TUJUAN PENILAIAN DAN PENGUJIAN
Penilaian
dan pengujian didalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran adalah sangat
penting. Jika dilihat dari segi
kepentingan dan fungsi kedua-dua perkara tersebut secara mendalam maka dapat
kita lihat dan ketahui makanismanya dalam institusi pendidikan yang yang
tergolong sebagai subtopik atau pun sebahagian daripada sistem pendidikan. Sesuatu pengujian yang diadakan terhadap
pelajar jika dilihat secara kasar maka kita akan melihat ianya sebagai suatu
proses yang diadakan hanyalah sebagai adat dan kebiasaan diadalam proses
pendidikan iaitu pada setiap akhir sesuatu tempoh pembelajaran pada kebiasaanya
akan ada pengujian. Contohnya ujian atau
kuiz yang ditadbiri guru keatas murid-murid setelah sesuatu proses pengajaran
berlaku.
Sebenarnya
jika kita lihat secara mendalam dan ratapi terhadap sesuatu yang diadakan dan
diurustadbir dalam sesuatu perkara itu sememangnya ia mempunyai tujuan
dengan makanismanya yang
tersendiri. Disini perkara yang
dikhususkan adalah pengujian. Pengujian
adalah suatu proses untuk mendapatkan contohan pelakuan yang diperlihatkan oleh
murid dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperolehinya akan dijadikan
dasar untuk membuat penilaian atau
pengadilan.[1]
Pengujian
merupakan medium yang bersifat realistik dan ianya sangat penting dalam sesuatu
institusi dan industri, tidak kira apa jua sekalipun bahkan sememangnya
digunakan dalam menetapkan dan menilai sesuatu yang makanismanya bergantung
mengikut matlamat dan objektif yang dikehendaki. Pengujian yang dilakukan didalam bilik
darjah akan memberi maklum balas kepada guru iaitu daripada maklumat yang
diperolehi dari proses pengujian tersebut akan dinilai ada diratapi. Daripada situasi ini, guru akan mengetahui
akan keputusan tentang apa yang diharapkan.
Pada kebiasaannya, guru mengunakan medium ini untuk mengetahui tahap
pengetahuan, penguasaan dan pemahaman pelajar terhadap sesuatu
pembelajaran.
Ekoran
daripada ini, guru akan sedia maklum dan sedar akan kekurangan dan kelemahan
dan kemajuan yang ada pada pelajar terhadap pembelajaran didalam proses P&P
yang mungkin difaktori oleh keupayaan, kesesuaian dan kemahiran guru dalam
menyampaikan dan mengurustadbir proses pengajaran ataupun masalah-masalah lain
yang dihadapi oleh pelajar. Daripada
ini, guru akan dapat memperbaiki skill ataupun teknik dalam
menambahbaikan pengajaran demi kebaikan pelajar dengan mengubah strategi
pengajaran agar lebih bersesuaian dengan keperluan pelajar atau mengulang
dengan mengunakan strategi yang sama dan sebagainya. Selain itu, pada peringkat ini juga ibubapa
dan guru akan dapat mengetahui tentang perkembangan dan keupayaan anak-anak
mereka melalui pendedahan dan pemberitahuan ini. Daripada ini ibubapa sekaligus akan
mengetahui dan memberikan dorongan kepada anak-anak untuk penambahbaikan
mereka.
Pengujian
dan penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran yang
berlangsung akan memperlihatkan perkembangan dan penguasaan dalam jangka masa
tertentu. Pengesanan tahap kemajuan yang
berterusan akan memungkinkan guru mengetahui masalah yang dihadapi oleh pelajar
secara khusus dan tepat. Bersehubungan
dengan ini guru akan menyelidik aspek dan kemahiran dan faktor luaran yang
sering menimbulkan masalah terhadap pelajar yang mungkin memerlukan bimbingan
dan kaunseling. Maklumat ini sememangnya
amat perlu bagi membuat tindakan penambahbaikan iaitu dengan menyediakan
latihan khusus atau pemerhatian yang lebih kepada murid berkenaan supaya
masalah yang dihadapi dapat diatasi.
Tambahan
pula dari segi pencapaian, proses pengujian dan penilaian pada peringkat akhir
sesi pembelajaran seperti UPSR, PMR dan SPM akan memperlihatkan semua tentang
penguasaan murid tentang sesuatu yang diajar.
Selain itu, penilaian yang bercorak formal ini bertujuan untuk mengredkan dan memberi pengiktirafan kepada
pelajar sama ada cemerlang, sederhana atau gagal berdasarkan pencapaian yang
ditunjukkan oleh mereka dalam peperiksaan.
Lain pula
dari segi pemilihan dan penempatan, pengujian dan penilaian dijalankan
bertujuan bagi menentukan diri mereka tergolong dalam kumpulan yang mempunyai
tahap kebolehan dan keupayaan tertentu dan pada kebiasaanya ianya diadakan pada
awal sesi pengajaran. Pembahagian
pelajar kepada kumpulan yang dikenalpasti kebolehan dan keupayaan mereka akan
memudahkan guru mengfokus dan menyesuaikan pengajaran mengikut tahap
masing-masing. Sebelum situasi ini, pengujian dan penilaianlah yang dijadikan
sebagai medium untuk mengenalpasti kebolehan pelajar dan seterusnya menentukan kelompok dan aliran yang layak
untuk diceburi oleh pelajar yang terpilih.[2]
Penilaian dan pengujian didalam sesuatu proses pengajaran
dan pembelajaran adalah sangat penting.
Jika dilihat dari segi kepentingan dan fungsi kedua-dua perkara tersebut
secara mendalam maka dapat kita lihat dan ketahui makanismanya dalam institusi
pendidikan yang yang tergolong sebagai subtopik atau pun sebahagian daripada
sistem pendidikan. Sesuatu pengujian
yang diadakan terhadap pelajar jika dilihat secara kasar maka kita akan melihat
ianya sebagai suatu proses yang diadakan hanyalah sebagai adat dan kebiasaan
diadalam proses pendidikan iaitu pada setiap akhir sesuatu tempoh pembelajaran
pada kebiasaanya akan ada pengujian.
Contohnya ujian atau kuiz yang ditadbiri guru keatas murid-murid setelah
sesuatu proses pengajaran berlaku.
Penilaian formatif
Penilaian formatif merupakan penilaian yang dilaksanakan
bagi tujuan memperoleh maklumat bagi memperbaiki dan penambahbaikan kurikulum.
Dari sudut pengajaran adalah lebih berkesan dengan memecahkan subjek kepada
unit pembelajaran yang kecil atau pun satu bab dalam buku teks yang dibahagikan
dengan jelas yang mengambil masa satu, dua atau tiga minggu untuk menghabiskan
pengajaranya. Untuk penilaian ini, ujian kemajuan berbentuk diagnostik dibina
untuk menentukan dan mengesan sama ada setiap pelajar sudah menguasai
subtopik-subtopik tersebut atau pun tidak sebelum melangkah kepada topik yang
baru.
Tujuan penilaian formatif adalah untuk mengesan,
mengetahui dan menentukan keadaan tahap penguasaan pelajar akan perkara yang
telah diajar serta untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran. Disamping itu, ianya juga dapat meningkatkan
pencapaian pelajar pada akhir sesuatu pengajaran. Hal ini dapat dilihat melalui
ujian-ujian yang dikendalikan dan dapat memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang
wujud sama ada pada penyampaian guru atau penguasaan murid dan seterusnya gur
akan membuat pembaikan agar murid dapat menguasai dengan lebih baik. Situasi ini kan menolong pelajar menguasai
sesuatu unit atau topik pembelajaran dan hal ini memungkinkan mereka memprolehi
pencapaian yang lebih baik.
Penilaian Formatif juga dapat memperbaiki kualiti serta
dapat meramal pencapaian pelajar. Menjadi kepuasan kepad seorang guru apabila
dapat meningkatkan pencapaian murid dari semasa kesemasa. Dengan mengadakan ujian formatif, guru dapat
meningkatkan pencapaian dan mengekalkan pencapaian yang memuaskan. Hal ini
dapat dilakukan melalui perbandingan diantara pencapaian murid sekarang dengan
pencapaian murid lalu melalui rekod melalui ujian formatif yang telah
dikendalikan dan mencatatkan masalah yang dihadapi oleh murid dahulu serta
langkah penyelesaian yang telah diambil. Dengan cara ini, guru dapat
mengekalkan prestasi pelajar dan meramal pencapaian pelajar pada akhir
penggal. Contoh bagi penilaian formatif
ialah ujian bulanan dan sebagainya.
Penilaian Sumatif
Penilaian Sumatif merupakan penilaian yang mengarah lebih
kepada penilaian menyeluruh iaitu sejauh mana hasil yang lebih meluas diperoleh
daripada keseluruhan kursus atau sebahagian besar daripadanya. Contoh bagi penilaian
sumatif ialah seperti UPSR, PMR, SPM dan sebagainya.[3]
Tujuan penilaian sumatif bukanlah untuk membantu murid
secara individu dalam meningkatkan pencapaian sebaliknya ialah untuk menentukan
sejauhmana objektif-objektif ssuatu bidang mata pelajaran yang telah
disampaikan oleh guru semasa pembelajaran berlangsung dibilik darjah telah
dicapai oleh murid. Dengan berdasarkan objektif yang ditetapkan melalui
pembinaan jadual penentuan ujian, peratusan objektif yang dapat dicapai oleh
pelajar dapat diketahui. Selain itu
juga, penilaian ini juga bertujuan untuk pengredan kepada murid berdasarkan
pencapaian yang ditunjukan dalam peperiksaan yang diadakan. Dengan adanya gred
ini, akan memudahkan guru untuk membuat perbandingan antara individu dalam
sat-satu bilik darjah atau membuat perbandingan mengikut tingkatan atau
kumpulan pelajar. Dengan cara ini guru boleh membuat kesimpulan peringkat
pencapaian pelajar mengikut kumpulan tertentu contohnya kumpulan pelajar lemah,
sederhana dan cemerlang.
Sebenarnya jika kita lihat secara mendalam dan ratapi
terhadap sesuatu yang diadakan dan diurustadbir dalam sesuatu perkara itu
sememangnya ia mempunyai tujuan dengan
makanismanya yang tersendiri.
Disini perkara yang dikhususkan adalah pengujian. Pengujian adalah suatu proses untuk
mendapatkan contohan pelakuan yang diperlihatkan oleh murid dalam keadaan yang
dikawal atau ditentukan. Maklumat yang
diperolehinya akan dijadikan dasar untuk
membuat penilaian atau pengadilan.[4]
Pengujian merupakan medium yang bersifat realistik dan
ianya sangat penting dalam sesuatu institusi dan industri, tidak kira apa jua
sekalipun bahkan sememangnya digunakan dalam menetapkan dan menilai sesuatu
yang makanismanya bergantung mengikut matlamat dan objektif yang dikehendaki. Pengujian yang dilakukan didalam bilik
darjah akan memberi maklum balas kepada guru iaitu daripada maklumat yang
diperolehi dari proses pengujian tersebut akan dinilai ada diratapi. Daripada situasi ini, guru akan mengetahui akan
keputusan tentang apa yang diharapkan.
Pada kebiasaannya, guru mengunakan medium ini untuk mengetahui tahap
pengetahuan, penguasaan dan pemahaman pelajar terhadap sesuatu
pembelajaran.
Ekoran daripada ini, guru akan sedia maklum dan sedar
akan kekurangan dan kelemahan dan kemajuan yang ada pada pelajar terhadap
pembelajaran didalam proses P&P yang mungkin difaktori oleh keupayaan,
kesesuaian dan kemahiran guru dalam menyampaikan dan mengurustadbir proses
pengajaran ataupun masalah-masalah lain yang dihadapi oleh pelajar. Daripada ini, guru akan dapat memperbaiki skill
ataupun teknik dalam menambahbaikan pengajaran demi kebaikan pelajar dengan
mengubah strategi pengajaran agar lebih bersesuaian dengan keperluan pelajar
atau mengulang dengan mengunakan strategi yang sama dan sebagainya. Selain itu, pada peringkat ini juga ibubapa
dan guru akan dapat mengetahui tentang perkembangan dan keupayaan anak-anak
mereka melalui pendedahan dan pemberitahuan ini. Daripada ini ibubapa sekaligus akan
mengetahui dan memberikan dorongan kepada anak-anak untuk penambahbaikan
mereka.
Pengujian dan penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh
pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung akan memperlihatkan perkembangan
dan penguasaan dalam jangka masa tertentu.
Pengesanan tahap kemajuan yang berterusan akan memungkinkan guru
mengetahui masalah yang dihadapi oleh pelajar secara khusus dan tepat. Bersehubungan dengan ini, guru akan
menyelidik aspek dan kemahiran dan faktor luaran yang sering menimbulkan
masalah terhadap pelajar yang mungkin memerlukan bimbingan dan kaunseling. Maklumat ini sememangnya amat perlu bagi
membuat tindakan penambahbaikan iaitu dengan menyediakan latihan khusus atau
pemerhatian yang lebih kepada murid berkenaan supaya masalah yang dihadapi dapat
diatasi.
Tambahan pula dari segi pencapaian, proses pengujian dan
penilaian pada peringkat akhir sesi pembelajaran seperti UPSR, PMR dan SPM akan
memperlihatkan semua tentang penguasaan murid tentang sesuatu yang diajar. Selain itu, penilaian yang bercorak formal
ini bertujuan untuk mengredkan dan
memberi pengiktirafan kepada pelajar sama ada cemerlang, sederhana atau gagal
berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan oleh mereka dalam peperiksaan.[5]
Lain pula dari segi pemilihan dan penempatan, pengujian
dan penilaian dijalankan bertujuan bagi menentukan diri mereka tergolong dalam
kumpulan yang mempunyai tahap kebolehan dan keupayaan tertentu dan pada
kebiasaanya ianya diadakan pada awal sesi pengajaran. Pembahagian pelajar kepada kumpulan yang
dikenalpasti kebolehan dan keupayaan mereka akan memudahkan guru mengfokus dan
menyesuaikan pengajaran mengikut tahap masing-masing. Sebelum situasi ini,
pengujian dan penilaianlah yang dijadikan sebagai medium untuk mengenalpasti
kebolehan pelajar dan seterusnya menentukan
kelompok dan aliran yang layak untuk diceburi oleh pelajar yang terpilih.[6]
Objektif disini bukan
sahaja tertumpu kepada tujuan aktiviti pengujian tersebut tetapi jika dilihat
kepada konteks isi kandungan soalan dalam sesuatu proses pengujian juga harus
jelas, mudah difahami dan ditanggapi oleh pelajar.
Contohnya, soalan yang diajukan terlalu umum dan bahasa
yang digunakan tidak sesuai yang telah membawa kekeliruan kepada pelajar.[7]
Berdasarkan contoh, dari sini dapat kita lihat pengkhususan tentang apa yang
hendak diuji adalah pada tahap minima atau pun tiada dan terdapat pengaruh
lain. Dan jika perkara ini digunakan
dalam sistem pengujian ianya akan merugikan sesuatu proses tersebut ini kerana
ujian tersebut tidak mempunyai objektif dan tujuan yang jelas.
Secara kesimpulanya peperiksaan merupakan salah satu
kaedah pengujian yang dijalankan secara sistematik yang bertujuan untuk
mengetahui tahap pengetahuan, penguasaan dan pemahaman pelajar terhadap
pembelajaran tempoh masa yang tertentu. Proses pengukuran memerlukan alat yang
mempunyai ciri yang tertentu. Bersehubungan dengan ini, ujian merupakan
alatnya. Tetapi, yang pertama persoalanya kenapa ujian tersebut dibuat atau
dengan kata lain apa objektifnya? Dari sini, dapat kita lihat bahawa setiapa
peperiksaan atau ujian sememangnya wajib mempunyai objektif dan tujuan yang
jelas.
[1] Raminah Haji Sabran, 1991. Penilaian dan pengujian
Bahasa Malaysia: Penerapannya pada peringkat sekolah rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
[2] Mohktar Ismail
(2009),Pentaksiran Pendidikan Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
[3] Mohktar Ismail (2009),Pentaksiran Pendidikan Edisi Kedua. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
[4] Raminah Haji Sabran, 1991. Penilaian dan pengujian
Bahasa Malaysia: Penerapannya pada peringkat sekolah rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
[5] Mohd Isha
Awang (2008), Pengukuran dan Penilaian Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
[6] Mohktar Ismail
(2009),Pentaksiran Pendidikan Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
[7] Mohamad Najib Abdul Ghafar (1997), Pembinaan &
Analisis Ujian Bilik Darjah Jilid Pertama. Johor Darul Ta’zim: PENERBITAN UTM
PRESS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.
No comments:
Post a Comment