membuat kesalahan-kesalahan tanpa mendapat
kecaman yang biasanya menyinggung perasaan. Berdasarkan situasi, Cikgu Laila
telah memberi peluang kepada para pelajarnya untuk melakukan perbincangan/kerja
secara berkumpulan. Tambahan lagi, Cikgu Laila juga telah membawa mereka ke
Makmal Bahasa yang mempunyai meja-meja besar untuk mereka gunakan dengan tujuan
mendedahkan kepada mereka kepada persekitaran pembelajaran yang kondusif
sekaligus member pengalaman baru kepada mereka. Para pelajar tersebut juga
dapat menguji kemampuan mereka untuk melaksanakan tugasan yang diberikan tanpa
mendapat sedikit pun ancaman dan celaan daripada Cikgu Laila.
II.
Belajar
Atas Inisiatif Sendiri ( Self Iniatiated Learning )
Bagi teori Humanistik, proses pembelajaran yang paling signifikan
dan berkesan adalah apabila proses belajar itu adalah atas usaha pelajar itu
sendiri.Kemampuan memilih tujuan belajar sendiri sangatlah memberikan motivasi
dan memberi kesempatan kepada murid untuk “belajar bagaimana caranya belajar”
(to learn how to learn ). Proses pembelajaran dan hasil pembelajaran adalah
atas inisiatif sendiri.Belajar atas inisiatif sendiri juga mengajar murid
menjadi bebas, tidak bergantung, dan percaya pada diri sendiri. Apabila murid
belajar atas inisiatif sendiri, ia memiliki kesempatan untuk membuat keputusan,
menentukan pilihan dan melakukan penilaian. Mereka menjadi lebih bergantung
pada dirinya sendiri dan kurang bersandar pada penilaian pihak lain. Di samping
atas inisiatif sendiri, belajar juga harus melibatkan semua aspek peribadi,
kognitif maupun afektif. Rogers dan para ahli humanistik yang lain menamakan
jenis belajar ini sebagai belajar dengan seluruh peribadi, belajar dengan
peribadi yang utuh. Para ahli humanistik percaya, bahwa pembelajaran dengan
cara ini akan menghasilkan perasaan memiliki (feeling of belonging ) pada diri
murid.
Dengan demikian, murid akan merasa terlibat dalam proses
pembelajaran, lebih bersemangat menangani tugas-tugas dan yang terpenting
adalah senantiasa bersemangat untuk terus belajar.
Berdasarkan situasi ini, Cikgu Laila telah mengarahkan para
pelajarnya untuk melaksanakan kerja secara berkumpulan. Oleh itu, mereka akan
melaksanakan proses pembelajaran secara kendiri, iaitu para pelajar adalah
sebagai pelaku utama (student center) yang memaknai proses pengalaman
belajarnya sendiri. Para pelajar bertanggungjawab memahami potensi diri ,
mengembangkan potensi dirinya secara positif dan meminimalkan potensi diri yang
bersifat negatif. Manakala , peranan Cikgu Laila hanyalah sebagai fasilitator
(pemudahcara) , pemerhati dan sebagai guru yang memberikan motivasi,
menjelaskan kesedaran mengenai makna belajar dalam kehidupan pelajar serta
memfasilitasi pengalaman belajar kepada pelajar
dan juga mendampingi pelajar untuk memperoleh tujuan pembelajaran.
Oleh itu, dapat dibuat kesimpulan bahawa teknik pengajaran yang
diaplikasikan oleh Cikgu Laila dalam situasi di atas adalah berdasarkan teori
Humanistik .
2)
Setelah
diberi penerangan berkali-kali kepada para pelajarnya, barulah mereka memahami
apa yang mereka perlu lakukan. Berdasarkan penyataan ini, apakah kaedah yang
Cikgu Laila gunakan.
Situasi
menunjukkan para pelajar 5PD hanya memahami arahan yang Cikgu Laila setelah
Cikgu Laila mengulanginya beberapa kali. Pengulangan penerangan yang Cikgu
Laila lakukan ini dapat dikaitkan dengan Teori Pelaziman Klasik, iaitu salah
satu teori Behaviourisme.
Teori
Pelazaiman Klasik adalah dipelopori oleh
ahli psikologi Ivan Petrovich Pavlov (1849-1939) merupakan seorang ahli
fisiologi, psikologi dan juga perubatan. Beliau berasal daripada Rusia dan
menurutnya teori pelaziman klasik adalah tentang bagaimana seseorang individu
itu belajar dan menguasai tingkah laku. Di samping itu, teori ini juga menyatakan
bahawa pembelajaran berlaku apabila tindakan secara berulang-ulang dilakukan ke
atas sesuatu benda ataupun benda hidup sehingga ia menjadi satu kebiasaan dan
tingkah laku yang berulang ini dapat mengekalkan peneguhan.
Berdasarkan
teori ini juga, setiap ransangan akan menimbulkan gerak balas. Manakala, gerak
balas pula bermaksud apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat daripada
ransangan yang dilakukan. Dan, ransangan pula adalah apa sahaja bentuk tenaga
yang mampu untuk menimbulkan gerak balas. Proses pembelajaran boleh berlaku
akibat kaitan di antara ransangan dengan gerak balas. Ransangan juga boleh
dikaitkan dengan satu ransangan yang lain untuk mendatangkan suasana
pembelajaran. Pembelajaran yang berlaku kerana perkaitan dinamakan pelaziman
manakala pembelajaran akibat dari perkaitan dua ransangan di namakan pelaziman
klasik.
Disini,
dapat dijelaskan bahawa pada permulaannya, walaupun diberi arahan oleh Cikgu
Laila, namun para pelajarnya tidak melakukan tugasan yang diberi kerana tidak
dapat memahami penerangan yang dijelaskan oleh Cikgu Laila, kemudiannya setelah
Cikgu Laila membuat pengulangan penerangan dan mula mendekati pelajarnya dari
satu kumpulan ke kumpulan yang lain, mereka mula memahami dan melaksanakan
kerja yang diberikan. Oleh itu, disini telah berlaku proses teori pelaziman
klasik kerana adanya dua ransangan, iaitu arahan dan contoh yang diberikan oleh
Cikgu Laila dan tindakbalas daripada pelajar.
Menurut
teori Ivan Pavlov juga, teori beliau adalah berasaskan tingkah laku eksplisit
iaitu perlakuan dimana boleh melihat apa yang berlaku yang ditunjukkan oleh
seseorang individu. Hal ini kerana perlakuan tersebut boleh diukur dan dinilai
dalam sesuatu kajian. Di samping itu, fikiran dan cara minda seseorang
beroperasi juga boleh diramal melalui perlakuan seseorang individu itu. Beliau
juga menyatakan tindak balas automatik berlaku disebabkan oleh sesuatu
ransangan daripada persekitaran dan ia boleh diubah dengan memanipulasikan
ransangan dan ini disebut pelaziman.
Oleh
itu, berdasarkan situasi di atas, Cikgu Laila telah mengaplikasikan teori Ivan
Pavlov dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Contohnya, pelajar kelas
5PD adalah merupakan golongan pelajar corot, disebabkan itu, mereka malas untuk
melakukan proses berfikir. Namun begitu, Cikgu Laila tidak memarahi pelajarnya
kerana memahami keadaan mereka, sebaliknya Cikgu Laila berusaha untuk
mendatangkan kefahaman kepada mereka, iaitu dengan memberi penerangan secara
berulang kali dan juga cuba melakukan ransangan dengan menunjukkan contoh kerja
yang dilakukan. Hasilnya, disebabkan oleh perlakuan yang Cikgu Laila lakukan
dapat diukur dan dinilai oleh para pelajar, mereka meberi tindak balas yang baik,
iaitu mula memahami dan melaksanakan kerja yang diberikan. Disini, jelas menunjukkan proses ransangan
daripada persekitaran dan memanipulasi ransangan telah berlaku.
Menurut
Ivan Pavlov lagi, Model Pelaziman yang beliau perkenalkan mempunyai tiga
peringkat iaitu :
i. Peringkat sebelum
Pelaziman
ii. Peringkat semasa
Pelaziman
iii. Peringkat selepas
Pelaziman
• Peringkat Sebelum
Pelaziman
Peringkat ini merujuk kepada
satu keadaan semulajadi di mana keadaan sesuatu organism itu menunjukkan
reaksi-reaksi yang berlaku secara semulajadi.
Contoh : Keadaan para pelajar kelas 5PD ( yang mana mereka
merupakan antara pelajar kelas yang tercorot dan malas untuk melakukan proses
belajar dan berfikir ).
Jadi, ini merupakan keadaan semulajadi mereka.
• Peringkat Semasa
Pelaziman
Dalam peringkat ini, Pavlov cuba menukar keadaan semulajadi bagi
melihat perubahan tingkah laku organism.
Contoh : Cikgu Laila memberi arahan kepada para pelajar untuk
melaksanakan tugasan yang diberikan. Namun, pada peringkat permulaan, tiada
sebarang tindakbalas yang dilakukan oleh para pelajar. Mereka tidak dapat
memahami apa yang cuba disampaikan. Pengulangan arahan diberikan sebanyak tiga
kali dan Cikgu Laila mula mendekati para pelajarnya daripada satu kumpulan ke
kumpulan yang lain. Hasilnya, para pelajar mula memberi tindak balas yang
positif. Mereka memahami arahan yang diberikan dan melaksanakan tugasan yang
diberi.
Jadi, disini telah berlaku perubahan tingkah laku organism.
• Peringkat Selepas
Pelaziman
Pada peringkat ini, organism akan memperolehi satu siri tingkah
laku yang baru iaitu, setiap ransangan yang dilakukan terhadapnya akan
menimbulkan gerak balas. Seseorang individu dan manusia akan memberi respon
apabila sesuatu ransangan yang menarik minat mereka ditunjuk ataupun diulangi.
Contoh : Pada peringkat awal, para pelajar 5PD tidak memberikan
sebarang tindakbalas terhadap arahan yang diberikan oleh Cikgu Laila . Namun
begitu, selepas ransangan yang dilakukan oleh Cikgu Laila, iaitu dengan
mengulangi arahan yang diberikan dan mendekati para pelajarnya, mereka mula
menunjukkan minat dan memberi tindakbalas yang baik. Berkemungkinan pada masa
akan datang juga, jika proses pembelajaran dilakukan terhadap para pelajar 5PD,
Cikgu Laila perlu melakukan suatu proses pengajaran yang dapat menarik minat
mereka terutamanya dalam memberi kefahaman kepada mereka. Hal ini adalah untuk
mendedahkan proses pelaziman kepada mereka.
3)
Pada
senario di atas, cikgu Laila telah memberikan tugasan kepada para pelajarnya
dan berkali-kali menerangkan apa yang
perlu dilakukan oleh pelajar-pelajarnya, namun mereka masih lagi tidak mengerti apa yang harus mereka lakukan.Cikgu Laila
telah menggunakan bahan bantu mengajar bagi memahamikan para pelajarnya.Apakah
jenis kaedah yang telah dia lakukan?
Menurut senario di atas cikgu Laila
telah menggunakan surat khabar sebagai contoh atau bahan bantu mengajar untuk
para pelajarnya lebih memahami apa yang meraka perlu lakukan dan apa maknanya
selebriti yang dimaksudkan.Selain itu menyuruh pelajar membayangkan selebriti kesayangan mereka yang
telah sedia ada dan merasakan andai mereka adalah selebriti kesayangan mereka
itu.Jika mereka ditempat selebriti itu apakah yang meraka akan lakukan.Ini
kerana dengan hanya penerangan para pelajarnya sukar untuk faham.Akhirnya
dengan contoh gambaran visual yang terdapat dalam surat khabar tersebut pelajar
telah tahu apa yang sebenarnya mereka perlu lakukan dan mereka dapat
menyelesaikan tugasan mereka.
Penyelesaian masalah yang dilakukan
oleh cikgu Laila menunjukkan bahawa penyelesaian masalah tersebut bersesuain
dengan salah satu teori Psikologi iaitu teori pembelajaran Albert Bandura .Iaitu Teori
Pemerhatian atau Teori Pemodelan.Teori
pembelajaran Albert Bandura ini
menjelaskan perilaku manusia dalam konteks intraksi timbal balik yang
berkesinambungan antara kognitif,perilaku dan pengaruh lingkungan. Proses
belajar seseorang itu terjadi melalui beberapa cara iaitu imitasi, identifikasi
atau belajar melalui model. Menurut Bandura, sebagaiman yang dikutip oleh (Kard
,S, 1997: 14) bahawa “sebahagian besar manusia belajar melalui pengamatan
secara selektif dan mengingat tingkah laku orang lain” Inti dari pembelajaran
social pemodelan adalah salah satu langkah
paling penting dalam pembelajaran.
Dalam situasi tersebut pelajar di
suruh melihat visual atau gambar-gambar selebriti.Mereka mengandaikan mereka
adalah seorang selebriti dan apa yang mereka akan lakukan kepada masyarakat
apabila mereka adalah selebriti.Dalam keadadan ini pelajar perlu kenal siapa
selebriti dan mereka perlu seorang salami sedalam-dalam makna selebriti agar
mereka dapat melaksanakan tugasan oelah cikgu Laila.Mereka menjadikan
gambar-gambar selebriti pada surat khabar sebagai model untuk mereka tiru.Ini
menunjukkak model copying atau tiru oleh Bandura telah digunakan.Pelajar meniru
gaya selebriti bagi merasa kedalam diri sebagai andai mereka adalah selebriti.
Teori Pemerhatian untuk menjelaskan
pelbagai tingkah laku sosial yang boleh
dipelajari oleh pelajar.Pelajar memerhati gambaran selebriti pada surat khabar
untuk tahu dan membuat tindakan yang seterusnya iaitu menyenaraikan apa yang
mereka akan lakukan kepada masyarakat jika mereka adalah seorang selebriti.
Berdasarkan Teori Pembelajaran
Sosial yang dipelopori oleh Albert Bandura, pemerhati akan meniru setiap
tingkahlaku 'model' sekiranya tingkahlaku model tersebut mempunyai ciri-ciri
seperti bakat, kecerdasan, kuasa, kecantikan atau pun populariti yang diminati
oleh pemerhati.
Sudah tentu, sebagai seorang guru,
kita sewajarnya turut mempunyai sedikit sebanyak mengenai ciri-ciri yang
disebutkan di atas. Ia secara tidak langsung amat berkait rapat terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran.Antara implikasi yang berkait rapat dengan Teori
Pembelajaran Sosial Albert Bandura terhadap pengajaran dan pembelajaran situasi
kelas cikgu Laila adalah cikgu Laila telah memberi setiap orang murid peluang
untuk memerhati dan mencontohi pelbagai jenis model yang menunjukkan
tingkahlaku yang diingini.
Cikgu Laila sebagai guru telah memastikan dan berusaha menyediakan
persekitaran sosial yang kondusif agar modeling boleh berlaku. Perkara seperti
memberi insentif, pengukuhan dan sokongan moral diberi kepada murid-muridnya
secara berterusan bagi menggalakkan berlakunya tingkahlaku yang baik dalam
kalangan murid-muridnya dan mereka dapat menyenaraikan bakti mereka kepada
masyarakat sekiranya mereka adalah seoarang selebbriti.Maka pembelajaran dan
tugasan yang diberikan kepada pelajarnya dapat dilakukan.
Beberapa elemen pembelajaran sosial
juga telah berlaku iaitu “Attention” iaitu penumpuan terhadap seseorang
yang berpengaruh atau mempunyai kuasa.Pelajar harus menfokus kepada bidang selebriti aitu sesuatu
yang sangat popular dan terkenal dalam masyarakat.Cikgu laila telah menggunakan
elemen “Retantion” iaitu menjelaskan satu persatu dan pelajar mengambil serta
mengamatinya.
Maka jelaslah penyelesaian cikgu
Laila terhadap masalah muridnya dalam menyiapkan tugasan adalah menjadikan
gambaran visual dan selebriti sebagai model atau contoh untuk pemerhatian dan
pengamatan kepada para pelajarnya bagi menyiapkan tugasan mereka.
4) Berdasarkan situasi dialog
diatas menunjukkan bahawa pelajar tingkatan 5PD telah diberikan tugasan untuk
berbincang berkenaan isi yang boleh dihuraikan berdasarkan tajuk yang
diberikan. Senario yang ditunjukkan di atas menunjukkan bahawa pelajar
tingkatan 5PD kurang memahami tajuk yang
telah diberikan oleh cikgu Laila kepada mereka. Tajuk yang diberikan itu
terlalu umum bagi mereka yang mempunyai tahap pencapaian yang sederhana di
dalam kelas. Oleh yang demikian apakah
tindakan yang diambil oleh cikgu Laila dan pendekatan apakah yang digunakan
bagi menyelesaikan situasi yang dihadapi oleh pelajar pelajar bagi mengelakkan
mereka tidak dapat menyelesaikan tugasan dengan lengkap dan sempurna?
Sebagai seorang guru, cikgu Laila
menyelesaikan masalah terhadap situasi yang berlaku dengan menggunakan teori
pembelajaran yang diperkenalkan oleh ahli psikologi terkenal iaitu Teori
Pembelajaran pembelajaran adalah satu proses aktif yang dapat membolehkan
seseorang itu menguasai secara mendalam informasi yang diberikan serta
mempelajari macam mana beberapa perkara dapat dikaitkan secara bermakna. Bruner
juga menekankan penguasaan konsep untuk pelajar melihat sesuatu gambaran secara
keseluruhan. Justeru itu pelajar atau kanak kanak sepatutnya diajar untuk
memahami konsep dan bukan mengaplikasikan sesuatu konsep tanpa pemahaman yang
signifikan.
Di dalam teori Pembelajaran Bruner, beliau turut menekankan proses pendekatan dan cara menerima informasi
akan mempengaruhi pengurusan perubahan maklumat semasa peningkatan umur.Di
samping itu Bruner berpendapat bahawa peranan guru di dalam mencipta situasi
yang mana pelajar dapat belajar sendiri tanpa terlalu disuap maklumat oleh
guru.
Bruner juga turut mengeluarkan kenyataan di dalam bukunya
“We teach a subject not to produce little libraries on that
subject, but rather to get a student to think for himself to consider matter as
historian does to take part in the process of knowledge getting knowing is a
process, not a product”
Oleh yang demikian tindakan cikgu Laila adalah bertujuan supaya
pelajar menggunakan minda masing masing dengan sedaya upaya meskipun mereka
tidak mempunyai pengetahuan yang sebaiknya mengenai tajuk mereka. Namun begitu
cikgu Laila terlebih dahulu membantu mereka dengan memberi gambaran lain yang
mempunyai kesamaan dengan tajuk tersebut.
Kajian Jerome Bruner menunjukkan bahawa guru seharusnya membekalkan
kanak-kanak dengan pelbagai pengalaman untuk membantu mereka menemui idea,
konsep atau pola yang diperkenalkan. Untuk itu, Bruner mengalakkan pembelajaran
induktif untuk memotivasikan pembelajaran yang aktif dan pembentukan konsep
yang difahami. Bruner adalah seorang yang menyokong pemikiran induktif yang
bermula dari spesifik ke umum. Menggunakan pengalaman seseorang dan
mengaplikasikannya dalam situasi lain juga adalah satu contoh pemikiran
induktif.
Kaedah induktif juga merupakan salah satu kaedah mengajar yang
sesuai digunakan dalam pelbgai matapelajaran yang memerlukan kepada pemikiran dan
inkuiri penemuan yang banyak. Kaedah induktif turut digunakan oleh cikgu Laila
iaitu apabila beliau menerangkan konsep selebriti dengan menerangkan maksud
definisi apa itu selebriti. Kemudian dituruti dengan contoh contoh yang
berkaitan dengan selebriti. Ini adalah sebagai langkah awal supaya pelajar
dapat menyusun serta menerima maklumat secara teratur dan tersusun di dalam
minda mereka.
Pendekatan induktif juga melibatkan aktiviti mengumpul dan menafsir
maklumat –maklumat kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan dalam
menghasilkan tajuk atau tugasan. Dalam penggunaan kaedah induktif ini, guru
akan memulakan pengajaran dengan memberikan contoh yang khusus setelah
penerangan secara umum. Dalam contoh yang diberikan murid murid akan cuba
menggabungkan contoh tersebut dengan tajuk yang diberikan. Sebagai contoh
didalam kelas, cikgu Laila memberikan
contoh yang lebih dekat dengan mereka seperti apa yang mereka ingin lakukan
terhadap masyarakat suatu hari nanti apabila mereka telah dewasa.
Dengan contoh sebegini pelajar dapat melihat dengan lebih mudah
kerana situasi itu hampir dengan mereka. Secara realitinya pelajar sebenarnya
lebih sukakan penerangan secara abstrak dan dikaitkan dengan persekitaran yang
hamper dengan mereka.Berdasarkan apa yang kita lihat sebenarnya teori Ausubel
juga turut menggunakan teori induktif ini dimana beliau menerangkan konsep
daripada umum kepada khusus.Konsep induktif atau lebih dikenali dalam teori
Ausubel iaitu konsep pembelajaran Superodinat. Pembelajaran ini dimulai dengan
konsep konsep khusus kemudian pelajar akan memahami mngkaji dan memerhati
setelah itu barulah dilakukan proses membuat prinsip atau generalisasi dari
pemerhatian tadi.
Dapat disimpulkan di sini bahawa cikgu Laila telah mengambil
inisiatif yang terbaik dengan menggunakan teori kognitif yang dikemukakan oleh
Jerome Bruner iaitu beberapa pendekatan penemuan dan kaedah induktif. Cikgu
Laila memberikan penerangan secara baik tentang tajuk yang pelajar perlu
selesaikan meskipun mereka agak lemah. Di sini menunjukkan peranan guru dalam
mempelbagaikan strategi pengajaran supaya pelajar dapat mencapai matlamat
mereka dalam menguasai subjek sekaligus menggunakan idea idea dan pemikiran
kreatif dan kritis dalam pembelajaran.
5)
“Jadi,
saya beri mereka kebenaran untuk membawa balik kertas sebak dan meminjamkan pen
marker kepada mereka. Saya memberitahu mereka bahawa saya akan melihat hasil
kerja mereka pada keesokan hari.Ternampak ada kegembiraan di muka beberapa
orang pelajar.Mungkin agak bersemangat ingin melakukan tugas-tugas
tersebut.Saya bersangka baik dengan pelajar-pelajar saya. Saya yakin mereka
akan melaksanakan tugasan.Sama ada sangkaan saya benar atau tidak, saya pun
tidak tahu .”Berdasarkan
situasi dialog diatas, adakah keputusan cikgu Laila memberi kebenaran kepada
pelajar untuk membawa pulang alat alat yang diberikan serta menyiapkan tugasan
di rumah adalah satu tindakan yang wajar? Dan apakah teori pendekatan yang
digunakan?
Senario yang berlaku di dalam kelas Cikgu Laila menunjukkan bahawa
pelajar lebih bersemangat apabila guru memberikan kepercayaan serta peluang
kepada mereka untuk menyiapkan tugasan tersebut di rumah. Justeru itu apakah
inisiatif yang digunakan oleh cikgu Laila bagi merangsang pelajar pelajarnya supaya dapat meyiapkan
tugasan yang diberikan pada masa yang ditetapkan?
Cikgu Laila bijak mengambil pendekatan yang telah diperkenalkan
oleh ahli psikologi terkenal dalam mazhab Humanism iaitu tokoh Carl Rogers.
Cikgu Laila bijak menggunakan serta mengaplikasi teori humanistik Carl Rogers
dalam pembelajaran di mana guru menggalakkan para pelajarnya untuk lebih
berfikir secara induktif, mementingkan pengalaman, serta memerlukan penyertaan
pelajar dalm proses pembelajaran secara menyeluruh. Menurut Carl Rogers (1942)
kepercayaan asas bahawa kebolehan
seseorang individu untuk bergerak ke hadapan dalam keadaan yang membina
sekiranya terdapat suasana yang menggalakkan perkembangan. Menurut beliau juga
manusia boleh diberi kepercayaan, boleh mencari jalan, boleh memahami diri
mereka sendiri, boleh membuat perubahan kearah membina sesuatu yang baik serta
menjalani kehidupan yang lebih baik. Malahan Rogers menolak dakwaan segelintir
golongan ahli psikologi dan falsafah yang mengatakan bahawa manusia adalah
makhluk yang tidak boleh diberi kepercayaan, perku dipaksa dan digalakkan,
dikawal dan diuruskan oleh golongan yang lebih berkuasa.
Selain itu juga , Carl Rogers turut menyarankan beberapa garis
panduan di dalam menjalankan proses pengajaran di mana guru perlulah mengetahui
bahawa setiap individu (pelajar) mempunyai kecenderungan dan hasrat tersendiri
untuk mencapai kesempurnaan kendiri.
Sebagaimana yang ditunjukkan oleh pelajar pelajar cikgu Laila ketika cikgu
Laila memberi keizinan untuk menyelesaikan tugasan di rumah serta membenarkan
mereka membawa pulang bahan bahan yang dibekalkan seperti marker dan kertas,ini
menunjukkan bahawa tingkah laku yang ditonjolkan oleh mereka adalah selaras
dengan konsep kendiri dan kepercayaan kepada kebolehan diri mereka dalam menyelesaikan
tugasan tersebut.
Guru juga seharusnya memberi kepercayaan yang penuh terhadap
pelajarnya dalam menyelesaikan tugasan. Pelajar akan lebih bersemangat
sekiranya guru memberi kebebasan kepada mereka menyelsaikan tugasan yang
diberikan dengan daya usaha serta pemikiran kreatif dan kritis mereka sendiri.
Ini bertepatan dengan konsep yang diketengahkan oleh Carl Rogers yang
menekankan bahawa keutamaan kepada prinsip pembelajaran yang berasaskan
kebebasan. Menurut kajian dan pemerhatian beliau, bahan bermakna yang digunakan
ketika pembelajaran juga seharusnya seiras dengn objektif pelajaran pelajar itu
sendiri supaya dapat mendorong pelajar tersebut menyertai aktiviti
pembelajaran.
Di dalam teori Rogers, ia menyatakan bahawa keberkesanan
pembelajaran akan lebih dapat dihasilkan apabila pelajar itu sendiri yang
berusaha mengambil inisiatif sendiri dan pada masa yang sama melibatkan diri
sepenuhnya di dalm aktiviti pembelajaran. Namun begitu guru sewajarnya juga
menjalankan pemantauan setelah mereka menyerahkan tugasan . Sebagaimana situasi
cikgu Laila yang mana pada keesokan harinya ramai pelajar menyerahkan tugasan
kepadanya. Ini menunjukkan pelajar mempunyai kebolehan menyelesaikan masalah
mereka setelah diberi pendedahan dan penerangan berkenaan dengan tajuk
tersebut.
Sekiranya ingin meningkatkan lagi tahap penguasaan pelajar, cikgu
Laila sewajarnya membimbing pelajarnya supaya menilai hasil pembelajaran
dirinya demi mempertingkatkan pemikiran reflektif dan kemahiran kreatif mereka.
Di samping itu juga Carl Rogers turut
memberi garis panduan untuk diaplikasikan di dalam konteks pendidikan
khususnya. Antaranya adalah:
1.Hubungan relatif dengan pelajar
Ini menunjukkan bahawa guru perlulah menjadi dirinya sendiri serta
mampu untuk berkomunikasi serta dapat bersama dngan pelajar di dalam ruang
lingkup pelajar itu sendiri.
2. Penghargaan, penerimaan,
dan kepercayaan
Guru perlulah sentiasa menghargai pendapat, menghormati perasaan,
dan sebagainya di samping membuat pelajar merasa diri mereka diterima oleh guru
dan rakan rakan. Dengan adanya penerimaan tersebut, maka akan muncul
kepercayaan akan satu dengan lainnya.
Ketahuilah bahawa kepercayaan terhadap kebolehan murid adalah salah satu
factor penting dalam perkembangan kognitif mereka. Hal ini adalah kepercayaan
daripada orang sekeliling dapat memberi semangat serta dorongan kepada mereka
untuk lebih melakukan perubahan yang lebih baik dalam mencipta sesuatu yang
baru terutamanya prestasi di dalam pelajaran.
3. Pengertian yang empati
Untuk suasana belajar atas dasar kemahuan diri, seorang guru itu
haruslah memiliki sifat pengertian yang
empati terhadap reaksi murid
muridnya dari ruang lingkup pelajar itu
sendiri. Guru harus memiliki kesedaran yang lebih sensitif supaya proses
pendidikan penilaian dan evaluasi. Pengertian yang dijalankan adalah dari sudut
pelajar tersebut bukan dari guru.
Situasi yang dialami oleh cikgu Laila menunjukkan bahawa cikgu
Laila perlulah mempunyai sifat empati dan penghargaan terhadap hasil kerja yang
diselesaikan oleh pelajarnya. Walaupun ada sebahagian mereka yang tidak dapat
menyelesaikan tugas tersebut dan diantara mereka terlupa untuk menghantar. Hal
ini kerana ia adalah sebagai perangsang dan memberi maklum balas kepada pelajar
diatas hasil kerja mereka. Wajar guru itu mengetahui bahawa pelajar inginkan
penghargaan di dalam subjek dan tugasan yang diselesaikan oleh mereka supaya
mereka dapat mengetahui apakah tingkat kemahiran dan kebolehan mereka di dalam
sesuatu kerja.
Sebagaimana yang berlaku salah seorang daripada pelajarnya gagal
menghantar tugasan yang diberikan sehingga membuatkan cikgu Laila berasa sakit
hati dan hilang perhatiannya kepada pelajar yang lain. Seharusnya cikgu Laila
tidak meletakkan emosinya lebih tinggi berbanding keadaan pelajar tersebut.
Oleh itu, bertepatanlah yang dijelaskan oleh Rogers bahawa seorang guru itu
perlu mempunyai rasa empati terhadap individu lain terutamanya pelajarnya
sendiri. Cikgu LAila haruslah menyelidiki dna merasai situasi dan masalah yang
kemungkinan dihadapi oleh pelajar Bean tersebut . Boleh jadi dia tidak dapat
menghantar tugasan tersebut kerana tidak faham, atau kehilangan alat tugasan
tersebut. Senario ini kerap kali berlaku di alam persekolahan kerana setiap
individu mempunyai perbezaan kognitif yang berlainan.
Terdapat individu yang cepat penguasaan dan pemahamannya dan ada
yang agak lambat penguasaannya. Sepertimana yang berlaku kepada Bean, dia dapat
melakukan tugasan tersebut apabila cikgu Laila dapat berkomunikasi dan memberi
pengargaan yang baik kepada dia.Apabila berlakunya komunikasi maka guru
tersebut dapat membantu pelajar tersebut menyelesaikan masalah dengan baik.
Justeru tindakan cikgu Laila yang menggunakan pendekatan teori Carl Rogers
adalah sangat bertepatan dengan situasi yang berlaku di dalam kelas tingkatan 5
PD.
6)
Dengan
menggunakan teori apakah cikgu Laila memberi peneguhan kepada pelajarnya yang
menyiapkan latihan yang diberi?
Berdasarkan
masalah di atas, cikgu Laila cuba memberi perhatian kepada semua pelajarnya
tidak mengira sama ada pelajar tersebut membuat apa yang disuruh atau pun
tidak. Dalam situasi sebegini, cikgu Laila menggunakan pelaziman operan dibawah
teori pembelajaran Behaviorisme. Operan bermaksud tindakan yang subjek atau
organism mulakan, atau gerak balas sukarela. Berjalan, menari, senyum, berborak
adalah contoh operan (tindakan) manusia yang umum.
Pelaziman
operan berlaku apabila konsekuen yang mengikuti sesuatu operan (tindakan)
adalah sama ada meningkatkan atau mengurangkan kemungkinan operan akan
dilakukan lagi dalam situasi yang sama pada masa akan datang. Dalam perkataan
yang lain, kekerapan relatif atau kekuatan sesuatu tindakan itu adalah diubah
semasa pelaziman operan. Secara mudah, sekirannya sesuatu operan itu diikuti
secara berulang-ulang oleh kesudahan (hasil) yang menyeronokkan pembelajaran,
maka tindakan itu akan cenderung dilakukan lebih kerap kali dalam kondisi yang
sama. Sekiranya tingkah laku diikuti oleh konsekuen atau kesudahan yang tidak
menyeronokkan, maka ianya akan kurang cenderung diulang dalam keadaan demikian.
Dalam situasi diatas, kita dapat melihat cikgu Laila cuba memberi hasil yang
menyeronokkan kepada pelajarnya yang menyiapkan latihan yang diberinya.
Contohnya Darshini, cikgu Laila memberi satu pujian kepadanya sebagai satu
ganjaran atau hasil yang menyeronokkan supaya Darshini merasakan dia perlu
menyiapkan latihan pada masa yang akan datang supaya dia mendapat pujian dari cikgu
lagi.
Di
peringkat awal, pelaziman operan banyak dikaitkan dengan dua orang tokoh utama
iaitu Edward Thorndike (pengasas) dan B.F Skinner. Dalam pelaziman operan,
peneguhan akan memperkukuhkan tingkah laku. Peneguhan akan mengikuti tindakan
yang diperkuatkan. Misalnya, setelah melakukan tingkah laku (membuat
latihan), Darshini memperolehi peneguhan
(pujian) dan peneguhan ini memperkuatkan lagi tingkah lakunya (iaitu cenderung
untuk diulang pada masa akan datang). Dengan itu, dalam pelaziman operan, subjek
adalah diperteguhkan oleh kesan atau konsekuen yang menyeronokkan (pujian). Dua
jenis peneguhan operan dikenal pasti sebagai peneguhan positif dan peneguhan
negetif.
Bagi
situasi kelas di atas, cikgu Laili tidak menggunakan peneguhan negatif kepada pelajarnya, tetapi menggunakan peneguhan positif.
Peneguhan positif merujuk kepada konsekuen atau hasil tingkah laku yang
positif, agar tingkah laku akan sering diulang kembali. Contoh yang lain,
tingkah laku yang tepat di kalangan burung merpati menyebabkan ia menerima
peneguhan positif iaitu makanan. Dalam bahasa umum, ia dirujuk sebagai ganjaran
positif. Apabila melakukan tingkah laku yang betul, kita biasanya menerima
ganjaran sama ada dalam bentuk pujian atau pun material. Tingkah laku yang
sering diulang kembali akibat diberi ganjaran dikenali sebagai gerakbalas
operan, sementara konsekuen positif (ganjaran) dinamakan sebagai peneguh
positif.
Peneguhan
positif dapat dikategorikan kepada tiga, iaitu peneguh asas, peneguh sekunder
dan peneguh sosial:
1.
Peneguh
asas. Peneguh yang secara semula jadi adalah meneguhkan dan tidak perlu
diperolehi melalui pembelajaran. Makanan, air, kehangatan, rangsangan, aktiviti
fizikal, dan kepuasan seksual adalah contohnya. Ia kadang kala dinamakan
sebagai peneguh yang tidak dipelajari.
2.
Peneguh
sekunder. Peneguh yang memainkan bahagian penting dalam pelaziman operan.
Peneguh ini dipelajari melalui pelaziman klasik. Ianya menjadi peneguh kerana
ia dikaitkan dengan rangsangan lain. Contohnya, wang sebagai peneguh sekunder,
kerana wang dikaitkan dengan keupayaan menjadi sesuatu yang kita kehendaki.
3.
Peneguh
sosial. Peneguh ini bergantung kepada orang lain. Peneguh sosial yang biasa adalah seperti kemesraan,
perhatian, penerimaan, pengiktirafan, senyuman, dan penghormatan.
Keberkesanan aplikasi peneguhan positif ,Tiga isu penting perlu
diberi perhatian dalam menggunakan peneguhan positif:
1.
Kesegeraan.
Peneguhan positif mestilah diberikan dalam jangka masa yang segera (dengan
cepat) selepas gerak balas ;sekiranya tidak, pembelajaran akan berlaku dengan
perlahan. Maksudnya, sebaik sahaja tindakan dilakukan, ganjaran positif
perlulah diberikan dengan segera. Penangguhan dalam memberi peneguhan boleh membantutkan
pembelajaran.
2.
Konsistensi
dalam pemberi peneguhan. Untuk pembelajaran berlaku, individu yang meneydiakan
peneguhan positif mestilah secara konsisten (berterusan) memberikan peneguhan
selepas gerak balas dilakukan, khususnya penting di peringkat awal proses
pembelajaran .
3.
Peneguh
positif yang digunakan mestilah yang dapat memberikan peneguhan. Peneguh positif (ganjaran) mestilah yang
dapat menarik, menyenangkan, atau
menyeronokkan subjek, sehingga mempu menggerakkan subjek untuk mengulanginya
tingkah laku pada masa yang akan datang. Tegasnya, ganjaran mestilah menarik.
7)
Apakah
jenis hukuman yang digunakan oleh cikgu Laila??
Sebagaimana
yang telah kita ketahui, cikgu Laila menghadapi masalah dalam semasa di dalam kelas 5PD. Darshini tidak
menyiapkan latihan yang diberikan. Cikgu Laila tidak mahu memarahi Darshini
hanya semata-mata untuk memuaskan hatinya sahaja. Bahkan ckigu Laila mahu
memberi hukuman kepada Darshini supaya pelajar itu tidak mengulangi kesalahan
yang sama pada masa yang akan datang.
Mengikut teori
Edward Thorndike, Hukuman ini kadang kala konsekuen (akibat) sesuatu tingkah
laku adalah negatif, dan kesannya ialah kekerapan tingkah laku tersebut diulang
semula semakin menurun. Dengan perkataa lain, tingkah laku itu telah dihukum.
Dari sudut ini, ahli-ahli psikologi menyatakan sesuatu hukuman terjadi apabila,
dan hanya apabila operan (tingkah laku)
dilemahkan oleh konsekuen yang mengikutinya. Tegasnya hukuman adalah konsekuen
negetif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan tingkah laku yang menyebabkan hukuman tersebut.Maka dapat
dikaitakan dengan hukuman yang cikgu Laila jalankan keatas Darshini, Darshini
tidak menyiapkan latihan yang diberi (operan) di hukum oleh cikgu Laila supaya
menyiapkan latihan pada masa yang singkat (konsekuen negetif), maka
kecenderungan untuk tidak menyiapkan latihan pada masa akan datang akan
berkurang.
Hukuman boleh
berlaku dalam bentuk memberikan ketidakselesaan (misalnya kesakitan ) dan
menarik balik atau menahan ganjaran. Jesteru itu, hukuman boleh dibahagikan
kepada dua jenis iaitu hukuman positif dan hukuman negatif:
1.
Hukuman
positif. Hukuman positif terjadi apabila sesuatu operan dilemahkan oleh
penggenaan sesuatu peristiwa yang mengikutinya. Peristiwa yang dihadirkan atau
dikenakan itu dinamakan sebagai hukuman. Sebagai satu peneguhan, “positif” merujuk
kepada pengenaan konsekuen itu. Perkataan “hukuman” secara kasar menyamai
perkataan “pelemah”.
2.
Hukuman
negative. Hukuman negative berlaku apabila operan dilemahkan denagn
penghilangan atau pengangguhan peneguh yang mengikutinya. “Negatif” di sini merujuk
kepada penghilanagn konsekuen. “Hukuman” pula bermaksud pelemah. Dua jenis
hukuman negative yang biasa digunakan ialah:
i.
Kos
gerakbalas. Tingkah laku dilemahkan kerana ia menyebabkan kehilangan peneguh.
Contohnya, dengan mengurangkan duit belanja sekolah boleh menyebabkan Ali cepat
balik ke rumah selepas sekolah. Ini menunjukkan kecenderungan untuk seseorang
itu berbuat sesuatu yang buruk semakin berkurang kerana khuatir ganjaran yang
diterima dikurangkan atau ditarik balik.
ii.
ii. “Omission training”. Tingkah laku
dilemahkan kerana peneguh ditangguhkan setiap kali tindakan yang akan
dihapuskan itu dilakukan. Peneguh akan diberi hanya apabila gerak balas yang
tidak diingini itu tidak dilakukan. Misalnya kita memberi wang sepuluh ringgit
setiap 24 jam kepada teman sebilik kita sekiranya beliau tidak merokok dalam
bilik. Sekiranya beliau merokok maka ganjarannya terbatal dan ditangguhkan
untuk tempoh 24 jam selepas iu.
Berdasrakn
jenis hukuman yang dinyatakan di atas, hukuman positif adalah jenis hukuman
yang digunakan oleh cikgu Laila sebagai dendaan kepada Darshini kerana tidak
menyiapkan latihan yang diberikannya. Tingkah laku Darshini yang tidak
menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh cikgu itu dilemahkan dengan hukuman
yang dikenakan keatasnya. Apabila Darshini dikenakan hukuman, dengan sendirinya
dia akan membuang sikap malasnya itu secara beransur-ansur kerana tidak mahu
dikenakan hukuman pada masa yang akan datang lagi.
Cikgu Laila
cuba menyelesaikan masalah yang timbul dengan tidak mengikut kata hati
semata-mata. Walaupun hukuman merupakan alat yang berguna untuk tidak
mengalakkan tingkah laku yang tidak sesuai dalam masyarakat, ia juga boleh
membawa kepada persoalan etika. Namun, penggunaan hukuman boleh mendatangkan
bahaya seperti hukuman sering mempunyai kesan rintangan umum terhadap individu,
orang yang dihukum dengan serius sering menjadi takut dan merasa marah dan
bersifat memusuhi penghukum dan sebagainya.
KESIMPULAN
Secara keselurahannya dapat dilihat dalam kajian kes situasi kelas
P&P cikgu Laila menunjukkan banyak penyelesaian masalah yang telah
beliau lakukan bagi memastikan
pengajaran kelasnya berkesan dan difahami serta bermakna buat pelajaranya.Malah
penyelesaian masalah di kelas tersebut boleh dikaitkan dengan pelbagai teori
pembelejaran tokoh Pikologi terkenal antaranya Albert Bandura,Thorndike,Skinner
dan beberapa pandangan teori oleh tokoh lain.Selain itu kami memastikan bahawa
tekinik pengajaran yang ingin Cikgu Laila lakukan kepada P&P terhadap kelas ini adalah bercorak Humanistik
kerana sebelumnya pengajaran yanag biasa beliau lakukan adalah cara memberi
sepenuh tugas kepada guru menentukan pengajaran tanpa memberikan peluang kepada
pelajarnya cuba mencari pembelajaran itu sendiri.Namun,dalam sesuatu pengajaran
guru haruslah bijak mengawal situasi kelas dan cuba sedaya upaya agar
pengajaran berjalan dengan baik serta berkesan.Pelbagai teknik atau
penyelesaian boleh dilakukan.
BIBILIOGRAFI
Sang m.s. (januari 2010). psikologi pendidikan untuk pengajaran.
Punchong Selangor, penerbitan multimedia Sdn. Bhd.
Nachiappan, s, jantan, r., & Shukor, A.A. (2008). Psikologi
Pendidikan.Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Dervine, L.M (1981), Penggunaan Psikologi dalam Pengajaran.
Longman Malaysia Sdn Bhd.